Sunday, March 27, 2011

Artis Pilihan - Finalist ABPBH 2010

Wazzap.. Debaran Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH 2010) telah pun berakhir. Ia diadakan di Genting Highlands penuh gemilang pada 3 April 2011 yang lalu. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia artis & industri seni tempatan, tentu sudah agak siapa artis yang menang kali ini. (kalo tak berminat tu tak yah la bising). Kalo dulu ade DCT, kita da tau dia lah juara tak terkalah punya. Undisputed Champion bak kata orang putih. So sekarang ni, DCT da tarik diri memberi peluang kepada artis-artis lain, juara baru akan tercipta dan kita sudah tahu keputusannya. Berikut adalah senarai artis2 yang telah berjaya memenangi anugerah malam itu.

PENYANYI LELAKI POPULAR

Faizal Tahir - brader rock ni aku suka. 'Superman' ini telah berjaya membuktikan dia boleh terbang tinggi di malam anugerah itu. Bravo..

PENYANYI WANITA POPULAR

Yuna - bagaikan penawar duka setelah AJL25, Yuna tetap unggul dan terus mendapat tempat di hati peminat hingga ke luar negara.

ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR
6ixth Sense - band yang tengah naik namanya lebih-lebih lagi lagunya menjadi lagu tema drama Asmara

PENYANYI NASYID POPULAR
Rabbani - terus bertakhta di hati peminat muzik nasyid walaupun tanpa Ustaz Asri.. beliau tiada galang ganti. Semoga terus maju dalam memartabatkan irama nasyid.

PELAKON TV LELAKI POPULAR
Remy Ishak - hero kacak yang semakin popular di kaca tv, drama & juga iklan komersial. mostly, orang pompuan suke..

PELAKON TV WANITA POPULAR

Fasha Sandha - what i can say? dia banyak belakon drama. okla.. like or not, dia dah menang kan..

ARTIS BARU LELAKI POPULAR

Shahir - artis ni popular selepas menjadi juara AF. tak hairan lah ramai akan mengAFundinya.

ARTIS BARU WANITA POPULAR

Ana Raffali - mencetus fenomena baru dan menjadi bualan dalam industri muzik tanah air, Juara AJL25 ini memang tak mustahil menang kategori ini. Tolong ingatkan aku.. Cik Ana dah menang. Tahniah!

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR

Zizan - Terkaku sekejap si Zizan ni bila sudah menang, hilang lawaknya.. haha.. Tahniah Zizan.

ARTIS KOMEDI PEREMPUAN POPULAR
Noorkhiriah - selalunya kalau ada drama komedi, dia pasti pun ada jugak. so no wonder lah..

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
Shaheizy Sam - popular selepas filem Adnan Sempit, SS terus laku dan telah berlakon banyak filem sepanjang 2010.

PELAKON FILEM WANITA POPULAR

Lisa Surihani - 'Malaysian Sweetheart' ini menang atas rekod kejayaan mantap dalam beberapa filem lakonannya terutama dalam LBS. Seronoknya rasa Lisa menang. Syabas Lisa.. :)

PENGACARA TV LELAKI POPULAR

Aznil Nawawi - pasti Pak Nil menang lagi pasal dia memang terbaekk susah nak celen punya.. hehe.

PENGACARA TV WANITA POPULAR
Fara Fauzana - kak FaFau sebagai pengacara Melodi paling lama dan program tv lain. Sudah tentu dia memang tersangaaatlah fofularrr..

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR

Faizal Ismail - FBI selalu membuat panggilan hangit kat orang membuatkan namanya semakin hangat.

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR

Fara Fauzana - again? yalah, yang ini tentulah kan.. everybody knows. she deserve to be a winner. yuhuuu..

finally.. ANUGERAH BINTANG POPULAR 2010 .. jatuh kepada..

Shaheizy Sam.. - Tahniah Sam! Tentu banggo omak kau tu.. hehe..

Tekaan awal aku Lisa or FaFau akan menang trofi utama tapi kejayaan Sam ini memang tak boleh disangkal kerana dia memang layak menang atas undian tertinggi. Well, itulah keputusan & para pemenangnya. haha.. tentu ada tekaan ada kita salah kan? Biaselah dalam satu pertandingan kadang-kadang keputusannya adalah diluar jangkaan. Terpulanglah samaada suka atau tidak, mereka sudah pun berjaya. Di sinilah tempatnya artis-artis kita melaram pelbagai fesyen dan disini jugalah mereka rasa dihargai bila berjaya. So, jumpa di tahun hadapan kita lihat siapa pula yang akan bertakhta. Kalo larat pegila Genting tgk live.. haha.. kalo tak, tgk kat TV je la sambil makan kerepek pisang macam aku ni. ekeke.. Check it out yo.. Layan..

Friday, March 25, 2011

Filem Pilihan - Sucker Punch

Tutup matamu, Buka minda, Kamu belum tentu bersedia.. itulah tagline filem hebat ini yang menggabungkan elemen Realiti dan Fantasi. Filem ini sudah tentu menarik perhatian ramai orang (especially lelaki la..hehe) pasal ia menampilkan 5 orang aweks yang cun-cun belaka sebagai watak utama. Tengok saja posternya pun da teruja. Sucker Punch mengisahkan perjuangan mencari kebebasan diri dan imaginasi seorang gadis bernama BabyDoll yang dibantu oleh 4 orang rakannya lain. Cerita ini bermula dengan kisah hidup BabyDoll yang malang setelah dia terpaksa disumbatkan ke dalam asylum pesakit mental kerana dituduh membunuh adiknya oleh ayah tirinya yang kejam. Di sana dia telah berkenalan dengan 4 orang gadis lain iaitu Amber, Sweet Pea, Rocket & Blondie. Mereka yang telah dihantar ke asylum ini akan disuruh dan dipaksa menari exotic untuk membuat persembahan pada orang-orang tertentu. BabyDoll rasa tertekan dengan nasib dirinya dan cuba memikirkan jalan untuk keluar dari situ. Pada masa yang sama, BabyDoll telah merancang senyap-senyap bersama rakan-rakannya untuk melarikan diri dari kawasan itu. Mereka hanya perlu mengikut 5 klu yang telah diperolehi. Dalam usaha melaksanakan rancangan itu, BabyDoll akan menari dan berimaginasi yang kononnya dia dan rakan-rakannya sedang berjuang di alam fantasi lain.

Inilah part yang menarik dalam filem ini. Dalam imaginasi BabyDoll, kita akan dapat menyaksikan aksi-aksi pertarungan yang wahhh...hebattnyaa.. seolah-olah mereka ni terrer giler susah nak kalah walaupun diorang ni hanya perempuan! Gergasi pun leh tumbang. Go baby go..!. Bermula dengan aksi menentang Samurai Gergasi, kemudian berperang dengan tentera Jerman, menghadapi amukan Naga Berapi dan berlawan dengan tentera-tentera robot didalam keretapi. Semua scene berlawan dalam filem ini memang dashatt tak ingat nampak lebih kurang seperti filem 300 atau Watchmen. Apa yang lagi dashattt, kesemua aksi-aksi berlawan ini, sepak, terajang, tumbuk, bergusti, kokak, tembak, cakor semuanya dilakukan oleh awek-aweks cun ini sambil diiringi muzik rock yang menggegarkan telinga. Mantap bebb..

Kesudahan filem ini amat mengejutkan. Tidak sangka dihujung cerita, satu pengorbanan besar terpaksa di lakukan oleh BabyDoll. Sedih aku.. Nak tau ape dia, kenelah tengok dulu.. hehe. Well, overal filem ni best la bagi penggemar filem aksi dan fantasi macam aku. Tentu ada orang kata cite ni hampeh or hanya eksploitasi wanita tapi dont they see the motif? do not underestimate gurlz bcoz gurlz can still kick some ass you know.. woow.. pembela wanita nampak.. hahaha.. ok, jum Layannn...
Y2N Rating : 4 bintang

P.A. : suke watak Sweet Pea.. awek ganaz & terbaeekk gitu.. hehe.. :D

Wednesday, March 23, 2011

SPM - Keputusan & Debarannya

Hari ini (23 Mac 2011) adalah tarikh bersejarah buat ramai orang terutama kepada adik-adik kita yang telah menduduki SPM pada 2010. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, hari paling mendebarkan kini sudah sampai masanya. Sudah tentu kerisauan terpancar diwajah-wajah mereka. Aku juga turut tempias risau bila terdengar saja result SPM da nak keluar. Bukan kerana aku yang ambik SPM tu, ataupun aku perasan masih budak lg, tapi aku risaukan pasal keputusan SPM adik perempuan aku. Ia mengimbas kembali zaman SPM aku dulu. Bila tau result da nak keluar, menggelabah jadinya. Tidur tak lena, makan tak selera, kemana-mana takut-takut saja. Haha.. Tapi adik perempuan aku ini berbeza sedikit dengan aku. Memang dia pun rasa cuak giler tapi tak lah seteruk kecuakkan aku dulu. Apa yang aku nampak, sejak dia masuk saja tingkatan 5, dia mula tunjukkan sifat kesungguhan dalam pelajaran dan rasa bertanggungjawab untuk berjaya. Sebagai abang juga ibarat mentor kepadanya, aku banyak memberi nasihat dan tips2 kejayaan untuk panduan dia. Aku takdelah hebat sangat dalam SPM dulu tapi sekurang-kurangnya aku dapat juga membantu dia merealisasikan impiannya itu berdasarkan pengalaman aku. Nak bantu dari segi pelajaran, aku da banyak lupa. Semua formula ilang camtu je. So banyak bantu dari segi moral je la. hehe.. Tak putus-putus doa aku untuknya. Bile tengok FB and twitter, ramai orang posting tentang result SPM adik2 or anak sedara mereka. Ada yang dapat 4A, 9A, 10 A pun ada! woww.. macam mana korang blaja ni. Dashyaaattt.. kepala otak bgeliga sungguh.. Budak2 skang makin pandai2 kan?. Ah, lupakan yang lain. Aku hanya risaukan adik aku. Jadi, apa keputusannya?...

dan keputusannya adalah.. (bunyik drum)
5A! haha.. (yang lain tu tentulah B..) Tahniah! Okla tu kan.. aliran sains lagi, kan susah tu., ada fizik, bio, kimia, add math. Alhamdulillah, syukur. Akhirnya dpt juga A (dari xdo lansung..) lulus dengan cemerlang kuikui.. Kejayaan adik aku ini seumpama mengulangi kejayaan aku dahulu. Dan sebenarnya, dia lagi hebat dari aku. Speaking english kalah aku. haha.. Gembira sungguh dia time dia talipon aku. Tercalon antara pelajar terbaik SPM sesi 2010 oleh pihak sekolah. Tersenyum aku hari ini. Hope lepas ni dia dapat pegi next level, sambung belajar ke Universiti yang diingini dan tercapai cita-citanya nanti.

Tahniah Mira, dari abangmu.
Success selalu, I'm proud of you.. ;)

P.A. : Tahniah juga pada semua mereka yang berjaya. tengah pening nak bg hadiah ape kat adik aku ni.. lappy ok kan? huhu.. hurm ok.

Sunday, March 20, 2011

Filem Pilihan - Battle : L.A.

Kalau anda peminat filem aksi perang askar dan sains fiksyen, filem ini boleh menjadi pilihan anda. World Invasion: Battle Los Angeles (Battle L.A) adalah berkisahkan perperangan antara manusia sejagat dan makhluk asing yang sadis. Kehadiran makhluk asing itu disedari setelah beberapa meteor telah jatuh ke bumi. Ketika bandar-bandar besar dibumi telah diserang, kini tinggal kota Los Angeles yang masih ada harapan. Hero filem ini - Staff Sgt. Michael Nantz (Aaron Eckhart - 2Faces dalam Dark Knight) adalah seorang tentera marin senior dalam skuad baru yang diketuai oleh seorang Leftenan muda dalam misi menentang penaklukan makhluk asing di Los Angeles. Makhluk asing pula sukar dan degil dikalahkan kerana mereka bukan saja menyerang melalui darat tetapi juga dari serangan udara menyebabkan ramai manusia terkorban. Keadaan menjadi kucar kacir dan makhluk asing membunuh manusia yang ada sesuka hati mereka. Dalam satu babak perperangan menentang alien, Leftenan muda yang mengetuai skuad baru itu terkorban lalu Staff Sgt terpaksa menggantikannya sebagai ketua skuad. Di bawah pimpinan Staff Sgt yang lebih berpengalaman, skuad marin yang masih survive itu bersemangat menentang asakan serangan makhluk asing yang mengepung mereka.

Beberapa orang awam dapat diselamatkan dan mereka berjaya melarikan diri dari kawasan bahaya tu dengan helikopter. Setelah mereka yang lain sudah terselamat, Staff Sgt nekad untuk patah balik ke Los Angeles kerana baginya perjuangannya masih belum selesai (sungguh patriotik gitu..). Dengan bantuan anggota skuadnya yang lain, Staff Sgt berjaya menjejaki kapal induk utama makhluk asing yang disembunyikan dibawah tanah. Setelah berhempas-pulas berbalas tembakan, akhirnya kapal induk itu musnah jua diletupkan. Makhluk asing jd kecut lalu mula berundur dan kemenangan menjadi milik kita.. (manusia la.. hehe). Hooreyy..tepukk..tepuk.

Kalau dilihat, jalan cerita filem ini lebih kurang dengan filem aksi alien lain. Cume apa yang bezanya, filem ini lebih memfokuskan dari sudut pandangan perjuangan beberapa orang askar yang cuba menewaskan penaklukan yang besar. Bayangkan jika kita berada disituasi mereka. So, kepada mereka yang masih meminati filem aksi sebegini, bolehlah pergi ke panggung wayang berdekatan.
Y2N Rating : 3 bintang
Justify Full
P.A. : Pendek kata filem ini bagaikan gabungan filem 'Saving Private Ryan' + 'Independence Day'. Tak percaya, lihatlah sendiri.. Layann..

Friday, March 18, 2011

Filem Pilihan - Rango

Wow.. Rango memang best la..!. Itulah kata-kataku setelah keluar dari panggung td. Setelah penat bekerja hari ni, balik saja dari opis, aku tak balik rumah tp aku trus ke TGV KLCC untuk menonton movie. Layan la kejap hilangkan tension..hehe. Dalam banyak-banyak movie yang ada, aku pilih cite ni - RANGO. Ya, aku ni memang peminat filem animasi. So no wonder why la nape aku pilih cite ni berbanding filem lain.

Filem ni mengisahkan tentang seekor sesumpah ijo (chameleon) yang selama ini alone terkurung sendiri dalam kotak kaca telah tersesat di gurun pasir setelah terjatuh dari kereta tuannya. Setibanya dia dikawasan gurun yang amat asing baginya, dia bertemu Roadkill - seekor tenggiling tua yang telah dilanggar kereta. Atas nasihat Roadkill, sesumpah itu perlu pergi mencari pekan bernama Dirt jika ingin terus hidup. Dalam perjalanannya itu cabaran mula berlaku yang tak pernah dia alami iaitu dikejar burung helang. Tercirit sesumpah ni lari nak selamatkan diri. Banyak gelagat kelakar part ni. Haha.. Kemudian dia bertemu dengan Beans - iguana gurun betina yang kebetulan lalu disitu (buroknya rupa beliau.. huhu). Rango terus mengikut Beans sampai ke pekan bernama Dirt. Setibanya dia disana, dia bertemu pula dengan pelbagai jenis binatang gurun macam tikus tanah, biawak pasir, burung antu, gagak, musang dan macam-macam rupe lagi la.. Biasela macam cite koboi, kalo ada stranger masuk je dalam kedai, semua pandang semacam. Sesumpah tu berlagak macho je padahal tengah takut giler. Di sinilah sesumpah ini mendapat idea nama dan menggelarkan diri sebagai Rango.. haha. (ya, sebelum ni dia pun tak tau sape nama dia). Untuk mengelakkan dirinya menjadi mangsa belasahan, Rango mengada-adakan cerita yang kununnya dia adalah wira dari Barat dan telah membunuh banyak mangsa. Semua yang ada disitu boleh plak percaya kata-katanya sampai menjadi kagum. Rango terpaksa berlagak pandai dan berlagak hero walaupun sebenarnya dia hanya 'kencing' saja (menipu). Dia sebenarnya penakut giler. Selepas itu banyak kejadian pelik lagi kelakar berlaku pada Rango hinggakan dia diberi kepercayaan oleh penduduk pekan Dirt. Manakala, Mayor - si kura-kura tua melantik Rango sebagai Sheriff.

Pekan Dirt sebenarnya mempunyai krisis kekurangan air yang teruk. Keadaan menjadi lebih teruk dan panik apabila tong bekalan simpanan air mereka telah dicuri. Untuk menyelamatkan keadaan, Rango dan kawan-kawannya pergi cuba menjejaki pencuri itu. Setelah menemui semula, satu persatu rahsia ditemui dan akhirnya Rango mendapat tahu siapa sebenarnya dalang kejadian krisis tiada air di kawasan itu. Aksi pertarungan dan tembak menembak ala-ala koboi telah dibuat dengan baik dalam filem ini. Bayangkan binatang kecik-kecik tu semua pakai baju & topi koboi. Ada jugak babak sedih giler bile time tembelang Rango pecah dan dihalau dari pekan Dirt.

Ironinya, ada satu part dimana Rango bermimpi berada di padang pasir putih dan ianya sama seperti part Kapten Jack Sparrow terkandas dalam Pirates of The Carribean. Yelah.. pelakon dia pun sama. hehe.. So, kepada sesiapa yang lom tengok tu baik pegi tengok. Tak rugi pasal cite animasi ni memang best (bagi aku la..). Lakonan Johnny Depp tetap hebat walaupun hanya suara latar untuk watak Rango.
Y2N Rating : 4 bintang

P.A. : biasela kalo tengok cite kartun mcm ni mesti ade family bawak budak2 skali, Paham-paham je la perangai budak2 ni kalo tak dijaga.. bising. nak tengok cite pun xsenang. sabo jela. huhu..

Monday, March 14, 2011

Walk For Children - 1Malaysia Goes Green :)

Pada Ahad yang lepas (13 Mac 2011) aku telah mengikuti program amal yang dinamakan "Walk For Children - 1Malaysia Goes Green" di Dataran Merdeka. Terus terang ku katakan ini first time aku ikuti program macam ini yang betul2 enjoy and fun. Aku mendapat tahu mengenai program ini melalui posting di facebook Lisa Surihani (pasal aku kan fan dia) beberapa minggu sebelum ia berlansung. Oopps.. sebelum tu aku nak bagitau yang aku join program ni bukan semata-mata pasal Lisa okey. Lisa Surihani telah dilantik sebagai duta program sihat ini, so memang da jadi tanggungjawab beliau untuk menghebahkannya kepada semua. Thanks so much Lisa. Event ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan International School of Kuala Lumpur (ISKL) serta dirasmikan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Malaysia's First Lady.. uhuiiii..

Kerana terlalu teruja, aku da set awal2 jam pukul 6 pagi untuk bangun. Selepas solat Subuh, aku bergegas ke Dataran Merdeka tanpa berlengah lagi. Housemate aku mesti pelik apsal aku kuar pagi-pagi Ahad camni. Selalunya aku bantai tido time cuti.. hahaha. Well, setibanya disana semua peserta kene mendaftar dulu, amik nombor di booth dan menerima t-shirt serta topi khas event ini. Aku mendapat No siri A 341. Haha.. okla tu. Aku tengok suasananya meriah giler dengan pelbagai jenis manusia. Ada melayu, ade cine, india, mat salleh,arab., kecik, besor.. mcm2 la.. orang OKU pun ada. Aweks-aweks pun ramai. Memang seronok dapat berborak dengan diorang wlpn masing-masing tak mengenali pun. Janji kita 1 Malaysia kan? hehe.. (patriotik la plak). Sebelum acara utama dijalankan, semua peserta yang hadir diadakan sesi memanaskan badan (warm up la kate orang puteh..), so kitorang bersenam dan menari diatas padang secara bramai-ramai sambil ditujnuk ajar oleh pakar senaman Celebrity Fitness. Seronok giler wa cakap lu..


Lepas bersenam tu kitorang pun bersiap-siap berbaris di jalan utama depan dataran untuk memulakan perjalanan. Sementara menunggu acara bermula, sempat juga aku bergambar dengan Lisa Surihani & FBI Faizal Ismail (dj hot fm tu la..). Ingat senang ke nak dapat gambar dekat2 mcm tu. hehe.. 'Bamm!' bunyi ledakan pistol hasil tembakan padu oleh Datin Rosmah ke langit menandakan acara berjalan-jalan amal ini bermula. Jalan je bukan lari pun. Untuk lelaki dan wanita dewasa perlu berjalan sepanjang 5km manakala mereka yang kurang berupaya seperti OKU, orang tua & kanak-kanak hanya 3 km sahaja. So aku berjalanlah sepanjang 5 km tu. Buat satu pusingan sekitar KL then tembus balik Dataran Merdeka. Berjaya juga aku menyelesaikannya sepanjang 5km. Takdelah penat sangat. Ok je.. hehe..

So lepas ini, kalau ada acara seperti ini lagi dimana-mana, aku ingin sertai. Rasa seronok pulak beriadah mcm ni kan. Sekurang-kurangnya hari cuti kita terisi juga dengan sesuatu yang bermanfaat dan berfaedah. Badan pun sihat, pahala pun dapat, kawan baru pun dapat. hehe.. Thanks kepada mereka yang terlibat dalam mengusahakan program ini. I'll never forget this moment. Ok Choi~ for more photos, plz check on my FB.. tq..


P.A. : Tak sangka mimpiku jadi kenyataan.. Thanks God. Dapat bergambar dengan Lisa. wawawawee... So damn cuteeee.. =)

Saturday, March 5, 2011

Filem Pilihan - Black Swan


Black Swan telah dinobatkan sebagai filem terbaik dalam Anugerah Oscar pada tahun ini. Sudah tentu kita disini tertanya-tanya sejauh mana kehebatan cerita ini? Apa yang menariknya hinggakan berjaya memenangi Oscar? Jadi, aku pun pergi menonton & melihatnya sendiri. Dibintangi oleh Natalie Portman sebagai Nina dan Mila Kunis sebagai Lily, filem drama thriller ini sangat cantik teknik pergambarannya terutama keindahan tarian balet dan juga elemen seram yang mengejutkan. Filem ini tidak sesuai ditonton oleh budak bawah umur & remaja karena banyak sangat part agak lucah dan 18sx. So pandai-pandai la nilaikannya bile nak tengok.

Black Swan mengisahkan perjalanan hidup dan semangat seorang gadis remaja bernama Nina. Dia adalah penari balet di New York yang menghabiskan waktu seharian untuk berlatih. Nina tinggal bersama ibunya, Erica, yang juga seorang penari balet masa muda dulu. Ibunya sangat mengambil berat & agak mengontrol kehidupan Nina kerana terlalu sayang padanya. Nina bekerja sebagai penari balet dengan seorang Artistic Director, Thomas Leroy yang juga sebagai guru tarinya.

Satu ketika, Thomas membuat keputusan akan mengganti penari balet Beth MacIntyre untuk pembukaan persembahan musim baru mereka, Swan Lake dan Nina adalah pilihan utamanya. Tapi Nina punya pesaing yang hebat, penari baru bernama Lily, yang sangat menarik hati gurunya. Swan Lake memerlukan seorang penari yang dapat memainkan peranan White Swan dengan jiwa yang lembut dan bersih dan Black Swan yang menggambarkan kekejian dan penggoda. Berdasarkan itu, Nina dilihat sesuai memainkan watak White Swan manakala Lily adalah Black Swan.

Akan tetapi Nina mahukan kedua-dua watak itu dan mahu menjiwainya kerana itulah kemahuannya sejak dulu. Dia perlu membuktikan kepada Thomas yang dia juga boleh menjadi Black Swan. Demi menjiwai watak Black Swan, Nina semakin menunjukkan sifat gelapnya & liar, yang tanpa disedari ia menghancurkan dirinya sendiri.

Dia semakin obses dan taksub dengan identiti Black Swan bagaikan telah dirasuk. Dia mahukan kesempurnaan hinggakan dia tidak sedar telah mencederakan diri sendiri. Seperti sudah berada didunia lain, Nina seolah-olah kehilangan identiti diri sendiri dan sering diganggu bayangan khayalan yang tidak wujud. Akhirnya Nina menemui kesempurnaan yang dimahukannya selama ini. Tapi anda sukakan kesudahan yang menggembirakan? Anda lihatlah sendiri apa kesudahannya.. hehe.

Y2N Rating : 4 bintang

P.A. : Natalie Portman ni kurus sangat la dalam filem ni. hehe.. Mula-mula tengok memang rasa agak bosan tapi lama-lama dah paham jalan cerita baru tau mana kehebatannya. Layan..

Thursday, March 3, 2011

Filem Pilihan - The Mechanic


Siapa yang sukakan cerita aksi sudah tentu kenal dengan mamat Transporter ni - Jason Statham. Hero yang selalu beraksi ala-ala James Bond dan Van Damme ini, amat mengujakan setiap kali dalam lakonannya. Kali ini Jason Statham kembali dan membawa watak Arthur Bishop dalam The Mechanic. Arthur adalah seorang pembunuh upahan yang memang terer giler, cool dan berbakat.

Setiap pembunuhan yang dilakukannya telah dirancang dengan teliti olehnya bagaikan seorang mekanik. Hinggakan pembunuhan yang dilakukannya itu nampak seperti kemalangan atau kebetulan. Arthur merupakan seorang yang tegas dalam menjalankan tugas. Satu ketika, dia ditugaskan untuk membunuh mentor dan rakan baiknya sendiri iaitu Harry. Harry yang berkerusi roda dituduh pengkianat dan menyalahgunakan kuasa dalam organisasi. Sifat ketegasan Arthur dalam menjalankan tugasan membuatkan dia tidak teragak-agak membunuh Harry, kawannya sendiri. Arthur berasa sangat menyesal selepas itu dan ketika itu pula anak Harry - Steve muncul pula ingin berguru dengan Arthur. Kire mentor la.. tunjuk ajarku sifu.. Dalam waktu yang singkat, Steve berjaya mempelajari teknik pembunuhan dan menjadi pembantu Arthur.

Dalam pada yang sama, dalam diam Steve sebenarnya menyimpan dendam untuk membunuh Arthur kerana dia sudah tahu Arthur lah pembunuh ayahnya. Steve meletupkan kereta di stesen minyak yang dalam kereta itu ada Arthur. Dapatkah Steve membunuh mentornya? Tentulah tidak.. sebab Arthur la hero cite ni. Mana boleh mati. hehe.. Pada sangkaan Steve, dia sudah berjaya membunuh Arthur. Namun setibanya dia di rumah, dia terperangkap pula dengan jerat pembunuh yang telah dipasang awal-awal oleh Arthur. Rupa-rupanya Arthur memang sudah bersedia lebih awal dan mengetahui agenda dendam Steve. Tidak mustahil la dia bergelar The Mechanic.
Y2N Rating : 3 bintang

P.A : rasa-rasanya cite The Transporter lagi best.. tapi okla.

Wednesday, March 2, 2011

Filem Pilihan Februari - I Am No 4



Alkisah.. ada 9 ekor baby alien melarikan diri setelah planet mereka, Lorien dihancurkan oleh spesies alien lain yang jahat giler. Mereka adalah survivor spesis mereka dan terdampar dibumi (Macam cite superman la plak..). Then, sembilan baby ini dikawal oleh penjaga mereka dan dijaga sampai mereka semua dewasa. Di samping itu, sembilan bayi ini masing-masing memiliki kekuatan luar biasa yang superpower gila. Salah satu alien tersebut bernama Number 4 (dialah hero cite ni.. macho tak?) kemudian bersembunyi identiti di bumi dan menyamar sebagai remaja bernama John Smith di sebuah pekan Paradise, Ohio.

Masa berlalu, No 1, No 2, No 3 sudah mati dibunuh. So, kini giliran No 4 menjadi mangsa buruan. No 4 mesti bersembunyi dari mereka yang sudah mengancam nyawanya dari dulu. Namun ketika dalam penyamaran itu, John jatuh cinta pula dengan Sarah Harte, seorang gadis photographer yang cantik yang sama sekolah dengannya ketika di bumi. Dengan wujudnya perasaan cinta itu, John menjadi tidak takut lagi. Dia bersemangat untuk melawan untuk mempertahankan dirinya dan orang tersayang. Sayang awek punya pasal.

No 4 mempunyai kebolehan mengeluarkan aura cahaya yang menyilaukan (kire malam-malam tak yah pakai touchlight la) dan mampu menghentikan sesuatu yang bergerak dengan tangan kosong. Dia mula mempelajari untuk control aura yang keluar di tangannya. Seorang awek cun lagi ganas - No 6 , muncul di saat-saat genting memberi bantuan kepadanya. Lama-kelamaan atas dorongan yang kuat, dia berjaya mengawal kuasanya dan menewaskan musuh-musuhnya. Di akhir cerita, No 4 bertekad untuk menjejaki dan mencari survivor nombor lain yang masih hidup. Kire bersambung la..

Filem ini memang menarik untuk ditonton lebih-lebih lagi pada mereka yang menyukai filem aksi dan sains fiksyen. Mungkin ini kira episod pengenalan dimana No 4 masih tercari-cari kekuatan sebenar kuasanya. Difahamkan filem ini akan menjadi sequel yang panjang dan akan bersambung-sambung seperti cerita Harry Potter (jenuh la nak tunggu sampai abis). Namun pada pandangan saya filem ini ada persamaan jalan cerita dengan filem lain. Contohnya percintaan antara dua darjat manusia dan makhluk asing sama seperti jalan cerita Twillight, manusia bercinta dengan vampire. Apapun kita tetap layan cerita ini dan tengok apa sambungannya nanti.
Y2N Rating : 3 bintang

P.A. : i am no 7.. hehehe..