Tuesday, May 15, 2012

Man. City : Juara EPL 2011/12


Stay Calm. We Are The Champion. 
 
Kata-kata keramat ini menceritakan detik gemilang pasukan Manchester City menjuarai Trofi EPL musim 2011/12. Ini adalah kemenangan kali pertama sejak 44 tahun yang lalu yang sebelum ini dimonopoli oleh pasukan Manchester United. 44 tahun adalah jangka waktu yg sangat lama dan akhirnya penantian itu berakhir pada Ahad 13 Mei 2012. Ternyata anak didik Roberto Mancini ini telah berjuang habis-habisan hingga ke saat akhir. Bertempat di tempat sendiri - Stadium Etihad, Manchester City berjaya menewaskan QPR dengan kedudukan 3-2.

Diimbas kembali, ketika perlawanan akhir Super Sunday berlansung, kedudukan City dan United terikat dengan jumlah mata yang sama cuma dibezakan dengan jumlah jaringan gol. Jika kedua-duanya menang, City akan juara kerana memiliki kelebihan jaringan gol. Di pertengahan masa perlawanan Manchester City kelihatan sudah tiada harapan setelah ketinggalan 2-1 hingga penghujung masa kedua. Sememangnya kegagalan City nanti akan menjadi satu kegembiraan buat peminat Manchester United untuk meraih gelaran Juara sekali lagi. Pasukan United telah menewaskan Sunderland & sambil menunggu perlawanan City-QPR tamat, penyokong-penyokong United serata dunia sudah yakin mereka menang & bersedia untuk bersorak gembira. City pula diberi masa tambahan 5 minit dan masih ketinggalan 2-1.

Penyokong City mula sugul dan menangis kecewa. Tapi para pejuang City masih tidak berputus asa membuat serangan demi serangan dan QPR hanya mampu bertahan. Tiba-tiba, keajaiban telah berlaku. Tuhan Maha Kuasa & Dia telah menentukan segalanya. AGUEEROOOOOO....!!!! jerit pengulas sukan di kaca tv. Sergio Aguero menjadi hero berjaya membolosi gawang lawan di minit ke 93. Semua penyokong di stadium atau dimana saja mereka menontonnya, terkejut & menjerit kegembiraan. Suasana sugul tadi bertukar riuh gempak gempita. Mereka sungguh tidak percaya disaat-saat akhir City berjaya memintas kedudukan United dan bergelar Juara EPL. Setelah whistle penamat ditiup oleh pengadil, pasukan City menjerit kegembiraan kerana berjaya mencapai impian. Para penyokong di stadium terlalu gembira hingga turun membanjiri padang meraikan kemenangan bersama pasukan City. Ada yang menangis kerana terlalu gembira.

Itulah detik bersejarah buat penyokong setia kelab Manchester City. 44 tahun sekian lama menunggu akhirnya tercapai jua impiannya. Dan perlawanan akhir ini telah dinobatkan menjadi perlawanan yang paling dramatik dalam sejarah dunia bola sepak. Satu-satunya kelab yang berjaya memecahkan rekod dominasi Manchester United disaat akhir. Unbelievable.



Congratulation Manchester City!
Congratulation Roberto Mancini!
Thank You Allah!
Proud With City =)

P. A. : Oi, Fergie! We 'aving a party! U MAD, MEN-U? ;D
  

Thursday, May 3, 2012

Superhero Bersatu - The Avengers



Saya akui, i'm addicted to superhero movies. Setelah kian lama menunggu, filem yang dinanti-nantikan oleh semua ini akhirnya muncul di pawagam. Sebelum ini, filem-filem superhero yang kita tonton fokus utamanya sudah tentu pada superhero seorang itu saja. Tapi bagaimana kalau mereka semua ini digabungkan dalam satu filem? Jadi, inilah yang terhasil. Filem ini diadaptasikan dari komik Marvel dan juga siri animasinya. Sudah tentu anda sudah tonton filem ini dipawagam jadi tak perlulah saya review mengenainya. Apa yang saya mahu ceritakan ini adalah mengenai watak dan kepentingan setiap karakter superhero dalam The Avangers. The Avengers merupakan satu pasukan superhero iaitu Iron-Man, Captain America, Thor, Hulk, Black Widow & HawkEye. Mereka semua telah digabungkan oleh pertubuhan rahsia S.H.I.E.L.D. yang diketuai Nick Fury demi menyelamatkan Bumi.


Captain America.
Pertama kali, kita mulakan dengan Captain America sebab dialah leader dalam team ini. Captain America asalnya seorang askar biasa yang kurus kering tapi berubah menjadi Super Soldier di satu eksperimen yang mana kini kekuatan dan kebolehannya bertambah berlipat kali ganda dari manusia biasa. Walaupun dikategori superhero, Captain America tiada sebarang bentuk kuasa magis ataupun terbang. Dia bergantung pada perisai besi istimewanya, kekuatan tubuh badan dan kemahiran menggunakan senjata api. Sebagai seorang askar yang sudah berpengalaman dalam pertempuran dan bersemangat patriotik, Captain America memang layak dijadikan ketua dalam The Avengers.

Iron-Man.
Tony Stark. Ya, itulah nama yang paling famous dalam filem ini. Siapa yang xkenal dia. Tidak dinafikan karakter Tony dan juga Iron-Man adalah karakter yang paling menonjol dari awal hingga akhir filem. Tony merupakan seorang yang genius. Beliau telah mencipta suit robotik yang lengkap bersenjata dan mampu terbang. Atas kebijaksanaan dia ini, dia menjadi superhero. Billionare genius ini pada mulanya enggan bersatu dan hanya mahu bergerak sendiri. Tapi setelah keadaan menjadi kritikal, menyebabkan dia berubah fikiran dan sanggup berkorban demi menyelamatkan Bumi.

Thor.
Thor satu-satunya superhero bukan manusia dalam The Avengers. Bukan makhluk asing tapi Thor adalah dewa halilintar yang berasal dari Kerajaan Asgard. Beliau turun kebumi demi melindunginya. Senjata utamanya adalah tukul besi istimewa yang mampu mengeluarkan kuasa halilintar. Hanya Thor seorang saja yang mampu mengangkat tukul besinya itu. Misi utama Thor dalam The Avengers adalah mencari  kiub Tesseract dan menangkap adiknya Loki dari bermaharajalela di Bumi.

Hulk.
Semua orang tau siapa Hulk dan jangan sesekali buat dia marah. Bruce Banner asalnya terkena radiasi sinar gamma lalu menghasilkan satu makhluk lain dalam badannya. Jika emosinya terganggu, Bruce berubah menjadi Hulk. Bila makhluk hijau itu sudah keluar, satu je yang berada di fikirannya - MUSNAHKAN! Tidak kira kawan atau lawan, siapa pun berada didepannya pasti akan dimusnahkan. Tapi didalam The Avengers, nampaknya Bruce berjaya mengawal keadaan Hulk dan menggunakan kelebihannya itu untuk menyelamatkan Bumi.

Black Widow.
Wajah cantik, rupa paras menarik tapi dia boleh membunuh. Agent Natasha Romanov seorang perisik wanita dari Russia telah bekerjasama dengan Nick Fury untuk menubuhkan The Avengers. Berpakaian ketat serba hitam, Black Widow nampak hanya wanita biasa tapi dia mempunyai skill menggunakan senjata dan seni mempertahankan diri yang tinggi. Satu-satunya karakter heroin yang sangat berani, ohsem & sangat gojes dalam filem ini. Dont mess with her. She can kick your ass down.

Hawk Eye.
Watak baru ini berganding bahu dengan Black Widow dalam The Avengers. Pada awal cerita Hawk Eye dipukau oleh Loki tp pulih kembali setelah dibelasah teruk dengan Black Widow. Pakar memanah dan sentiasa tepat pada sasaran adalah keistimewaannya. Tidak hairan la Tony Stark menggelarkan dia 'Legolas'. Haha.. =D

Y2N Rating : 4.5/5 stars.

P.A. : aku rase inilah filem superhero yang paling banyak aksi dan banyak pulak lawak jenakanya buat korang tergelak kuat2.. haha.. xD