
Filem ni mengisahkan tentang seekor sesumpah ijo (chameleon) yang selama ini alone terkurung sendiri dalam kotak kaca telah tersesat di gurun pasir setelah terjatuh dari kereta tuannya. Setibanya dia dikawasan gurun yang amat asing baginya, dia bertemu Roadkill - seekor tenggiling tua yang telah dilanggar kereta. Atas nasihat Roadkill, sesumpah itu perlu pergi mencari pekan bernama Dirt jika ingin terus hidup. Dalam perjalanannya itu cabaran mula berlaku yang tak pernah dia alami iaitu dikejar burung helang. Tercirit sesumpah ni lari nak selamatkan diri. Banyak gelagat kelakar part ni. Haha.. Kemudian dia bertemu dengan Beans - iguana gurun betina yang kebetulan lalu disitu (buroknya rupa beliau.. huhu). Rango terus mengikut Beans sampai ke pekan bernama Dirt. Setibanya dia disana, dia bertemu pula dengan pelbagai jenis binatang gurun macam tikus tanah, biawak pasir, burung antu, gagak, musang dan macam-macam rupe lagi la.. Biasela macam cite koboi, kalo ada stranger masuk je dalam kedai, semua pandang semacam. Sesumpah tu berlagak macho je padahal tengah takut giler. Di sinilah sesumpah ini mendapat idea nama dan menggelarkan diri sebagai Rango.. haha. (ya, sebelum ni dia pun tak tau sape nama dia). Untuk mengelakkan dirinya menjadi mangsa belasahan, Rango mengada-adakan cerita yang kununnya dia adalah wira dari Barat dan telah membunuh banyak mangsa. Semua yang ada disitu boleh plak percaya kata-katanya sampai menjadi kagum. Rango terpaksa berlagak pandai dan berlagak hero walaupun sebenarnya dia hanya 'kencing' saja (menipu). Dia sebenarnya penakut giler. Selepas itu banyak kejadian pelik lagi kelakar berlaku pada Rango hinggakan dia diberi kepercayaan oleh penduduk pekan Dirt. Manakala, Mayor - si kura-kura tua melantik Rango sebagai Sheriff.


Y2N Rating : 4 bintang
P.A. : biasela kalo tengok cite kartun mcm ni mesti ade family bawak budak2 skali, Paham-paham je la perangai budak2 ni kalo tak dijaga.. bising. nak tengok cite pun xsenang. sabo jela. huhu..
Haaaaa ...dating tgk RANGO ..heheh .. =P
ReplyDelete=)
ReplyDelete