
Sempena hari istimewa ini, ku ucapkan SELAMAT HARI WANITA buat semua wanita dikasihi & yang mengenali diri ini. Oh ya, terutama kepada mereka yang ada dalam gambar diatas. Tidak kira kawan2, rakan sepejabat, kenalan FB, ex-gf, saudara-mara asalkan bernama wanita. Wahai wanita, ingatlah, sesungguhnya wanita itu hiasan dunia dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah. Semoga keindahanmu terus terpelihara dan martabatmu terus terjaga. Semoga orang yang berada disampingmu akan menyayangimu sebaiknya. Semoga kasih sayang darimu sampai ke Syurga... =)
ade 3 wanita yg aku kagumi :

Muda, cantek, sweet, berbakat dan telah memenangi banyak anugerah muzik dalam usia muda. Minat giler kat awek ni. Bukan sebab cantek je tapi sebab imej bersih dia tunjukkan. Semua lagu dia aku dah ada. Kalo nanti dia dtg wat concert kat Malaysia, aku akan jadi penonton row paling depan sekali. haha..

DCT boleh dikatakan sebagai the most successful artist in Malaysia. Bukan saja popular dengan lagu-lagunya malah beliau mengembangkan lagi empayarnya dengan mengeluarkan produk kecantikan sendiri. Seorang tokoh wanita yang boleh dibanggakan.

Syurga itu terletak dibawah kaki ibu. Sudah tentu tiada wanita yang lain yang kita sayang akan menduduki no 1 carta hati kita melainkan mak kita sendiri. Korang pun begitu jugak kan?. Maklah wanita yang terbaik dalam hidup saya. Selamat Hari Wanita, Mak.. Love You ^^~
P. A. : sekiranya aku sudah mempunyai isteri nanti, sudah tentu dia akan mengantikan kedudukan DCT sekarang ini. hehe.. siapala agaknya tuu.... =P
Taylor Swift bukan wanita lah ...itu budak hingusan ..hehhe .. =P
ReplyDeletehaha.. dia budak lg tp da nampak cam dewasa, ok la tu.
Deletememula nk letak Najwa Latiff, tp mesti ade yg kate 'eeeuwww... budak sekolah'
haha =P