Monday, August 15, 2011

Berakhirnya Sebuah PC

Pada 12 Ramadhan yang lalu, mimpi ngeri aku menjadi realiti. Setelah pulang dari solat terawih di surau, seperti biasa, aku cube lepakkan diri di meja komputer aku. Niat dalam hati nak main game Counter-Strike pastu nak online kejap. Tapi tibe-tibe aku rase pelik semacam. Apasal PC aku ni xnak on. Aku dah tekan suis on padahal tapi xmahu juga. Haii, degil plak. Aku dah tekan sampai 18 kali tapi mahu on juga. Ahh..sudah. Da rosak ke? Aku check2 kabel dia dan tukar ngan kabel lain. Tapi xberjaye gak. Memang sah problem PC aku ni. Huhu.. Cume aku pelik tetibe je jadi camni, padahal semalam kemain lagi boleh mcm biasa. Takde tunjuk tanda2 nak rosak. Cume kadang2 dia lambat masuk Windows dan hang tu biasela. Maybe aku tak dengar cakap kawan aku dulu, yang komputer aku tu dah lama, dah lapuk, sampai masa nanti dia akan rosak juga. Tapi sampai skang aku masih pakai lagi. Ternyata kata-kata kawan aku tu jadi kenyataan. Tak sangka kena pula time2 macam ni. Aku banyak lagi bende nak buat. Poster raya untuk kawan2 pun xsiap lagi. Masakk.. Aku cube baiki sendiri, buka & bersihkan semua komponen. Tapi semuanya sia-sia. Memang xboleh diselamatkan lagi.

Esoknya, aku bawak PC aku ke ofis. Aku mintak budak IT - Pidot tolong checkkan komputer aku apa masalahnya. Tak lama pas tu, dia bgtau yg Power Supply da terbakar tu pasal tak hidup. Then bile da ganti lain, nak masuk Windows lembab giler maybe sebab RAM ataupun HarDisks dah nak rosak. So, dia suggest alang-alang nak tukar, baik beli PC baru je. Huhu... Mybe betul kata dia, dah tiba masanya aku kene tuka komputer baru. Sudah 8 tahun aku pakai komputer ni sejak aku study kat UTM dulu. 8 tahun wooo... Lama gak tu. Banyak jasa dia kat aku. Tapi yelah, tiada apa yg kekal didunia ni. Nothing last forever bak kate omputih. So, mahu tak mahu, aku kene gak beli PC baru lepas raya ni. Segala design2 dan art untuk raya ni aku tangguhkan dulu sehingga waktu yg sesuai. Sementara ni aku online malam di CC. Apaleh buat.. So, nantikan PC baruku yang power lagi tip-top akan datang. wokehh. huhuu...

R-I-P PCku.. (2002-2011).

Wednesday, August 10, 2011

Cantiknya Kalau Bertudung

Pemakaian tudung merupakan satu tuntutan dalam agama Islam untuk kaum muslimah. Rambut wanita adalah aurat bagi lelaki yang bukan mahram jadi pemakaian tudung adalah dimestikan. Walaupun perkara basic ini sudah diajar dan ramai yang tahu, namun masih ramai wanita mengambil ringan dan memilih tidak mahu bertudung. Tapi, itu hak individu samaada mahu memakainya atau tidak. Saya tak mahu menimbulkan isu disini. Tuhan lebih mengetahui hati masing-masing. Namun begitu, bagaimana kalau artis wanita Melayu pujaan kita pula bertudung litup? Jika selalunya kita tengok diorang ni free style saja kat luar. Mereka sudah tentulah memiliki rupa yg cantik, menarik tp bila ditambah dengan gaya tudung mesti bertambah cantik. Sejuk pula mata memandang. Walaupun mereka pakai hanya untuk shooting drama atau majlis tertentu, kita ketepikan soal hipokrit dan pandang dari segi positif. Sempena Ramadhan al-Mubarak bulan baik ini, saya nak share carta 10 artis wanita pilihan bertudung yang bagi saya yang sangat ayu dan terbaek. Siapa paling comel? Check it out..


Ya, itulah antara 10 artis pilihan saya dan DCT no 1, paling comel sekali.. hehe. Nape? Bukan soal minat, tapi memang dah ternyata sempurna sangat kalau dia bertudung terus macam tu. Tak caye tanyer orang lain. Kan? Kan? Kann? Hehe.. Apa-apapun tak kisahlah bagaimana cara kita, yang pasti Tuhan tetap memandang amalan dan hati kita bukannya rupa (nobody perfect..). Kepada mereka yang bertudung tu (bukan tudung untuk fesyen okeh), teruskanlah.. Kamu telah memilih jalan yang betul. Semoga selamat dunia akhirat. InsyaAllah.. :)

P.A. :
Cantik luar, Cantik dalam, Cantik dengar sini, Kalau dah Cantik, berTudung mesti cantik lagi.. hehe..

Thursday, August 4, 2011

The First Avenger

Bulan pose camni macam malas plak nak post entry baru. Lagipun sepanjang bulan pose and raya ni nanti meme xdapat la tgk wayang. Cuti jap 2 bulan eheheh.. By the way, aku nak share skit pasal filem superhero Marvel terbaru - Captain America. Cite ni sempat aku tengok sblm masuk bulan pose lagi. Tapi baru nak post review skang pasal malas ekeke.. Sebut je Captain America sedah tentu ramai tahu tentang bagaimana rupa adiwira berjiwa patriotik ni. Walaupun kita kadang-kadang menyampah dengan negara Amerika, tapi untuk movie ni layan jela.. huhu.

Cerita ini berlatar belakangkan tahun 1941 yang mana ketika ini zaman Perang Dunia ke 2. Ia mengisahkan Steve Rogers, seorang lelaki kurus kering tetapi berjiwa kental. Oleh kerana tubuhnya yang kecil, dia selalu dibuli dan permohonannya untuk menyertai askar banyak ditolak. Tetapi Steve tak pernah mengalah. Kesungguhan Steve ini telah mendapat perhatian dari seorang doktor makmal yang bertugas untuk projek khas militari - Project: Rebirth. Steve ditawarkan menyertai askar dan menjadi subjek eksperimen sulit milik militari Amerika itu. Di makmal, dia dimasukkan kedalam sebuah bekas dan disuntik dengan sesuatu bahan. Eksperimen itu berjaya dan perubahan fizikal ketara kelihatan ditubuhnya. Dia sudah menjadi super-soldier yang gagah perkasa, tough, power dan kuat. (same la tu..).

Sebelum :(

Selepas :)

Sejak itu Steve digelar Captain America. Tapi malangnya doktor yang menguruskan projek itu mati terbunuh plak membuatkan pihak atasan militari bertukar fikiran. Mereka tak membenarkan Steve turun ke medan perang kerana masih meragui kebolehannya. Sebagai ganti, Steve hanya menjadi maskot karekter Captain America dan membuat persembahan pentas untuk menaikkan semangat patriotik rakyat Amerika. Populariti Captain Amerika tersebar luas dan menjadi pujaan ramai. Walaupun begitu, dalam hati Steve berasa sedih, sebab diperkotak-katikan oleh pihak atasan dan terasa macam pak lawak aje atas pentas. Tak guna dia ada badan gagah tapi jadi maskot je (badan ganas hati cute..). Sib baek dia ade awek yang juga seorang askar atasan sebagai tempat mengadu. (ganas gak awek dia ni..).

Kemudian tersebar berita tentang sepasukan tentera Nazi - The Red Skull yang diketuai oleh Johann Schmidt. Schmidt pun kuat macam Captain America tetapi wajahnya telah berubah jadi tengkorak merah (eeeuuww..). Pakatan jahat The Red Skull cuba menguasai bumi kerna Schmidt memiliki Tesseract - suatu kiub berkuasa menghapus apa saja dengan sekelip mata. Dengan rasa bersemangat, Steve menawarkan diri untuk menewaskan pakatan The Red Skull. Setelah bertarung hebat dalam sebuah jet terbang, Johann Schmidt berjaya ditewaskan tetapi malangnya jet yang dinaikki Captain America itu terhempas ke dasar lautan. Captain Amerika pengsan & hilang dari pandangan.

Steve terjaga dari pengsannya dan sungguh dia tak percaya dia sudah berada di zaman moden sekarang 2011. Dia dimaklumkan dia telah terpengsan dalam ais hampir 70 tahun lamanya! Kini hiduplah Captain Amerika di zaman modern dan menjadi superhero pertama yang join The Avengers.

Y2N Rating : **** (4 stars for ya captain..)

P.A : Tak sabar nak tengok The Avenger 2012. Hulk + Thor + Iron Man + Black Widow + Captain America. Vavavavavoomm...

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Datang Lagi..


Ramadhan Datang Lagi,

Setelah setahun kita menanti,
Setelah Syaaban berlalu pergi,
Bulan penuh berkah kini kembali,
kerinduan terubat kini,
Ambillah kesempatan ini,
Untuk beramal & berbakti,
Tanda syukur kita pada Ilahi.


Ramadhan Datang Lagi,
Jangan buat tak reti,
Apa yang perlu dibuat masa ini,
Pahala dicari Dosa dihindari,
Wajib berpuasa di siang hari,
Kurangkan makan lebihkan iman dihati,
Malam kita terawih, bertasbih & mengaji,
Qiamullail, Tahajjud jam 3 pagi,
Bersahurlah walaupun kurma sebiji.


Ramadhan Datang Lagi,
Banyak perubahan kita dapati,
Yang terbuka kini tertutup rapi,
Yang free hair kini bertudung seri,
Yang nakal kini mula berbudi,
Yang rockers kini nasyid kontemporari,
Sejadah mula dibentang & didekati,
Alhamdulillah harap terus begini,


Ramadhan Datang Lagi,
Tapi masih ada yang tak ambil peduli,
Puasa dilanggar solat apetah lagi,
Hati sudah keras bak keluli,
Teguran hanya dibalas caci,
Sayangnya mereka jadi begini,
Kerana mereka adalah orang yang rugi.


Ramadhan Datang Lagi,
Jangan sia-siakan bulan ini,
Selagi kita masih bernafas dimuka bumi,
Pergimu nanti akan ditangisi,
Bagi umat Islam yang benar merindui,
Syukur ya Allah ya Rabbi,
Semoga kita berjumpa Ramadhan ini lagi..

Selamat menjalani ibadah puasa.. =)

Nukilan : Nyzam Y2N - 04 Ramadhan 1432H -