Sunday, July 29, 2012

Tudung Bawal Exclusive Sangdewi

Sempena Ramadhan yang barakah ini, segala perkara yang baik perlu disebarkan. Pemakaian tudung adalah wajib bagi Muslimah. Jadi, disini saya nak mempromosikan Tudung Bawal Exclusive yang menjual pelbagai jenis tudung bawal & busana muslimah yang menarik. Modelnya adalah Kak Rozi (Sangdewi - akak ipar DCT). Jika berminat sila berkunjung terus ke kedai Bawal Exclusive di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.facebook.com/BawalExclusive atau telepon nombor yang tertera. =)



P.A. : dan.... design bahagian promosinya dibuat oleh saya. ^_^

Friday, July 27, 2012

Logo 55 Tahun Merdeka Versi Y2N

Salam 1Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, ramai yang tak suka dengan design logo Kemerdekaan ke-55 yang ada sebelum ini. Seolah-olah Malaysia sudah tiada designer yang berbakat. Oleh kerana itu, ramai designer bengang dan mencuba mencipta logo Merdeka 55 versi mereka sendiri (nak tgk, ce try google).  Jadi, saya pun tak terkecuali ingin mencuba. Walaupun tiada dibuka pertandingan, yang penting usaha kita ini mahu tunjukkan yang logo Merdeka yang buruk sedia ada itu perlu diganti kepada yang lebih baik.

Saya cuba mengolah logo buruk tu dan mencipta yang baru. Walaupun xsecanggih pereka yang lain. Aku rasa bendera Jalur Gemilang tak payah la letak sebiji atas logo pasal dalam logo 1Malaysia tu pun da orang nampak. Konsep masih sama ada 1Malaysia & Janji Ditepati agar tak lari dengan kehendak kerajaan. (klik gambar untuk enlarge)



P.A: MERDEKARAYA! 1Malaysia 1Negara 1Wawasan 1hari dihari raya, ku terdengar irama yg sungguh indah.. =D

Wednesday, July 25, 2012

ini ke Logo Merdeka ke-55?

Salam Ramadhan. rasanya tentu ramai da maklum dan da tengok logo baru kemerdekaan negara kita Malaysia tahun ini. Kalo belum, tgk bawah ni. So ape pendapat anda? Cantik bukan? Sorry to say la kan.. macam haramjadah. hahaha.. Aku tak tau la sape la pereka logo ni tapi ramai da komen pasal logo ni dimana-mana FB mahupun twitter dan rata2 semuanya tak suka. Bukan niat nak kutuk kerajaan atau berpolitik apa, cume sebagai pereka grafik adakah itu yg mampu yang anda buat? Logo paling simple giler & paling keciwa saya lihat berbanding logo-logo sebelum ini. Sekadar tampal 1 Malaysia dan jalur gemilang berkibar kemudian guna font yang sedia ada.. kalo boss aku tengok design mcm ni pun sah2 kene reject. adoyaii... #faceplam


Aku komen mcm ni sebab ape.. sebab aku pun keje graphic designer jugak. So aku tau samada hasil karya tu cantik atau tidak. Aku dah banyak buat logo-logo berkaitan ngan kerajaan dan memang da agak selera orang-orang atasan ini macam mana. logo yang paling simple dimata diorang itulah yang dipilih walaupun tak cantik. urrghh....

Maaflah kalo aku yang over pulak. ini bukan kutukan tapi teguran. Sekadar memberi pendapat sebagai rakyat Malaysia. Tapi please la.. pihak yang berwajib, please tukar logo ni kepada yang lebih baik skit. Anda cuba sampaikan mesej melalui logo ini tapi sayangnya hasilnya tak cantik. Tukarla kepada yang elok skit. Tak kisahlah nak simple pun tapi biarlah cantik dipandang. Baru timbul rasa patriotik & cintakan negara. Ini tidak... makin sakit mata tengoknya. Huhu.. Tapi kalo dah rasmi ini logo dia, terpaksalah kami terima dengan kepahitan (-___-)"

P.A. : Trust Me! I'm The Designer!

Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan 1433Hijrah

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1433 Hijrah. Khas buat peminat Siti Nurhaliza, saya sertakan disini poster & wallpaper DCT edisi Ramadhan untuk tahun ini. Boleh klik & save. Selamat berpuasa & sama-sam kita beramal =)



Friday, June 15, 2012

Ini.. Ini memang mengarut.



Korang pernah tak melalui situasi yang aneh, pelik lagi mengarut? dan ia membuatkan korang rasa bengang dan terganggu fikiran. Inilah yang berlaku di ofisku sekarang. Pagi Khamis yang lalu, kami rakan sepejabat amat terperanjat apabila mendapati lantai opis penuh dengan butiran hitam dan putih. Penuh disetiap sudut dan bilik. Nak tak nak, terpaksalah kami berjalan masuk terpijak-pijak butiran2 tu. Aku ingat opis kene sabotaj ke atau najis binatang yang terperangkap dlm opis. Rupanya setelah diterangkan itu adalah GARAM & LADA HITAM yang sengaja ditaburkan dengan tujuan menghalau gangguan hantu setan. Habis penuh dari tingkat dan bilik termasuk tandas. Tidak lain tidak bukan ini mestilah idea boss aku tu. Ntah apa-apa. Terpaksalah kami sapu sendrik lantai tu kalo x, melekit kat kaki.

Sblm ni boss ade cerita kat kami (designers) yang bisnes dia da agak tergugat sikit dan kedai makannya xbrapa laku. So dia expect ade orang dengki dan hantar santau untuk merosakkan perniagaan dia. Kami ya kan saje la. So dia panggil sorang ustaz (diperkenalkan oleh orang dia jugak) untuk menghalau ganguan tu. Dia tabur benda alah semua tu. Kitorang ingat abis macam tu je. Rupanya ade lagi. Malamnya pula kami budak2 designer kene stay back siapkan keje, then boss & orang kanannya datang brsama ustaz tu. 'Ustaz' tu terus baca2 dan sembur semua dinding dalam opis dengan air jampi. Kitorang terkebil-kebil tengok terus rasa lain macam then tutup computer, pakat balik terus. Haha xleh blah.. xD

Bukanlah kita tak percaya semua tu. Benda2 mistik ni memang ada. Tapi tgk situasi yang berlaku tu macam kelakar plak. Adakah dia xterfikir yang bisnes dia xmenjadi disebabkan perkara lain? Mybe kedai makan dia harga mahal, xsedap, tempat xstrategik atau ade orang dalam songlap mane tau. Xsemestinya semuanya datang dari gangguan. Walalhuallam.. Cakap lebih kang takut tersalah pulak. Apa-apa pun mintak jauh la seberang kejadian buruk sebab selalunya aku la orang paling last balik. Sebelum kejadian ni aku memang xkisah balik lambat sampai kol bape pun. So,disebabkan semua keanehan ini, sekarang aku da rase macam takut2 da nak stay back lagi sorang-sorang. Xpasal2 mentaliti & keberanian aku dah tergugat sedikit. Demss... Huhuhuu... (-__-)"

P.A. : how irony, ade orang xpercaya pada Tuhan, tapi boleh percaya dengan kewujudan hantu setan. sdgkan dia xsedar dia lah setan sbnarnya.

Tuesday, June 5, 2012

Permulaan Jun Yang Gila


Aiii lama betul xupdate blog. Busy tu memang la tapi setiap kali bukak internet asyik ke pesbuuk, chat & twitter hingga lupa nak update blog. hehe. Memang aku bukan seorang blogger yang tegar. Hanya menulis jika rajin ade masa lapang je. =P

Cuti sekolah da bermula. Semua orang tentu ade plan nak kemana-mana jika hari cuti. Aku pula bercadang nak pergi ke Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan kenalan aku yang brlansung pada Sabtu, 2 Jun 2012. Oleh kerana aku dah lama xkesana, aku jadi sangat teruja nak pagi dan dah beli tiket bas awal2. Tapi kata orang, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Plan aku telah dirosakkan oleh kerja last minute yang datang menimbun-nimbun (biasela gov bg keje mcm ni) dan aku menjadi orang harapan (atau mangsa sebenarnya) company untuk siapkan. Arghh... Aku ingatkan dapat settle pada hari Jumaat itu juga rupanya tidak. Ia berlarutan hingga ke hari Ahad!. Dems.. =(

Aku kene siapkan buku Anugerah Khidmat Cemerlang untuk Kementerian Pengajian Tinggi setebal 65 pages. Nampak macam mudah & sikit tapi sangat complicated & menyusahkan. Kene crop gambar diorang satu persatu (seramai hampir 1000 orang)  dan susun ikut level pangkat dalam buku. Gambar kalo semua cantik tak perlah, ini banyak yang kecik dan pecah. Sebab itulah lambat siap. Akhirnya aku xdapat siapkan Jumaat itu dan terpaksa korbankan hasrat untuk ke Perak. Huhu sedih.. Tapi apakan daya diri ini. Kudrat yang ada xmampu nak selesaikan semua pada masa yang cepat. Kita bukannya robot boleh kerja 24jam tanpa henti. Otak pun kene rehat. Nak suruh orang lain buatkan? Jangan harap la.. Jadi, terpaksalah aku spend masa stayback 2 malam sorang-sorang kat office semata-mata nak siapkan buku itu. Otak macam nak pecah time tu tapi aku teruskan gak. Da siap, kene tunggu confirmation pula dari pihak KPT. Bila buat checking sudah tentu ada salah ejaan atau gambar. Adjust balik, buat pembetulan then barulah final design antar printing. huhhhhhh.... lege, baru la settle. Selesai semua ni, balik rumah kol 3 pagi terus tumbang. Sedar2 dah kol 1.30 tengahari. haha gile.. Oleh kerana bagi aku ni adalah kerja gila (sebab stayback sampai 2 malam sorang2) maka aku catatkan di blog aku ni untuk rujukan masa depan. huhuhu.. sabo je laa... (-_-)!


* Kepada kawan aku yang berada di Perak tu dan mereka yang berkenaan, aku minta maaf banyak2 sebab xjadi datang. Aku da cakap nak datang tapi aku xdapat tunaikan. Sorry sangat.. Memang terasa sangat rugi sampai sekarang. Tak perlah, semoga next time nanti kita jumpe lagi. InsyaAllah.

P.A. : Kadang-kadang terfikir nak kebidang pekerjaan lain.. tapi ape yee... huhu. :|

Tuesday, May 15, 2012

Man. City : Juara EPL 2011/12


Stay Calm. We Are The Champion. 
 
Kata-kata keramat ini menceritakan detik gemilang pasukan Manchester City menjuarai Trofi EPL musim 2011/12. Ini adalah kemenangan kali pertama sejak 44 tahun yang lalu yang sebelum ini dimonopoli oleh pasukan Manchester United. 44 tahun adalah jangka waktu yg sangat lama dan akhirnya penantian itu berakhir pada Ahad 13 Mei 2012. Ternyata anak didik Roberto Mancini ini telah berjuang habis-habisan hingga ke saat akhir. Bertempat di tempat sendiri - Stadium Etihad, Manchester City berjaya menewaskan QPR dengan kedudukan 3-2.

Diimbas kembali, ketika perlawanan akhir Super Sunday berlansung, kedudukan City dan United terikat dengan jumlah mata yang sama cuma dibezakan dengan jumlah jaringan gol. Jika kedua-duanya menang, City akan juara kerana memiliki kelebihan jaringan gol. Di pertengahan masa perlawanan Manchester City kelihatan sudah tiada harapan setelah ketinggalan 2-1 hingga penghujung masa kedua. Sememangnya kegagalan City nanti akan menjadi satu kegembiraan buat peminat Manchester United untuk meraih gelaran Juara sekali lagi. Pasukan United telah menewaskan Sunderland & sambil menunggu perlawanan City-QPR tamat, penyokong-penyokong United serata dunia sudah yakin mereka menang & bersedia untuk bersorak gembira. City pula diberi masa tambahan 5 minit dan masih ketinggalan 2-1.

Penyokong City mula sugul dan menangis kecewa. Tapi para pejuang City masih tidak berputus asa membuat serangan demi serangan dan QPR hanya mampu bertahan. Tiba-tiba, keajaiban telah berlaku. Tuhan Maha Kuasa & Dia telah menentukan segalanya. AGUEEROOOOOO....!!!! jerit pengulas sukan di kaca tv. Sergio Aguero menjadi hero berjaya membolosi gawang lawan di minit ke 93. Semua penyokong di stadium atau dimana saja mereka menontonnya, terkejut & menjerit kegembiraan. Suasana sugul tadi bertukar riuh gempak gempita. Mereka sungguh tidak percaya disaat-saat akhir City berjaya memintas kedudukan United dan bergelar Juara EPL. Setelah whistle penamat ditiup oleh pengadil, pasukan City menjerit kegembiraan kerana berjaya mencapai impian. Para penyokong di stadium terlalu gembira hingga turun membanjiri padang meraikan kemenangan bersama pasukan City. Ada yang menangis kerana terlalu gembira.

Itulah detik bersejarah buat penyokong setia kelab Manchester City. 44 tahun sekian lama menunggu akhirnya tercapai jua impiannya. Dan perlawanan akhir ini telah dinobatkan menjadi perlawanan yang paling dramatik dalam sejarah dunia bola sepak. Satu-satunya kelab yang berjaya memecahkan rekod dominasi Manchester United disaat akhir. Unbelievable.



Congratulation Manchester City!
Congratulation Roberto Mancini!
Thank You Allah!
Proud With City =)

P. A. : Oi, Fergie! We 'aving a party! U MAD, MEN-U? ;D