Sunday, November 20, 2011

All Your Love / We Love You

Syukur Alhamdulillah... Hari 19 Nov 2011 merupakan hari bersejarah buat aku. Seperti mana yang korang tau, aku ni peminat Datuk Siti dari dulu lagi. Walaupun tak sehebat dulu tapi aku masih ikuti perkembangan kariernya. Lebih mudah lagi ada peminat-peminat Siti lain yang rajin share info aktiviti Siti. Tanggal 19 November 2011 merupakan 'my big day' dan tak akan aku lupakan. Setelah bertahun-tahun lamanya, inilah rasanya first time aku dapat jumpe Siti so very close dan rasa dihargai olehnya. Memang banyak kali da jumpe sebelum ni, tapi tak lah sebaik hari ini. What a beautiful day..

Ianya bermula dengan satu art design Siti Nurhaliza yang saje2 aku buat dan post dalam Facebook. Saje suka2 buat. Aku lukis balik gambar Siti dengan Photoshop dan jadikannya satu banner kecil. Sudah tentu ramai yang like terutama peminat2 dia. Seorang kenalan aku, Chikgu Zaffira yang juga peminat Siti telah memberi idea dan mencadangkan sesuatu kepada aku. "Hei bro, cantik sangat design! Apa kata kita buat banner dengan gamba ni? Tulis kat situ ' We Love You'. Tolong buatkan. Tentu Siti suka.." katanya. Setelah berbincang, aku pun setuju dan terus membuatkannya menjadi banner. Aku pun print ia sebagai banner 10' x 4'. So banner ini boleh dibawa ke mana2 konsert Siti nanti.

Kebetulan pula, aku dapat tahu pada hari 19 November Siti akan berada di Speedy Pavillion untuk promosi album AYL. So, dengan pantasnya Chikgu Zaffira berniat mahu tunjuk banner tu pada Siti dan dapatkan sainnya. Tapi, Chikgu aku tu tak dapat hadir kesana atas sebab tak boleh dielakkan jadi dia meletakkan tugas itu pada aku. Memandangkan aku free tak buat apa2 so aku setuju saja. Aku menggantikan tempat dia untuk tunjukkan banner baru tu pada Siti. Setiba disana, Siti sudah pun sampai dan peminat2 dia beratur untuk dapat sain autograf dan bergambar dengannya. Aku beli CD nya dan turut beratur juga. Nasib baik turn aku tak lah ramai sangat. Setiba giliran aku jumpe Siti, aku buang perasaan malu dan terus cakap "Salam Kak Siti, saya wakil Chikgu Zaffira and i have something big surprise for you".. kataku dengan konfiden je. Aku terus bukak banner tu depan dia dan semua orang kat situ kagum. Siti juga terkejut tengok banner besar tu sampai rasa macam nak nangis. Haha..aku tak tipu. Aku tengok riak muka dia cam nak nangis time tu. Mybe dia tak sangka dan teruja sangat. Orang lain mintak sain kat Cd je, aku mintak sain kat banner. Haha..

Setelah selesai beliau sain kat banner, poster dan CD, aku bentangkan luas2 banner tu depan orang ramai. Kasi semua orang tengok. Wahhh.. wahh.. itulah kata2 orang ramai kat situ sambil ambik gamba. Pengacara kat situ pulak cakap "Yeah, that's a big banner from a big fan! Truly big fan.. That..Awesome!" Siti pulak tak habis2 cakap terima kasih kat aku. Aku hanya tersenyum lebar saja dan bergambar disamping dia. Dah macam artis plak aku semua nak amik gamba. Hahaha.. Selesai sesi bertemu peminat, kami semua peminat2 Siti berkumpul di parking lot dan bergamba dengan Siti serta dengan banner aku tu. Ramai yang memuji hasil kerja aku dan mengharapkan aku teruskan hasil karya aku. Terharu plak.. hihi.

Well, good thing is.. i got new friends here, kenalan baru, ramai nak add kat FB. Rasa makin dikenali, mesra ngan Kak Rozie dan yang penting, Siti Nurhaliza dah kenal aku personally. Siti Nurhaliza beb.. artis No 1 tu.. Mybe, lepas ni, orang mula kenal siapa dia Nyzam Y2N. Hehe.. Bukan berlagak ye.. cuma rasa bersyukur Alhamdulillah.. Tak sangka plak design aku yang suka2 buat tu jadi sesuatu yang boleh dibanggakan. Ok, Tq so much! Aku akan terus berkarya.. =)

P.A. : thankz a lot to Chikgu Zaffira Zaini. Kalau bukan kerana dia yang suruh, kenangan ini takkan jadi realiti. ^_^

2 comments:

  1. terbaekla...lepas ni kalau ada lagi. plis la gtau saya ya. hihi..kompem join.

    ReplyDelete