Friday, November 11, 2011

11-11-11


Hari ni Jumaat dan tarikhnya istimewa sekali iaitu - 11/11/11. Kalau anda perasan dalam FB, twitter atau mana-mana media overall ramai orang bicara pasal tarikh cantik ini. Ada yang ambil kesempatan untuk membuat keraian yang besar seperti majlis nikah, kahwin ataupun kelahiran bayi. Apa istimewanya? Adakah sekadar susunan nombor yang cantik? Untuk aku, ada ceritanya.

1. Hari ini merupakan tarikh lahir kawan baik aku satu opis, Khairul Anuar a.k.a. en. eloi. Untung betul birthday dia jatuh pada tarikh yang cantik. Gambar diatas ni pun diambil dari Galaxy Tab dia. Sempena birthday dia aku cabar dia lawan game bola PES 2012 perlawanan persahabatan, Barcelona vs Totenham Hotspur. Keputusannya aku kalah 4-0 kahkahkah.. Ok alhamdulillah, hidupnya kini sempurna disamping isteri dan anaknya tersayang. Semoga panjang umur dan murah rezeki sahabatku, en. eloi =P

2. Hari ini ramai orang nikah. My-ex gf (clash tahun 2009) pun nikah. Aku sebenarnya tak mahu ambik tahu lagi dah pasal dia tapi dia pula yang selalu sms aku. Dia memang ada bgtau dulu dia akan nikah bulan ni. Tetibe je dpt sms mengatakan dia nikah harini. Mybe dia pilih tarikh ni sebab senang ingat agaknya. Esok mybe dia sanding. Tapi ada aku kesah lg ke.. haha. Biarkan sajalah. Tak perlu simpan rasa benci lg. Hope dia bahagia dengan lelaki pilihannya itu. Amin..

3. Tepat pukul 11.11 am, aku kat opis, didepan komputer aku. Ramai sangat orang teruja pasal tarikh dan masa ni. So, aku xlepaskan peluang jugak. Ada orang make a wish time camni. Sebab ia muncul hanya sekali dalam seumur hidup. Aku xde la make a wish macam tu cam karut je tapi aku berdoa dalam hati pada Allah pada hari yang baik ini aku mohon agar aku dapat hidup yang lebih baik di masa hadapan. Itu saja. =)

P.A. : tahun depan 12-12-12 pulak ditunggu orang. apa akan terjadi nanti? adakah kita masih sama atau sudah berubah? kita tunggu dan lihat...

4 comments:

  1. 11.11.11 ....yeah tarikh ni menarik ...but i dont feel interesting .. rasa mcm errr...just mcm hari2 biasa ..kalau 24.08 tu menarik la kowwtt...hahah ..

    hv a great day friend ..! =)

    ReplyDelete
  2. da kenapa kak siti promote bezday kat sini? HAHA...

    aishywara rai lahirkan baby kembar dia 11-11-11 pukul 11pagi lagi tau waktu Bombay...

    saya boleh terlupa yg kelmarin 11-11-11. demam drakula.

    ReplyDelete
  3. yelah CT.. no wonderla 24.08 tu tu menarik buat kamu.. xyah bg hint, da lepas. tunggu taun depan. akakaka.. =P

    Cik Bib - xnak promote birthday jugak ke? ekeke.. giler tepat aishwarya rai set time.. =P

    ReplyDelete
  4. HAHA...takmo la. rahsia saya.bia la rahsia...ececeh. #sentap#

    ReplyDelete