Saturday, November 12, 2011

Review Filem - IMMORTALS

Fight For Your Love... Fight For Immortality..
Kisah legend ini berlaku di Greece 1228 s.m. Seorang gadis oracle bernama Phaedra telah bermimpi dan boleh nampak masa depan. Dalam mimpinya dia terbayang seorang raja yang brutal bernama Hyperion telah merampas dan menggunakan 'Epirus Bow' (panah ajaib tahap dewa) utk membebaskan makhluk jahat yang terkurung dibawah gunung digelar Titan. Ternyata mimpinya adalah benar. Hyperion seorang raja yang tamak dan kejam. Malah dia membenci dan mencabar Tuhan (dewa-dewa merekalah). Hyperion mula bergerak bersama bala tenteranya mencari panah ajaib itu di serta tempat. Mereka singgah disuatu tempat ke tempat, membunuh dan menyiksa penduduknya sesuka hati.

Di sebuah kampung, ada seorang mamat bernama Theseus. Dia terer dalam bermain senjata. Dia telah dilatih oleh Zeus yang menyamar menjadi orang tua. Pada mulanya semua hidup dengan aman. Tetapi keamanan itu tercemar setelah kampungnya diserang oleh tentera Hyperion. Theseus cuba melawan tetapi telah ditangkap oleh askar Hyperion yang ramai. Ibunya pula dibunuh didepan matanya sendiri. Sejak itu tertanam dendam kesumat Theseus pada raja Hyperion. Semasa dia menjadi tawanan, dia terjumpa dengan Phaedra tadi. Phaedra tersandung kaki Thesues dan ternampak bayangan masa depan yang Theseus bakal mendapat Epirus Bow tapi peliknya ada mayat didepan. Rupanya itu adalah mayat ibu Theseus yang belum disempurnakan.

Setelah mereka berjaya melarikan diri, Theseus dan kawan-kawannya kembali ke kampung dan menyempurnakan mayat ibunya. Semasa dia buat begitu, secara kebetulan dia terjumpa dimana Epirus Bow itu tersimpan. Theseus berjaya mengeluarkan panah itu dan secara tetibe diserang oleh seorang askar Hyperion. Setelah berjaya menewaskan musuhnya, dengan menggunakan Epirus Bow, dia memanah askar-askar Hyperion yang cuba membunuh kawan-kawannya. Dalam satu pergelutan lain, dewa-dewa dilangit datang menolong tetapi panah ajaib itu telah terlepas dari tangan Theseus dan dilarikan oleh anjing milik askar Hyperion. Zeus jadi murka dan menyuruh Theseus berusaha sendiri dan jangan mengharapkan pertolongan dewa.

Mereka meneruskan perjalanan dan Theseus berjumpa balik saki baki bala tentera lain yang bersembunyi. Pertarungan akhir pun berlaku di pintu gerbang penjara Titans. Tentera Hyperions yang beribu-ribu lemon menentang bala tentera Thesues yang hanya dalam beratus orang saja. Hyperion berjaya memecahkan penjara Titans dengan menggunakan Epirus Bow. Makhluk Titans bebas dan mengganas. Dewa Zues dan anak-anaknya turun dari langit, dan melawan askar Titans tu. Anak-anak Zeus semua mati dibunuh. Zeus terpaksa meruntuhkan gunung yang menjadi penjara itu dan sekaligus menimbus Titans dan bala tentera Hyperion. Setelah bergelut bermati-matian, Raja Hyperion akhirnya tewas ditangan Thesues. Thesues menjadi legenda dan namanya terus diingati hingga ke zaman anaknya.

info - ade sesetengah scene nampak sangat macam menghina Islam. Biaselah Hollywood. kalo xcaya tengoklah sendiri.. huhu.

Y2N Rating : *** (3 bintang)

P.A. : best gak filem ni tapi tak sehebat impak filem 300 la. 300 lagi brutal. Banyak yang mengarut, sampai kat Syurga pun ada perang? uhuii.. okay ini cerita saja.. so layann =D

2 comments: