Sunday, April 10, 2011

Filem Pilihan - RIO

Animasi yang penuh warna warni ini berlatarbelakangkan kemeriahan bandar Rio de Janeiro, Brazil. Ia mengisahkan seekor burung Macaw biru jantan bernama Blu yang merupakan spesis burung yang terancam. Ia berasal dari hutan Brazil tetapi telah dijumpa dan dipelihara oleh Linda - seorang gadis tokey kedai buku. Agaknya kerana terlalu dimanjakan dan hidup dengan manusia, Blu sebenarnya tak pandai terbang walaupun dia seekor burung. Seorang pakar burung-memburung telah muncul dan menyatakan ingin membawa Blu ke Rio untuk disatukan dengan burung betina, Jewel supaya dapat membiak dan mengekalkan spesis mereka. Mahu tak mahu, demi kebaikan Blu terpaksa jugalah si Linda membawa Blu ke Rio de Jenerio. Blu ni si burung jantan yang berhati gugup dan tiada keyakinan manakala Jewel pulak burung betina yang cantik, berani tapi jual mahal. Dalam perjalanan untuk menyatukan mereka, bermacam-macam hal berlaku pada Blu dan Jewel. Bermula dengan kejadian mereka dicuri oleh penyeludup burung yang sengal, berkenalan dengan rakan-rakan seburung yang baru dan mengelak dari ancaman burung tua Macaw putih yang kejam. Dah la kene rantai kaki bersama, Blu tak pandai terbang plak, bengang je si Jewel. Terpaksa diorang berjalan kaki untuk kemana saja. Pelbagai adegan-adegan yang cukup kelakar giler dan mampu membuatkan anda ketawa terbahak-bahak tanpa rasa malu (ada akak sebelah aku aritu tu ketawa kuat2 sesukati dia je). Paling lawak mase pertarungan sengit antara pasukan burung menentang monyet-monyet yang sungguh annoying. Haha.. Such a monkey business.

Macam cerita cinta lain, mula-mula hati kata tak suka.. tak suka.. tapi setelah menghadapi pelbagai cabaran bersama-sama, last-last mereka bercinta jua. Eheei.. romantik plak. Di akhir cerita, Blu berjaya juga menerbangkan dirinya setelah bertekad demi untuk menyelamatkan buah hatinya Jewel dari kesusahan. And finally, then they live happily ever after.. Well, everybody loves happy ending right? hehe..

Filem animasi ini banyak dengan lagu-lagu berentak samba dan very colorfull.. Pergerakan animasinya memang realistik macam betul. Terkesima aku. RIO mempunyai mesej kepada penonton iaitu betapa pentingnya rasa kecintaan, nilai persahabatan dan utamakan keluarga. So,memang sesuai la untuk tontonan kanak-kanak dan family. Juga terbaek untuk tontonan penggemar animasi macam aku hehe.. Ok, jangan lupa tonton..

Y2N Rating : ****

P.A. : sebut pasal burung, saya suka main game Angry Bird.. hehe..

No comments:

Post a Comment