Saturday, April 23, 2011

Asalkan Dia Bahagia, Itu Sudah Memadai..



'Lagu Untukmu' khas untuk mu 'E'

Hari Jumaat, jam menunjukkan pukul 6.25 petang dan aku masih di ofis lagi. Sengaja aku balik lewat sementara menunggu waktu maghrib. Boleh aku balik terus ke masjid kalau da masuk waktu nanti. Sedang aku lepak melayari internet, hp aku berbunyi. Aku tengok nombor yang tak dikenali. "Siapa ini? 014..." detik hatiku. Kalau ikutkan aku malas nak angkat hp kalo nombor2 tak kenal call. Tapi, mane tahu ade urusan penting, jadi aku angkat juga panggilan tu. Rupa-rupanya 'kisah lama' mencari aku kembali.

Aku :
Hallo.. ya.

E : Hello.. Assalamualaikum. (suara perempuan.. halus)
Aku : Waalaikumussalam.. siapa ni?
E: Hai. Kenal lagi tak suara ni. Ini saya la..
Aku terdiam sejenak. Memang macam aku kenal suara ni. Tapi mane tahu ade orang nak main2kan aku, saje tuka2 suare, so aku teruskan saja.

Aku : Siapa ni.. tak berapa cam la.. Takut tersalah orang.
E : Awak ni.. Ni saya la. E.. (bukan nama sebenar)
Dia?! Huh, memang sah dia. Memang tak de kenalan lain suara mcm dia. Apa dia mau?

Aku : Oh.. awak. Apa awak mau? (kataku dengan nada yang malas)
E: Awak kemana selama ni? Hilang macam tu saja. Saya mesej, call semua xjawab pun. Saya nampak awak dalam TV9 aritu. Awak dah kahwin ke? (aku terdiam sebentar..)
Aku : Taklah.. Sy belum kawin lg. Hm, hp saya ada problem aritu. (aku membuat alasan)
E : Betul ke hp problem? ke orangnya ada problem?...
Aku : Ya..memang. Mmg hp sy problem aritu dan dengan saya-saya sekali pun ade problem. Kenapa? Sy tak mau diganggu lagi. Saya perlukan ketenangan. Apa yang awak nak sbenarnya? (jelas aku dengan nada sinis)
E : Awak.. saya nak bgtau awak, sy nak kawin xlama lagi. Sy da bertunang. Sy nak awak buatkan kad kawin untuk sy boleh?.. (suaranya seolah-olah seperti merayu)
Aku : Hm, sorila. Sy dah lama xbuat kad kawin org lebih2 lagi org yang sy xsuka. Nanti cuba carilah org lain. ok.. (aku berterus terang)
E : Awak, kenapa awak benci sy sgt? Oklah takper la. Ape-ape nanti msj la kat no ni ok. Assalamualaikum..
Aku : Ok, Waalaikumussalam.

Hm, sungguh tak sangka aku dia call aku lagi. Sudah 2 tahun kami break dan lost contact tapi hari tu.. hari yang berbeza. Panggilannya membuat aku terimbas kenangan lama. Suaranya dalam talipon tadi seolah-olah dia sedang sedih. Aku tak tahu kenapa.. Aku tak mau pikir lg dan aku cuba lari dari bayangannya. Aku tak kisah dia nak kawin ke apa. Cuma aku tertanya.. kenapa dia masih cari aku? Aku tak perlukannya lg. Aku tak perlu wanita hipokrit sepertinya. Da susah baru nak cari aku.. Kenapa masih tak mahu lupakan aku lg. Kenapa? Arghh.. Maafkan aku 'E'.. aku terpaksa membenci demi kebaikanmu. Semoga kamu bahagia dengan hidupmu sekarang. Cukuplah..jangan cari aku lg. Asalkan kamu bahagia, itu sudah memadai.

P.A : Hmm.. dramatik la plak..hehe. tapi xper. just wanna share what i'm feeling..that's my purpose for this blog.