Thursday, April 7, 2011

16 Years - Sixteen Siti

Dalam kesibukan ABPBH 2010 tempoh hari, satu tarikh keramat telah berlalu tanpa disedari. Bukan April Fool tapi tanggal 1 April 2011 merupakan ulang tahun Dato' Siti Nurhaliza yang ke 16 dalam penglibatan beliau dalam industri seni hiburan tanah air. Bermula 1 April 1995 sehingglaah sekarang, DCT masih bertahan. Sudah tentu tarikh keramat ini takkan dilupa oleh millions and millions..of Siti's fans. Dulu aku peminat tegar la, skang da slow skit jd pemenat kot..haha.. jangan marah.. meh bace kisah kenangan aku dulu pasal DCT ni.

Seindah Biasa
Zaman jadi peminat fanatik dulu memang seronok. Dari tak kenal jadi kenal. Bak kata pepatah, kalo tak kenal, maka tak cinta.. ehehei. Lagu favorite kitorang mase tu - Seindah Biasa. Mase tu Facebook ape kejadah Twitter semua pun tak de lagi, so kitorang contact and sembang melalui web rasmi sitizone.com. Atas keakraban ini, kitorang yang aktif telah mewujudkan satu group fan yang digelar The Samsengz. Haha.. Yang paling diingati 1st gathering fan club SitiZone kat Bagan Lalang kerana disitulah aku menemui ramai kenalan dengan lebih dekat dan ada yang masih contact hingga sekarang. Sejak kenal diorang ni, kalo DCT ada buat konsert dimana-mana pasti kitorang akan roger-roger then akan pergi tengok live ramai-ramai. First konsert yang aku terlibat sama mase konsert mega DCT di Bukit Jalil dulu. Terjerit-jerit sorak nama dia. haha.. Aku siap buat design poster and banner untuk dia sebagai support. Satu kelebihan apabila sudah sertai mereka ini, aku dapat berjumpa DCT secara live - face to face. Begitu indah kenangan mase itu.. rase nak undur je masa. Well, antara banyak-banyak gambar aku ngan DCT, inilah yang paling aku suka kerna inilah gambar pertama aku bergamba dengannya. Memang satu kenangan yang terindah.


Bukan Cinta Biasa
Tapi setelah beliau berkahwin, satu perubahan ketara terasa sangat. Ramai yang keciwa dengan pilihan DCT ketika itu termasuklah aku. Masing-masing diam terus buat haluan sendiri. Mula dari situ hati aku mula membenci DCT dan aku banned lagu-lagu dia. Lagu yang buat aku mula menyampah mase itu adalah - Bukan Cinta Biasa. Haha.. Sorry to say but it's true. Huhu.. Tapi itu kisah dulu. Tak perlu aku ungkitkan lagi kenapa aku benci DCT seketika itu kerana perkara itu telah pun berlalu. Nanti lebih2 kontroversi plak.. abih peminat fanatik dia hentam aku. haha..

Ku Percaya Ada Cinta
By the way, itu dulu la.. skang aku da boleh terima skit-skit dan mengikuti perkembangan karier DCT lagi walaupun tidak seserius dulu. Aku mendengar balik lagu-lagunya dan terus membuat design hasil karya untuknya hingga sekarang. Tengok fan dia pun bertambah ramai dan fan club SitiZone pun sudah dipelopori oleh generasi baru. Kini beliau sudah menjadi seorang Dato' , tahap VVIP dan berklass tinggi. Namun begitu, dia tetap merendah diri. DCT nampaknya semakin kreatif dalam menyampaikan lagu membuatkan kita takkan bosan enjoy dan no wonder la she will be diva and legend of all time. Apapun hope DCT kekal bahagia sentiasa dengan kehidupannya kini. Akhir kata, setelah 16 tahun ini, semoga DCT akan terus bertahan, maju dalam karier dan terus mendapat sokongan peminat-peminatnya. Tq DCT for everything.. \m/^_^

P.A. : Honestly, DCT kalo pakai tudung lagi cantek dipandang kan?.. hope nanti pakailah terus. jangan marah ye Dato'.. ini satu kenyataan je. hehe.. Peace!

2 comments:

  1. Personally , dia hebat sbb boleh kekal sangat lama dengan peminat dia yg x kurang2 dari dulu sampai skg ..dari bujang sampai dah kawen ...dari x pakai tudung , sampai tudung sekerat ..well ..DCT , aku suke ..tp x der la taksub mane ..cume dia ni menarik ..sbb tau nak handle semua dugaan yg datang pada dia sampai la skg nie ..

    p/s : DCT , pakai tudung tutup penuh memang shantek !! i lioikeee..!!!! =P

    ReplyDelete
  2. tq chikebumm atas komen itu. insyaAllah one day dia akan buat. pakai tudung nampak comel sgt. apa-apa pun hope Siti semakin bahagia dalam hidupnya.. erm siti..siti.. ehh..nanti dulu. nama kome pun Siti gak kan? maksud sy disini Siti Nurhaliza. ahakz.. ;p

    ReplyDelete