Sunday, March 27, 2011

Artis Pilihan - Finalist ABPBH 2010

Wazzap.. Debaran Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH 2010) telah pun berakhir. Ia diadakan di Genting Highlands penuh gemilang pada 3 April 2011 yang lalu. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia artis & industri seni tempatan, tentu sudah agak siapa artis yang menang kali ini. (kalo tak berminat tu tak yah la bising). Kalo dulu ade DCT, kita da tau dia lah juara tak terkalah punya. Undisputed Champion bak kata orang putih. So sekarang ni, DCT da tarik diri memberi peluang kepada artis-artis lain, juara baru akan tercipta dan kita sudah tahu keputusannya. Berikut adalah senarai artis2 yang telah berjaya memenangi anugerah malam itu.

PENYANYI LELAKI POPULAR

Faizal Tahir - brader rock ni aku suka. 'Superman' ini telah berjaya membuktikan dia boleh terbang tinggi di malam anugerah itu. Bravo..

PENYANYI WANITA POPULAR

Yuna - bagaikan penawar duka setelah AJL25, Yuna tetap unggul dan terus mendapat tempat di hati peminat hingga ke luar negara.

ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR
6ixth Sense - band yang tengah naik namanya lebih-lebih lagi lagunya menjadi lagu tema drama Asmara

PENYANYI NASYID POPULAR
Rabbani - terus bertakhta di hati peminat muzik nasyid walaupun tanpa Ustaz Asri.. beliau tiada galang ganti. Semoga terus maju dalam memartabatkan irama nasyid.

PELAKON TV LELAKI POPULAR
Remy Ishak - hero kacak yang semakin popular di kaca tv, drama & juga iklan komersial. mostly, orang pompuan suke..

PELAKON TV WANITA POPULAR

Fasha Sandha - what i can say? dia banyak belakon drama. okla.. like or not, dia dah menang kan..

ARTIS BARU LELAKI POPULAR

Shahir - artis ni popular selepas menjadi juara AF. tak hairan lah ramai akan mengAFundinya.

ARTIS BARU WANITA POPULAR

Ana Raffali - mencetus fenomena baru dan menjadi bualan dalam industri muzik tanah air, Juara AJL25 ini memang tak mustahil menang kategori ini. Tolong ingatkan aku.. Cik Ana dah menang. Tahniah!

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR

Zizan - Terkaku sekejap si Zizan ni bila sudah menang, hilang lawaknya.. haha.. Tahniah Zizan.

ARTIS KOMEDI PEREMPUAN POPULAR
Noorkhiriah - selalunya kalau ada drama komedi, dia pasti pun ada jugak. so no wonder lah..

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
Shaheizy Sam - popular selepas filem Adnan Sempit, SS terus laku dan telah berlakon banyak filem sepanjang 2010.

PELAKON FILEM WANITA POPULAR

Lisa Surihani - 'Malaysian Sweetheart' ini menang atas rekod kejayaan mantap dalam beberapa filem lakonannya terutama dalam LBS. Seronoknya rasa Lisa menang. Syabas Lisa.. :)

PENGACARA TV LELAKI POPULAR

Aznil Nawawi - pasti Pak Nil menang lagi pasal dia memang terbaekk susah nak celen punya.. hehe.

PENGACARA TV WANITA POPULAR
Fara Fauzana - kak FaFau sebagai pengacara Melodi paling lama dan program tv lain. Sudah tentu dia memang tersangaaatlah fofularrr..

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR

Faizal Ismail - FBI selalu membuat panggilan hangit kat orang membuatkan namanya semakin hangat.

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR

Fara Fauzana - again? yalah, yang ini tentulah kan.. everybody knows. she deserve to be a winner. yuhuuu..

finally.. ANUGERAH BINTANG POPULAR 2010 .. jatuh kepada..

Shaheizy Sam.. - Tahniah Sam! Tentu banggo omak kau tu.. hehe..

Tekaan awal aku Lisa or FaFau akan menang trofi utama tapi kejayaan Sam ini memang tak boleh disangkal kerana dia memang layak menang atas undian tertinggi. Well, itulah keputusan & para pemenangnya. haha.. tentu ada tekaan ada kita salah kan? Biaselah dalam satu pertandingan kadang-kadang keputusannya adalah diluar jangkaan. Terpulanglah samaada suka atau tidak, mereka sudah pun berjaya. Di sinilah tempatnya artis-artis kita melaram pelbagai fesyen dan disini jugalah mereka rasa dihargai bila berjaya. So, jumpa di tahun hadapan kita lihat siapa pula yang akan bertakhta. Kalo larat pegila Genting tgk live.. haha.. kalo tak, tgk kat TV je la sambil makan kerepek pisang macam aku ni. ekeke.. Check it out yo.. Layan..

No comments:

Post a Comment