Black Swan mengisahkan perjalanan hidup dan semangat seorang gadis remaja bernama Nina. Dia adalah penari balet di New York yang menghabiskan waktu seharian untuk berlatih. Nina tinggal bersama ibunya, Erica, yang juga seorang penari balet masa muda dulu. Ibunya sangat mengambil berat & agak mengontrol kehidupan Nina kerana terlalu sayang padanya. Nina bekerja sebagai penari balet dengan seorang Artistic Director, Thomas Leroy yang juga sebagai guru tarinya.
Satu ketika, Thomas membuat keputusan akan mengganti penari balet Beth MacIntyre untuk pembukaan persembahan musim baru mereka, Swan Lake dan Nina adalah pilihan utamanya. Tapi Nina punya pesaing yang hebat, penari baru bernama Lily, yang sangat menarik hati gurunya. Swan Lake memerlukan seorang penari yang dapat memainkan peranan White Swan dengan jiwa yang lembut dan bersih dan Black Swan yang menggambarkan kekejian dan penggoda. Berdasarkan itu, Nina dilihat sesuai memainkan watak White Swan manakala Lily adalah Black Swan.
Akan tetapi Nina mahukan kedua-dua watak itu dan mahu menjiwainya kerana itulah kemahuannya sejak dulu. Dia perlu membuktikan kepada Thomas yang dia juga boleh menjadi Black Swan. Demi menjiwai watak Black Swan, Nina semakin menunjukkan sifat gelapnya & liar, yang tanpa disedari ia menghancurkan dirinya sendiri.
Dia semakin obses dan taksub dengan identiti Black Swan bagaikan telah dirasuk. Dia mahukan kesempurnaan hinggakan dia tidak sedar telah mencederakan diri sendiri. Seperti sudah berada didunia lain, Nina seolah-olah kehilangan identiti diri sendiri dan sering diganggu bayangan khayalan yang tidak wujud. Akhirnya Nina menemui kesempurnaan yang dimahukannya selama ini. Tapi anda sukakan kesudahan yang menggembirakan? Anda lihatlah sendiri apa kesudahannya.. hehe.
Y2N Rating : 4 bintang
P.A. : Natalie Portman ni kurus sangat la dalam filem ni. hehe.. Mula-mula tengok memang rasa agak bosan tapi lama-lama dah paham jalan cerita baru tau mana kehebatannya. Layan..
No comments:
Post a Comment