Friday, March 25, 2011

Filem Pilihan - Sucker Punch

Tutup matamu, Buka minda, Kamu belum tentu bersedia.. itulah tagline filem hebat ini yang menggabungkan elemen Realiti dan Fantasi. Filem ini sudah tentu menarik perhatian ramai orang (especially lelaki la..hehe) pasal ia menampilkan 5 orang aweks yang cun-cun belaka sebagai watak utama. Tengok saja posternya pun da teruja. Sucker Punch mengisahkan perjuangan mencari kebebasan diri dan imaginasi seorang gadis bernama BabyDoll yang dibantu oleh 4 orang rakannya lain. Cerita ini bermula dengan kisah hidup BabyDoll yang malang setelah dia terpaksa disumbatkan ke dalam asylum pesakit mental kerana dituduh membunuh adiknya oleh ayah tirinya yang kejam. Di sana dia telah berkenalan dengan 4 orang gadis lain iaitu Amber, Sweet Pea, Rocket & Blondie. Mereka yang telah dihantar ke asylum ini akan disuruh dan dipaksa menari exotic untuk membuat persembahan pada orang-orang tertentu. BabyDoll rasa tertekan dengan nasib dirinya dan cuba memikirkan jalan untuk keluar dari situ. Pada masa yang sama, BabyDoll telah merancang senyap-senyap bersama rakan-rakannya untuk melarikan diri dari kawasan itu. Mereka hanya perlu mengikut 5 klu yang telah diperolehi. Dalam usaha melaksanakan rancangan itu, BabyDoll akan menari dan berimaginasi yang kononnya dia dan rakan-rakannya sedang berjuang di alam fantasi lain.

Inilah part yang menarik dalam filem ini. Dalam imaginasi BabyDoll, kita akan dapat menyaksikan aksi-aksi pertarungan yang wahhh...hebattnyaa.. seolah-olah mereka ni terrer giler susah nak kalah walaupun diorang ni hanya perempuan! Gergasi pun leh tumbang. Go baby go..!. Bermula dengan aksi menentang Samurai Gergasi, kemudian berperang dengan tentera Jerman, menghadapi amukan Naga Berapi dan berlawan dengan tentera-tentera robot didalam keretapi. Semua scene berlawan dalam filem ini memang dashatt tak ingat nampak lebih kurang seperti filem 300 atau Watchmen. Apa yang lagi dashattt, kesemua aksi-aksi berlawan ini, sepak, terajang, tumbuk, bergusti, kokak, tembak, cakor semuanya dilakukan oleh awek-aweks cun ini sambil diiringi muzik rock yang menggegarkan telinga. Mantap bebb..

Kesudahan filem ini amat mengejutkan. Tidak sangka dihujung cerita, satu pengorbanan besar terpaksa di lakukan oleh BabyDoll. Sedih aku.. Nak tau ape dia, kenelah tengok dulu.. hehe. Well, overal filem ni best la bagi penggemar filem aksi dan fantasi macam aku. Tentu ada orang kata cite ni hampeh or hanya eksploitasi wanita tapi dont they see the motif? do not underestimate gurlz bcoz gurlz can still kick some ass you know.. woow.. pembela wanita nampak.. hahaha.. ok, jum Layannn...
Y2N Rating : 4 bintang

P.A. : suke watak Sweet Pea.. awek ganaz & terbaeekk gitu.. hehe.. :D

2 comments:

  1. say NO to sucker punch ..hHAhaha ...ko leh geng ngan BOb, suke sangat citer nie ..padahal bayangaN jer .. hehehe ...ko mesti dah tgk citer pempuan2 cmnie kan .. =P

    ReplyDelete
  2. dah teman kabokan tadi teman suke tengok cite aksi dan fantasi. xkisah lah deme laki ke pompuan. atee..teman suke la.. pasa aweks2 tu hanye penarik cite saje. sabo je la. (jeles la tu..) hehe.. :D

    ReplyDelete