Thursday, March 3, 2011

Filem Pilihan - The Mechanic


Siapa yang sukakan cerita aksi sudah tentu kenal dengan mamat Transporter ni - Jason Statham. Hero yang selalu beraksi ala-ala James Bond dan Van Damme ini, amat mengujakan setiap kali dalam lakonannya. Kali ini Jason Statham kembali dan membawa watak Arthur Bishop dalam The Mechanic. Arthur adalah seorang pembunuh upahan yang memang terer giler, cool dan berbakat.

Setiap pembunuhan yang dilakukannya telah dirancang dengan teliti olehnya bagaikan seorang mekanik. Hinggakan pembunuhan yang dilakukannya itu nampak seperti kemalangan atau kebetulan. Arthur merupakan seorang yang tegas dalam menjalankan tugas. Satu ketika, dia ditugaskan untuk membunuh mentor dan rakan baiknya sendiri iaitu Harry. Harry yang berkerusi roda dituduh pengkianat dan menyalahgunakan kuasa dalam organisasi. Sifat ketegasan Arthur dalam menjalankan tugasan membuatkan dia tidak teragak-agak membunuh Harry, kawannya sendiri. Arthur berasa sangat menyesal selepas itu dan ketika itu pula anak Harry - Steve muncul pula ingin berguru dengan Arthur. Kire mentor la.. tunjuk ajarku sifu.. Dalam waktu yang singkat, Steve berjaya mempelajari teknik pembunuhan dan menjadi pembantu Arthur.

Dalam pada yang sama, dalam diam Steve sebenarnya menyimpan dendam untuk membunuh Arthur kerana dia sudah tahu Arthur lah pembunuh ayahnya. Steve meletupkan kereta di stesen minyak yang dalam kereta itu ada Arthur. Dapatkah Steve membunuh mentornya? Tentulah tidak.. sebab Arthur la hero cite ni. Mana boleh mati. hehe.. Pada sangkaan Steve, dia sudah berjaya membunuh Arthur. Namun setibanya dia di rumah, dia terperangkap pula dengan jerat pembunuh yang telah dipasang awal-awal oleh Arthur. Rupa-rupanya Arthur memang sudah bersedia lebih awal dan mengetahui agenda dendam Steve. Tidak mustahil la dia bergelar The Mechanic.
Y2N Rating : 3 bintang

P.A : rasa-rasanya cite The Transporter lagi best.. tapi okla.

No comments:

Post a Comment