Wednesday, March 23, 2011

SPM - Keputusan & Debarannya

Hari ini (23 Mac 2011) adalah tarikh bersejarah buat ramai orang terutama kepada adik-adik kita yang telah menduduki SPM pada 2010. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, hari paling mendebarkan kini sudah sampai masanya. Sudah tentu kerisauan terpancar diwajah-wajah mereka. Aku juga turut tempias risau bila terdengar saja result SPM da nak keluar. Bukan kerana aku yang ambik SPM tu, ataupun aku perasan masih budak lg, tapi aku risaukan pasal keputusan SPM adik perempuan aku. Ia mengimbas kembali zaman SPM aku dulu. Bila tau result da nak keluar, menggelabah jadinya. Tidur tak lena, makan tak selera, kemana-mana takut-takut saja. Haha.. Tapi adik perempuan aku ini berbeza sedikit dengan aku. Memang dia pun rasa cuak giler tapi tak lah seteruk kecuakkan aku dulu. Apa yang aku nampak, sejak dia masuk saja tingkatan 5, dia mula tunjukkan sifat kesungguhan dalam pelajaran dan rasa bertanggungjawab untuk berjaya. Sebagai abang juga ibarat mentor kepadanya, aku banyak memberi nasihat dan tips2 kejayaan untuk panduan dia. Aku takdelah hebat sangat dalam SPM dulu tapi sekurang-kurangnya aku dapat juga membantu dia merealisasikan impiannya itu berdasarkan pengalaman aku. Nak bantu dari segi pelajaran, aku da banyak lupa. Semua formula ilang camtu je. So banyak bantu dari segi moral je la. hehe.. Tak putus-putus doa aku untuknya. Bile tengok FB and twitter, ramai orang posting tentang result SPM adik2 or anak sedara mereka. Ada yang dapat 4A, 9A, 10 A pun ada! woww.. macam mana korang blaja ni. Dashyaaattt.. kepala otak bgeliga sungguh.. Budak2 skang makin pandai2 kan?. Ah, lupakan yang lain. Aku hanya risaukan adik aku. Jadi, apa keputusannya?...

dan keputusannya adalah.. (bunyik drum)
5A! haha.. (yang lain tu tentulah B..) Tahniah! Okla tu kan.. aliran sains lagi, kan susah tu., ada fizik, bio, kimia, add math. Alhamdulillah, syukur. Akhirnya dpt juga A (dari xdo lansung..) lulus dengan cemerlang kuikui.. Kejayaan adik aku ini seumpama mengulangi kejayaan aku dahulu. Dan sebenarnya, dia lagi hebat dari aku. Speaking english kalah aku. haha.. Gembira sungguh dia time dia talipon aku. Tercalon antara pelajar terbaik SPM sesi 2010 oleh pihak sekolah. Tersenyum aku hari ini. Hope lepas ni dia dapat pegi next level, sambung belajar ke Universiti yang diingini dan tercapai cita-citanya nanti.

Tahniah Mira, dari abangmu.
Success selalu, I'm proud of you.. ;)

P.A. : Tahniah juga pada semua mereka yang berjaya. tengah pening nak bg hadiah ape kat adik aku ni.. lappy ok kan? huhu.. hurm ok.

2 comments:

  1. Congratulation to u too mira..errrhehehe ..adek aku 4A jer..Sek ma'ahad ..! payoh beno kot... =P

    ReplyDelete
  2. tq chikebumm.. congratz jugak to adik kome.. okla tu, ingat senang ke nak dpt A hehe..

    ReplyDelete