Monday, July 25, 2011

Hati-Hati La Di Jalanraya

Pagi tadi aku kuar awal skit nak pegi opis. Ntah ape mimpi aku leh plak tergerak nak pegi awal padahal selalu da ujung2 waktu baru nak gerak. Mybe sebab aku terfikir nak breakfast ngan kawan-kawan sblm tibanya Ramadhan. Nanti da pose, xleh la nak breakfast pepagi camtu. Opis aku kat area Batu Caves, so aku guna Highway DUKE sebagai jalan pintas dari Kg. Baru. Aku suke gune jalan ni pasal xlah sibuk sangat dan cepat sampai. 15 minit je sampai selalunya dengan kelajuan motor Legenda aku tu. Heheh.

Tapi hari ade satu kejadian yang mengejutkan aku. Mase aku tgh pecut on da way menuju Tol Sentul, aku terlihat sesuatu di tengah jalan. Betul2 tengah jalan. Aku slowkan motor dan pegi tengok apakah itu. "Ya Allah! Orang excident!.." kata aku. Aku terus stopkan moto benti kat tepi. Aku berlari, tengok2 brader ni sedang kesakitan. Tangan kiri dia tekulai rasenye dah patah. Motor brader tu plak da tercampak kat tepi jalan. "Encik.. Encik xde pape ke?" kataku secara spontan. Dia hanya cakap 'sakit sakit'.. So, aku cube papah brader tu ke tepi tapi dia makin jerit kesakitan terus aku xjadi papah dia. Dia betul2 tengah jalan so aku takut kenderaan lain lalu bahaye tu. Aku sorang plak mase tu xde orang lain. Tak lama pastu sorang pakcik lalu situ, aku terus tahan dia. "Kenapa ni?" tanyer pakcik tu. "Brader ni jatuh motor, pakcik" balas aku. Pak cik tu terus tahan orang lain, tipon bantuan, pastu ramai raider motosikal berenti kerumun kat situ kasi bantuan. Yang lain pula bagi bantuan jaga lalulintas dan jalan jadi mula agak sesak pasal orang slowkan kenderaan nak tengok apa berlaku.

Setelah tengok da ramai orang bagi bantuan, aku pun rase da cukuplah setakat itu aku tolong brader tu. Sib baek dia xparah sangat cuma patah tangan agaknya. Patah tangan pun saket giler oii sian aku tengok brader tu jerit2 sakit. Mintak jauh la.. Aku pun nak blah memandangkan waktu makin singkat nak ke tempat kerja. Sebelum blah tu, pakcik tadi sempat menegur aku. "Pakcik rase dia ni kene langgar lari ngan kete kot pasal ade kesan tayar kete kat jalan tu. Apa-ape pun nasib baek lah kite nampak dia td kalo tak habiss kalo kenderaan lain lalu..Hati-hati la di jalan raya ok." jelas pakcik macam tokoh pemimpin plak. "Heh..yelah. Syukurlah. Sy pergi dulu pakcik" aku pun blah meninggalkan tempat tu dan trus ke opis. Sampai je opis da lambat tp aku wat slamber je.. dan hari tu niat aku nak breakfast awal tak kesampaian. Tapi xperlah xmakan pun xpe aku xmoody, sebab aku rase aku dah buat sesuatu yg baik & betul pagi td. Hari ni kita tolong orang, esok-esok orang akan tolong kita pula, mane tau kan?.. Malang tak berbau dan risiko ada dimana-mana. Kadang-kadang bukan salah kita pun tapi dari kesilapan orang lain. Jadi selalulah beringat. So, you all, hati-hati la di jalan raya, wokeh.. Choi~ :)

Saturday, July 23, 2011

HP7 : It All Ends..

Filem Harry Potter merupakan filem yang diadaptasikan dari novel terkenal karya J.K. Rowling. Sejak difilemkan pada 2001, 10 tahun lamanya, kini era cerita penuh magikal ini sudah sampai ke penghujungnya. Bagi peminat HP sudah tentu sentiasa mengikuti ceritanya dari pelakon-pelakonnya masih kecil hinggalah besar. Filem ini merupakan antara filem francais yang terpanjang pernah diadakan dan filem HP7 - Harry Potter and The Deadly Hollows Part 2 merupakan filemnya yang terakhir. HP7 kali ini menceritakan bagaimana tiga sahabat, Harry, Ron & Hermoine meneruskan perjuangan menentang kuasa gelap Voldermort. Di awal cerita, Harry mendapatkan bantuan Goblin untuk mencuri artifak Horcruxes di bank simpanan milik Bellatrix Lestrange. Setelah memusnahkannya, mereka kembali ke Hogwarts untuk mencari saki baki artifak Horcruxes bagi melemahkan kuasa Voldermort. Setelah Prof Snape dihalau oleh Prof. Minerva, Hogwarts kini bebas dari kawalan Voldermort. Tapi hanya untuk sementara waktu. Voldermort sudah pun menyedari tentang hal ini maka beliau telah mengumpulkan bala tenteranya yang terdiri daripada ahli sihir, gergasi dan serigala jadian untuk menyerang dan memusnahkan Hogwarts. Maka berlakulah pertarungan hebat antara pihak baik dan jahat. Ramai yang terkorban dalam peperangan termasuk watak-watak yang penonton kenal. Hogwarts menjadi huru-hara dan banyak kemusnahan.

Sementara itu Harry dan kawan-kawannya terus mencari Horcruxes seterusnya yang berbentuk mahkota. Setelah memusnahkan mahkota itu, tinggal satu lagi Horcruxes yang terakhir yang perlu mereka musnahkan. Iaitu ular sawa perliharaan Voldermort. Dalam usaha itu, Harry telah menemui satu rahsia yang selama ini disembunyikan darinya. Rahsia yang melibatkan kaitan sebenar antara Profesor Snape, Dumbledore dan ibu-bapanya. Ramai yang tak menjangkakan rahsia ini dan rata-rata cakap "ohh..macam tu rupanya..". Voldermort pula mengugut seluruh penghuni Hogwarts untuk menyerahkan Harry kepadanya jika mahu selamat.

Demi keselamatan orang lain, Harry nekad berdepan dan bertarung dengan Voldermort biarpun dia akan terkorban. Maka berlakulah pertarungan terakhir antara Harry vs Voldermort. Setelah ular sawa milik Voldermort mati dibunuh oleh Neville, Voldermort akhirnya jadi lemah longlai dan tewas ditangan Harry Potter. Musuh utama Harry itu akhirnya musnah berkecai menjadi abu dan terus hilang dari pandangan dibawa angin. Setelah berhempas pulas bertahun-tahun, akhirnya kemenangan majadi milik Harry and the gang. Kemenangan sentiasa berpihak pada orang yang benar. Chewahh..

Diakhir cerita, ditunjukkan Harry, Ron dan Hermoine sudah bahagia ada kehidupan sendiri. Nama Harry Potter terus disanjung di Hogwarts dan legasinya sebagai ahli sihir termashur diteruskan oleh... anaknya. Aichehh.. happy ending. Da habisss... =D Rata-rata penonton bangun dari seat, berdiri dan memberi tepukan gemuruh setelah filem ni tamat. So, kepada peminat setia Harry Potter jangan lepaskan peluang menonton filem ini. Yang tak minat tu, lantak koranglah. Walaupun dah tau jalan ceritanya di novel, tapi try rasai di filemnya pula. Nak lg layan, layan 3D. Lagipun ini filem terakhir kan, lepas ni dah xde lg da filem Harry Potter di pawagam. Aku memang follow cerita ni dari dulu hinggalah sekarang. Thankz so much to J.K. Rowling for da story... thumbs up! =)

Y2N Rating : 4.5 bintang..

P.A. : I love Emma Watson. No more Miss Hermoine Granger after this.. i will miss her.. huhu..

Tuesday, July 19, 2011

Aku, Dia & Strawberi - Cameron Highlands 2011

Sebut pasal Strawberi tentu korang akan ingat Cameron Highlands kan? Memang dah sinonim agaknya. Korang pernah pergi Cameron? Pada yang dah pernah pegi tentu kate "alahh ape de Cameron.. aku dah pegi.." Sukatilah dah pegi ke tidak, janji aku da pegi hehe. Alhamdulillah, akhirnya impian aku nak puncak (puncak ke?) Cameron Highlands terlaksana. Memang boring asyik keje je kat opis ni sampai xde mase nak pegi mana2. Bile dapat peluang berjalan macam ni, so aku dengan gembirenye setuju saje. Bersama rakan-rakan sepejabatku di JJC & sahabat2 lama, kami ke Cameron Highlands dengan rasa happynya. Aku memang teruja skit pasal ini first time meeeh.. mane xjakun.. ekekek. Meh la aku kongsi skit pasal serba sedikit pengalaman disana.

16 Julai 2011 (Sabtu)
Pada mulanya aku sepatutnya gerak pagi naik ngan En Zaki tp aku rasa segan silu plak (mengade-ngade..) so aku decide naik ngan En Ajam je la. Kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 1. (Agak lewat disitu tapi janji sampai..) Mereka yang lain sudah pun berangkat pergi awal-awal pagi lagi. Aku tumpang kete En Ajam pasal aku xde kete mase ni, kete kat kampung plak. (tula sape soh tinggal, kalo x, leh bawak awek..ekeke). Selepas amik Dina - kawan En. Ajam di Giant Batu Caves, kami dan Adek Kuden-Linda terus bergerak naik highway menuju ke Tapah. Sesampai je kat Tapah, kami melalui jalan yang berbengkang-bengkok menuju ke destinasi. Setelah berjam-jam memandu, akhirnya kami sampai jua ke Cameron Highlands dalam pukul 4 petang. Then terus singgah dulu di pasar malam Brinchang sebagai tempat persinggahan pertama. Ramai orang mase ni dan aku rase kebanyakan mereka adalah pelancong juga macam kami. Aku rambang mata nak beli itu ini. Buah Strawberi, keychain, tshirt, fridge magnet, macam-macam ada la.. tapi En Ajam kate rilek dulu, esok ade lagi tempat best & murah katenyer. So aku tengok2 saja ape yg diorg jual. Makanan yang jarang dapat kita makan seperti Strawberi Coklat (fav Dato' Siti), Kincam Goreng, Jagung Manis (makan mentah2..sedap), Bebola Ubi Madu dan Brokoli Goreng menjadi santapan aku mase itu. Perut tengah kosong bedal ajelah ekekek..

Sesudah itu, kami pun pegi ke tempat penginapan kami iaitu Desa Anthurium, Tanah Rata. Disitu kami bertemu dengan rakan-rakan yang lain. Mereka da sampai lebih awal dah lepak2 kat apartment. Aku menginap satu apartment ngan geng-geng bujang iaitu Bobby Beiber, Pidot, Bro Amran & Pojie-kun. Mereka yang bawak keluarga dapat satu apartment. Well, boleh dikatakan udara disini nyaman & sejuk. Aku amik air semayang pun menggigil satu badan. huhu.. Then malamnya, kami ada acara makan2 BBQ (atau Barbeku..pasal cuaca sejuk) kat pekan Tanah Rata. Makan nasi goreng ngan ayam BBQ & sosej. Kena pulak dengan air teh perisa strawberry panas. Wah..kaw2 best. Kat situlah kami berkumpul dan dapat berjumpa dengan semua orang yang join trip kali ni. Ada yang bawak keluarga dan saudara masing2. Antaranya aku jumpa officemate lama, En. Azlan sekeluarga dan juga si Chikebumm bawa adiknya ,Sarra & Iera pun join sekali. (lama xjumpe..ekeke..) Sambil makan, kami sempat bergambar sebagai kenangan abadi dan bersembang bergosip2 sesama sendiri. Chewahh..

Dah habis makan, kami pulang kembali ke apartment untuk menikmati alam mimpi dalam kesejukan. Bilik apartment tu banyak dan luas tapi diorang ni nak tido luar sambil layan tv. Lantak lah. Aku plak tido kat bilik sesorang sambil peluk bantal berselubung satu badan (sambil bersms) pasal kesejukan. Tak payah ekon mahupun kipas. Memang tak perlu. Takdak nyamuks langsung. (Tak macam kat rumah aku tu, panas, nyamuk bersepah.) Manyak syoook ooo tidoo sini.. Kalo ade bini kan ... zzz...

17 Julai 2011 (Ahad)
Huarghhh... Selamat pagi Cameron!. Lepas solat Subuh, aku lepak jap kat balkoni sambil menghirup udara segar dan nyaman. Sejuknyee.. Sungguh tenang rasenyer. Hari ni banyak tempat menarik kene pergi sebelum pulang ke KL. Selepas bersiap, kami keluar secara konvoi yang diketuai oleh Adek Kuden sebagai Marshal. Ade 7 buah kereta semuanya. First kami pergi ke Ladang Strawberry. Disini strawberi boleh dipegang tapi xboleh dipetik. Kat situ ada gerai jual strawberi dan souvenir, so aku ambil kesempatan beli banyak2 strawberi untuk dibawa pulang. Kendian kami pergi pula ke Kea Farm. Memang sesak ramai orang. Kat situ lagi banyak barang souvenir boleh dibeli. Sayur-sayuran segar banyak. Aku beli tshirt & teh perisa strawberi je.

Dah habis borong kami ke Bharat Plantations. Ladang teh terbesar di Cameron Highlands.. Aku amat teruja melihat permandangannya sungguh segar & hijau. Sungguh indah ciptaan Tuhan. First time aku tengok dan dapat pegang. Kalo dapat tengok hari2 live macam ni kan best, segar je mata. (haa..apply la jd pekerja ladang teh. ekeke..) Apelagi, bergamba sakan la kitorang kat ladang teh ni. Masing dengan gaya dan posing tersendiri. Tengok sajalah gamba dibawah. Heheh..

Dah puas dok dalam ladang teh, kitorang pun gerak mahu pulang. Tapi dalam perjalanan pulang melalui jalan Tapah, kami singgah sebentar destinasi akhir di Lata Iskandar. Sebuah tempat menarik yang mempunyai air terjun yang cantik. Ramai orang mandi manda kekat sini. Sempat gak kami berposing gambar kat sini sebagai kenang-kenangan.

Selepas semua da ready, kami pun gerak semula untuk pulang. Aku sampai KL dalam kol 10 camtu pasal ikut En Ajam pegi hantar member dia kat Shah Alam. Sesampai je rumah, aku terus lepak kat bilik sambil tengok balik gambar dan video yang dirakam di Cameron td. Terus aku tertidur memandangkan esoknya kene kerja. Thankz to all frenz dan pihak penganjur yang menjalankan trip kali ni. Memang bestt broo.. Aku takkan lupakan pengalaman ini. Alangkah bestnya kalo dapat pegi selalu.. Hehe. InsyaAllah, aku bercadang nak bawak family aku kesini suatu hari nanti. (tengok budjet & mase la.. haha) Yoshh..

Picture Credit To : Firdausi, En. Azman AMG & En. Anuar Redknapp

P.A. : Next trip - LANGKAWIIII!!!!... pleaseee... :D

Saturday, July 9, 2011

Sembilan - Tujuh - Sebelas

Sembilan tujuh sebelas,
Bukan sekadar angka,
Bukan sekadar kata-kata,
Akan terjadi satu peristiwa,
Yang akan menjadi sejarah buat negara,
Dari selatan hingga utara,
Yang tua mahupun muda,
Hari ini pasti diingat sampai bila-bila.

Sembilan tujuh sebelas,
Disaat menanti kedatangan Ramadhan,
Satu fenomena jadi tumpuan,
Perkataan 'bersih' jadi bualan,
Warna diraja jadi pilihan,
Masing-masing dengan cerita dan pandangan,
Jadi topik hangat jadi liputan,
Di berita tv, media massa, internet & akhbar harian.

Sembilan tujuh sebelas,
Satu perhimpunan diadakan,
Tak kira lelaki mahupun perempuan,
Berarak dalam kumpulan secara aman,
Sama kuning sama jalan,
Menghantar memorandum pada Sultan,
Sistem pilihanraya yang adil jadi tujuan,
Bantahan terhadap sistem kerajaan,
Itu yang diberitakan.

Sembilan tujuh sebelas,
Tahanan dibuat pada mereka yang dicuriga,
Sekatan jalan dan roadblock ada dimana-mana,
Polis, FRU, ambulan sentiasa berjaga-jaga,
Helikopter berlegar-legar pantau diudara,
Takut berlaku kejadian yang tak diduga,
Masih ramai yang tertanya-tanya,
Apa yang akan terjadi seterusnya,
Hujung minggu ini tak dapat kemana-mana.

Sembilan tujuh sebelas,
Walau apapun mereka cuba lakukan,
Walaupun berbeza ideologi & fahaman,
Janganlah sampai timbulkan kekecohan,
Pergaduhan mahupun permusuhan,
Selagi masih ada pegangan & iman,
Ini soal politik bukannya hiburan.

Sembilan tujuh sebelas,
Fikirkan yang baik bukan keburukan,
Sedarlah, negara kita kini menjadi tumpuan,
Kedamaian ini janganlah dirosakkan.
Malaysiaku yang aman,
Semoga dirimu dilindungi Tuhan..

P.A. : Maaf, bukan niat nak berpolitik disini, tapi sekadar memberi pandangan dari persepsi sendiri.. Saya sayang negara saya.. =)

Wednesday, July 6, 2011

TF3 - Dark Of The Moon

Waahh..akhirnya dpt gak tgk cite Transformers 3 sblm ni asyik xsempat aje. Agak lambat skit nampaknya teman dpt tgk, tp janji tgk. ekeke.. Memang full saje pawagam. Aku dah tempah awal sehari pun dapat dok tepi..ciss la. Tp xper. Oklah, meh la teman kongsi skit review kat kome semua pasal cite TF3 ni. Tapi xde full story nanti ade yang kata aku spoil haha.. Filem ni start dengan flashback sejarah penjelajahan manusia ke Bulan tahun 1969 oleh Amerika dengan Apollo 11. Sebenarnya mereka bukan saje nak menjejaki bulan tapi semua ini berkenaan dengan satu misi sulit yg dirahsiakan kepada umum, iaitu menyiasat sebuah kapal angkasa yang terhempas di bulan pada tahun 1961.

Kapal angkasa itu milik Autobots yang bernama Sentinel Prime. Dia merupakan otai Autobots dan juga mentor kepada Optimus Prime. Masa ni Sentinel masih dalam keadaan pengsan atau sleep mode. Dengan rasa hormat, Optimus Prime membawa pulang mentor beliau ke Bumi lalu menghidupkannya semula dengan Matrix of Leadership dan harapan beliau Sentinel akan mengukuhkan kedudukan Autobots. Malangnya Sentinel Prime berfikiran kolot, tidak sukakan Bumi dan lebih berminat membina semula planet Cybertron (Agaknya dia rindu kg halaman..hehe). Malah demi merealisasikan impian itu, dia telah berpakat dengan Megatron & Decepticons semata-mata mahu mengembalikan era planet Cybertron. Sedangkan dia tak sedar tipu muslihat dan propaganda Megatron.

Dengan bantuan Decepticons, Sentinel Prime memasang beberapa alat teleport di bandar Chicago untuk menarik planet Cybertron ke Bumi. Oleh itu, banyak kapal angkasa dan robot2 jahat masuk ke bumi dan membunuh manusia sewenang-wenangnya. Ini menyebabkan kacau bilau di bandaraya Chicago dan banyak kemusnahan berlaku. Kire macam cite 'War of the World' la.. Situasi bertambah teruk apabila robot bad-ass bermata satu - Shockwave muncul dengan robot 'ulat gergasi' nya yang menakutkan. Tapi dengan satu tetakan maut oleh Optimus Prime, robot gergasi itu mati jua (hebat2..).


Pertarungan sengit berlaku antara Autobots - Decepticons dan banyak watak robot mati dalam perjuangan. Pihak tentera USA pun menyelit jugak membantu Autobots dengan serangan udara dan darat (saje la tu USA nak tunjuk kuat..). Final battle, Optimus Prime vs Sentinel Prime tetapi Sentinel lagi otai so tangan kanan Optimus putus ditetak. Belum sempat dia bunuh Optimus, Megatron ambil kesempatan curi pukul dari belakang Sentinel menyebabkan Sentinel tumbang. Megatron ajak fight dengan Optimus tetapi belum sempat dia buat apa2, dengan satu tetakan saja, kepala Megatron hancur bederai bertaburan seperti pasir ditepi pantai (giler hebat Optimus..). Kemudian dia bunuh Sentinel Prime kerana mengkhianati Autobots. Itulah balasan pada robot yang degil. Kill kill die die..hehe. Alhamdulillah.. Perang da tamat.. eh tu lirik lagu hehe.. dan mereka yang survive tersenyum riang then abiss.. camtu je. haa tepuk2.. tepuk jelaaa...

Sebenarnya cite dia panjang dan meleret-leret tapi aku cite skit je part2 yang penting. Dekat 3 jam duk dalam panggung mau xpedih punggung, beb. So aku tambah skit informasi apa yang tak patut dalam filem ni:

1. No More Sexy Megan Fox. Awek baru, Carly (Rosie Hungtinton-Whiteley) agak kaku lakonannya. Beliau lebih banyak tayang bentuk body beliau yang marvelous tu dan jual muka saja.

2. Megatron transform jadi lori tangki buruk (macam lori sampah pun ada). Kesian aku tengok watak ketua Decepticons ni macam robot sakit, diperkecilkan oleh Michael Bay. huhu.. tak patut.

3. Ironhide is dead. T_T

4. Starscream mati ditangan Sam Witwicky? Oh shitt.. i cant believe it!

5. Megatron tak banyak lawan dan lemah dalam filem kali ni then mati ditangan Optimus hanya dalam 3 saat saja. Patutla ramai tak puas hati. Nak cepat abiskan cerita ke ape..huhu.

Sebagai Transformers fan, memang banyak bende tak puas hati dlm filem ni. Tapi apa leh buat, sudah tentu Micheal Bay kata, "lantaklah ni filem aku.. bukan filem ko. sukati aku la nak buat camne.." Huhu.. So, terpulanglah pada kome nak tengok ke idak. Kalo x, tunggu ajelah DVD kuar. Teman xtau la ni filem last ke idak. Kalo ade sambungan lagi, hope try director lain plak. Teman rase filem ni biase je la superb hanya pada CGI not storyline, tapi bagi teman TF1 lagi besttt tak hingat sampai bile2... xD

Y2N Rating : 3.5/ 5

P.A. : "You may lose your faith in us, but never in yourselves. From here, the fight will be your own." - Optimus Prime