Saturday, July 23, 2011

HP7 : It All Ends..

Filem Harry Potter merupakan filem yang diadaptasikan dari novel terkenal karya J.K. Rowling. Sejak difilemkan pada 2001, 10 tahun lamanya, kini era cerita penuh magikal ini sudah sampai ke penghujungnya. Bagi peminat HP sudah tentu sentiasa mengikuti ceritanya dari pelakon-pelakonnya masih kecil hinggalah besar. Filem ini merupakan antara filem francais yang terpanjang pernah diadakan dan filem HP7 - Harry Potter and The Deadly Hollows Part 2 merupakan filemnya yang terakhir. HP7 kali ini menceritakan bagaimana tiga sahabat, Harry, Ron & Hermoine meneruskan perjuangan menentang kuasa gelap Voldermort. Di awal cerita, Harry mendapatkan bantuan Goblin untuk mencuri artifak Horcruxes di bank simpanan milik Bellatrix Lestrange. Setelah memusnahkannya, mereka kembali ke Hogwarts untuk mencari saki baki artifak Horcruxes bagi melemahkan kuasa Voldermort. Setelah Prof Snape dihalau oleh Prof. Minerva, Hogwarts kini bebas dari kawalan Voldermort. Tapi hanya untuk sementara waktu. Voldermort sudah pun menyedari tentang hal ini maka beliau telah mengumpulkan bala tenteranya yang terdiri daripada ahli sihir, gergasi dan serigala jadian untuk menyerang dan memusnahkan Hogwarts. Maka berlakulah pertarungan hebat antara pihak baik dan jahat. Ramai yang terkorban dalam peperangan termasuk watak-watak yang penonton kenal. Hogwarts menjadi huru-hara dan banyak kemusnahan.

Sementara itu Harry dan kawan-kawannya terus mencari Horcruxes seterusnya yang berbentuk mahkota. Setelah memusnahkan mahkota itu, tinggal satu lagi Horcruxes yang terakhir yang perlu mereka musnahkan. Iaitu ular sawa perliharaan Voldermort. Dalam usaha itu, Harry telah menemui satu rahsia yang selama ini disembunyikan darinya. Rahsia yang melibatkan kaitan sebenar antara Profesor Snape, Dumbledore dan ibu-bapanya. Ramai yang tak menjangkakan rahsia ini dan rata-rata cakap "ohh..macam tu rupanya..". Voldermort pula mengugut seluruh penghuni Hogwarts untuk menyerahkan Harry kepadanya jika mahu selamat.

Demi keselamatan orang lain, Harry nekad berdepan dan bertarung dengan Voldermort biarpun dia akan terkorban. Maka berlakulah pertarungan terakhir antara Harry vs Voldermort. Setelah ular sawa milik Voldermort mati dibunuh oleh Neville, Voldermort akhirnya jadi lemah longlai dan tewas ditangan Harry Potter. Musuh utama Harry itu akhirnya musnah berkecai menjadi abu dan terus hilang dari pandangan dibawa angin. Setelah berhempas pulas bertahun-tahun, akhirnya kemenangan majadi milik Harry and the gang. Kemenangan sentiasa berpihak pada orang yang benar. Chewahh..

Diakhir cerita, ditunjukkan Harry, Ron dan Hermoine sudah bahagia ada kehidupan sendiri. Nama Harry Potter terus disanjung di Hogwarts dan legasinya sebagai ahli sihir termashur diteruskan oleh... anaknya. Aichehh.. happy ending. Da habisss... =D Rata-rata penonton bangun dari seat, berdiri dan memberi tepukan gemuruh setelah filem ni tamat. So, kepada peminat setia Harry Potter jangan lepaskan peluang menonton filem ini. Yang tak minat tu, lantak koranglah. Walaupun dah tau jalan ceritanya di novel, tapi try rasai di filemnya pula. Nak lg layan, layan 3D. Lagipun ini filem terakhir kan, lepas ni dah xde lg da filem Harry Potter di pawagam. Aku memang follow cerita ni dari dulu hinggalah sekarang. Thankz so much to J.K. Rowling for da story... thumbs up! =)

Y2N Rating : 4.5 bintang..

P.A. : I love Emma Watson. No more Miss Hermoine Granger after this.. i will miss her.. huhu..

4 comments:

  1. UUuuu jeles dia dh pi tgk ...aku x sempat2 lagi nak pi tgk ...rasanyer nak gi tgk hari ni lah.. =P

    ReplyDelete
  2. UUuuu ce tengok ce tengok.. ajak BF.
    da abih pun cite dia.
    ni last punyer.. =D

    ReplyDelete
  3. Oit.. tengok xajak..
    (pst: layan sorang2 la tu)

    ReplyDelete
  4. ko ade blog ke lan?
    ajak ko wat pe.. ajak gadis la baru semangat membara.. ekeke..
    ckp baek2 skit la.. mane musim layan movie sorang2.
    layan M-O, baru la leh sorang2.. opss, ekeke.. =p

    ReplyDelete