Saturday, July 9, 2011

Sembilan - Tujuh - Sebelas

Sembilan tujuh sebelas,
Bukan sekadar angka,
Bukan sekadar kata-kata,
Akan terjadi satu peristiwa,
Yang akan menjadi sejarah buat negara,
Dari selatan hingga utara,
Yang tua mahupun muda,
Hari ini pasti diingat sampai bila-bila.

Sembilan tujuh sebelas,
Disaat menanti kedatangan Ramadhan,
Satu fenomena jadi tumpuan,
Perkataan 'bersih' jadi bualan,
Warna diraja jadi pilihan,
Masing-masing dengan cerita dan pandangan,
Jadi topik hangat jadi liputan,
Di berita tv, media massa, internet & akhbar harian.

Sembilan tujuh sebelas,
Satu perhimpunan diadakan,
Tak kira lelaki mahupun perempuan,
Berarak dalam kumpulan secara aman,
Sama kuning sama jalan,
Menghantar memorandum pada Sultan,
Sistem pilihanraya yang adil jadi tujuan,
Bantahan terhadap sistem kerajaan,
Itu yang diberitakan.

Sembilan tujuh sebelas,
Tahanan dibuat pada mereka yang dicuriga,
Sekatan jalan dan roadblock ada dimana-mana,
Polis, FRU, ambulan sentiasa berjaga-jaga,
Helikopter berlegar-legar pantau diudara,
Takut berlaku kejadian yang tak diduga,
Masih ramai yang tertanya-tanya,
Apa yang akan terjadi seterusnya,
Hujung minggu ini tak dapat kemana-mana.

Sembilan tujuh sebelas,
Walau apapun mereka cuba lakukan,
Walaupun berbeza ideologi & fahaman,
Janganlah sampai timbulkan kekecohan,
Pergaduhan mahupun permusuhan,
Selagi masih ada pegangan & iman,
Ini soal politik bukannya hiburan.

Sembilan tujuh sebelas,
Fikirkan yang baik bukan keburukan,
Sedarlah, negara kita kini menjadi tumpuan,
Kedamaian ini janganlah dirosakkan.
Malaysiaku yang aman,
Semoga dirimu dilindungi Tuhan..

P.A. : Maaf, bukan niat nak berpolitik disini, tapi sekadar memberi pandangan dari persepsi sendiri.. Saya sayang negara saya.. =)

No comments:

Post a Comment