Wednesday, November 23, 2011

Harimau Malaya Selamanya!

Sukan Sea Indonesia telah pun berakhir. Namun, tanggal 21 November lalu menjadi satu detik sejarah manis buat negara Malaysia. Ya, rata-rata seluruh rakyat Malaysia dimana saja tertumpu pada kaca tv ataupun skrin besar pada masa itu. Masakan tidak kerna ia merupakan detik penting perlawanan final bola sepak antara Malaysia Vs Indonesia. Walaupun ia hanya perlawanan bola sepak tetapi ia berkaitan dengan soal maruah negara dan kewibawaan. Harimau Muda membawa harapan agar dapat mempertahankan pingat emas manakala misi Garuda pula adalah merampasnya dan dendam kesumat atas kekalahan yang lalu.

Sebelum ini, Malaysia pernah mengalahkan Indonesia di final Piala AFF Suzuki Cup 2010 dan juga perlawanan dalam peringkat kumpulan A dalam Sukan SEA kali ini. Kekalahan ini juga menjadi satu sebab peminat2 fanatik pasukan Indonesia berdendam dan membenci pasukan dari Malaysia. Malah sepanjang kejohanan Sukan Sea 2011 ini boleh dikatakan kontinjen negara kita dilayan buruk dan kurang mesra oleh mereka. Inilah yang diberitakan dan juga kita lihat sendiri di kaca tv. Begitu juga situasi buruk yang berlaku pada skuad Harimau Muda ketika menentang Garuda Muda. Saat ketika lagu Negaraku berkumandang di Stadium Bung Karno, penyokong2 Garuda sengaja membuat bising dengan ejekan dan jeritan boo.. Sakit hati dibuatnya.

Tapi semua itu tidak sedikit pun mematahkan semangat juang pasukan Harimau Muda - anak didik Ong Kim Swee. Pasukan kita telah bersungguh-sungguh berjuang walaupun ditekan oleh 10,000 penyokong Indonesia. Tamat masa, masing2 terikat seri 1-1 sama dengan hasil jaringan Asraruddin (Malaysia) dan Gunawan (Indonesia). Perlawanan dilanjutkan dengan masa tambahan sehingga mencapai 120 minit namun belum ada sesiapa yg belum mengaku kalah. Penentuan juara terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Tanggungjawab besar terpaksa dipikul oleh mereka yang terlibat terutama penjaga gol. Kecekapan penjaga gol hero kebanggaan Malaysia - Khairul Fahmi Che Mat berjaya menangkis sepakan Ferdinand dan membuka peluang kejayaan kepada Malaysia. Sepakan emas dari Kapten Marvelous - Baddrol Bakhtiar berjaya membolos gawang Indonesia. Walaupun dapat ditampan oleh Kurnia Meiga tetapi bola itu bergolek-golek cantekk ke belakang terus ke jaring gol. Sekaligus, keputusan muktamad dicapai, Penalti (4-3) - MALAYSIA MENANG! MALAYSIA JUARA!

Bergegar gempak-gempita satu Malaysia dengan sorakan dan jeritan kegembiraan atas kemenangan pasukan Harimau Muda. Rakyat Malaysia berbilang bangsa semua bergembira. Ada yang menangis kesyukuran. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa rakyat Malaysia sendiri, akhirnya pasukan Harimau Muda berjaya menundukkan keegoan Sang Garuda di laman sarangnya sendiri. Keadilan telah dicapai. Doa orang terinaya dimakbulkan Tuhan. Diam seribu bahasa peminat2 fanatik Garuda bagai tidak dapat menerima kenyataan kekalahan. Sungguhpun begitu, diharap sejarah ini menjadi satu pengajaran buat penyokong fanatik Indonesia tentang - buruknya sikap provokasi, membenci, dendam & betapa pentingnya sikap menghormati orang lain. Kalah menang itu adat perlawanan. Belajarlah menghormati orang lain kalau anda juga mahu dihormati.

"Ole Ole Ole Oleee.. Kita Menang.. Kitalah Juara.." Tahniah Harimau Muda! Kamu berjaya membuktikannya! Kami pasti sokong walau siapa pun lawannya. Kalah menang itu soal kedua. Harimau Malaya Selamanya! Aummm..... =^o^=
P.A. : PROUD TO BE MALAYSIAN.. =)

2 comments:

  1. yeah .. congratulation to Harimau Muda ...
    but , sayang x dapat kalahkan pak arab malam tadi .. =P ape2 pun , terus bersemangat menyokong HArimaU Muda ...=P

    Go..go...go !!caiiyuuuuUUkKKk ..!

    ReplyDelete
  2. CB, mmg susah nk kalahkan pun.
    pak arab Syria tu da la besar, kuat lari plak..
    letih harimau muda nak kejar.
    penat masa lwn indon pun xilang lg..

    ape2 pun, kita teruskan menyokong pasukan kebangsaan kita ini..

    Aummmm..! =^o^=

    ReplyDelete