Thursday, December 15, 2011

Motor Sakit, Hati Pun Sakit La..

15 Disember 2011 adalah hari yang agak memenatkan bagi aku. Mana taknya, aku telah habiskan waktu pagi hingga tenghariku dengan exercise menolak motorsikal! Motorsikal yamaha lagenda aku tu mmg ade problem bahagian kick-starter. Malam sebelumnya, aku pulang dari opis singgah kejap Maybank Kg. Baru. Tapi bile aku pijak nak start balik motor aku kick-starter dia terus jd loose. Terkulai ke bawah. Ahh..sudahh.. penyakit dia datang balik. Nak ke workshop mane ade bukak malam2. So aku menolak la sampai rumah. Nasib baik la da sampai Kg. Baru.

Pagi nya, aku bersiap-siap nak pegi keje tapi perlu baiki motor dulu. Aku terus tolak motor aku ke bengkel yang berdekatan. Dalam Kg. Baru ni mmg payah la nak cari workshop bukak pagi2. Overall semua pukul 10 ke atas baru bukak. So, mahu xmahu aku terpaksa tolak motor aku menyeberang Jalan Tun Razak sampai ke sebuah bengkel cina. Itulah satu-satunya bengkel motor yang bukak waktu pagi. Bila check2, masalah datang dari dalam enjin. Enjin kene bukak pasal batang besi starter dlm enjin tu dah jahanam, kene tukar baru. So terbang gak la dekat2 RM100.. banyak tu.. Tak xtau la aku kene kencing ngan cina tu agaknya tapi da xde choice. huhu..

Dekat sejam gak dia betulkan. Pas settle bab tu, aku teruskan perjalanan ke opis. Aku melalui highway Duke pasal tu jalan paling cepat ke Batu Caves. Sambil bawak motor tu aku nyanyi lagu Kisah Dongeng - Stacy untuk menghiburkan hati. Baru sampai area Sentul, tetibe je moto aku da goyang2 semacam. Hampir jatuh aku dibuatnya. Terbantut aku nak nyanyi. Potong stim betul. Aku pun berenti kat tepi jalan tengok ape yg tak kena. Rupanya tayar belakang aku pulak pecah. Pancit abis.

Adoyaaii.. datang masalah kedua. Tengah2 highway plak tu. Sakit hati giler. So aku terpaksa la menolak motor aku sekali lagi. Jauh gak la perjalanan nak kuar dari highway tu. Da la berat motor aku tu, tayar da pancit lagi la bertambah berat. Mula la aku membebel dan memaki hamun sebab kepenatan yang amat sangat. Badan dah berpeluh-peluh. Orang lain lalu lalang wat xtau je. Huhu.. Sabo je la. Aku tolak beberapa kilometer sampai la luar highway dan jumpa satu bengkel cina berdekatan Giant Batu Caves. Tukar terus tayar, tanpa banyak cakap. RM78 terbang lagi... huhu. Settle je bab ke dua tu, aku terus ke opis. Sampai opis da pukul 11 lebih. Baik ambik half day je la. huhu.. Total semuanya dekat RM178 hengget aku telah abis untuk baiki motor aku ni. Adusss...

Biaselah perkara2 macam ni akan berlaku. Menguji kesabaran. Tak gune pun nak membebel sebenarnya. Kita tak tahu bile nak jadi. Macam orang gak. Kadang2 kita tengok macam ok je sihat, tetibe je jatuh sakit. So, motor ke, kereta ke, kapal selam ke, helikopter ke, kalo dia da nak 'sakit', 'sakit' lah jua dirinya. Just prepare je la tenaga dan duit. Sabo je la.. huhuh.. =,=

''Seorang muslim yg tertimpa musibah, kesedihan, keletihan walaupun tertusuk duri, nescaya krn Allah ingin melebur kesalahannya." (HR.Bukhari)


P.A. : Biar rosak motor, jangan rosak akhlak. okeh? huhu..

3 comments:

  1. erk...kesiannya kamo. tapik takpe la. nak wat cane. menda da jadi. sabar la dgn dugaan di hjg tahun ni.heh....

    kamo ni kena tipo ke? ape tuka tayar sampai rm78. meksha ritu tuka rm60. tu pn pas dia tawar..

    ReplyDelete
  2. HArap bersabar ...tu semua dugaan ...=)
    Cik bib : meksha pompuan ...Ijam , laki ..ahaha .. sbb tu mahal sket.. =P

    ReplyDelete
  3. cik bib - tukar tayar tiubless maa.. jenama FKR original lagi.. hehe.. tapi biase la peniaga mesti nk cari untung. kite la trpakse tlan air liuq membayor.. =,="

    Pumpkin PIE opss.. Chikebum Buzz.. ntah ape la ayat mek sha bg kat mekanik tu agaknya. haha.. btw, mekDi prosperity untuk sy nanti jgn lupe ok.. =P

    ReplyDelete