Thursday, December 22, 2011

Jagalah Kesihatan Anda

Salam semua. Kenapa tajuk entri aku ni skema macam kempen kesihatan kerajaan? Haa.. bukan apa. cuma nak mengingatkan saja. Walaupun gamba kat sebelah ni pun macam gediks tp mesej itu sampai. Hati adalah sebahagian dari badan. Ia pun perlu dijaga. Semasa tengah menaip entri ni aku tgh diserang selsema dan batuk2. Bersin je dari tadi sampai meroh idung ambo. Doh tu.. guane? Make ubak sokmo. Doh nok masuk seminggu doh lagu ni. Saba aje la. Disamping itu aku rase macam sakit2 je badan aku sejak kebelakangan ni. Kejap sakit belakang la, sakit kepala la, leher la, dahi la, sakit dada la.. uii.. kalo nk difikirkan takut juga kita. Yelah, takut jadi serius. Tapi mintak jauh la. Sedang dalam tak sihat ni, aku kuatkan je semangat, istighfar banyak2 pegi keje dan buat macam biase. Mybe orang tak perasan aku tgh xsihat hehe. Tapi xper.. insyaAllah xapa2.

Sebut pasal kesihatan, aku ingat pesanan tok aku. Tok aku masuk spital pertengahan Disember lepas sebab sakit peparu. Dikatakan peparu beliau mereput kat dalam sebab virus. Seram gak dengornya. Oleh sebab tu aku trpaksa kensel bercuti ke Genting dan balik kg melawat dia. Salah satu punca tok aku jadi camni adalah sebab ROKOK. Beliau telah merokok sejak muda hinggalah ke usia lingkungan 80 tahun ini. So betul la apa yang dihebahkan bahawa merokok adalah merbahaya. #Yes we already know it. Aku sempat menjaga dia satu malam di hospital. Ketika itulah dia berpesan pada aku supaya jaga kesihatan diri dan jangan merokok. Jangan jadi macam atuk. Sedey gak dengornye. Mujurlah aku xsmoke. Alhamdulillah, setelah menerima rawatan dengan izin Tuhan, beliau kini beransur pulih.

Di rumah pula, mak aku ckp yang aku da gemok. haha.. Mybe kuat makan sepanjang tahun ni. So aku cakap yang aku hari2 makan ayam. Makan nasi mesti lauk ayam. KepCi, MekDi memangla peberet. Xde selera la dengan ikan. Roti canai + teh tarik setiap pagi. So, mak aku pun teguq dan nasihat, jangan mkn ayam selalu sebab itulah da banyak kolesterol dalam badan aku. Erkk.. okeh. Aku ikut cakap mak aku. Aku da tukar rutin skang. Aku da kurangkan makan ayam. Aku da kurangkan makan roti canai. Seminggu sekali baru rasa. Skg aku ganti dgn susu dan seketul roti 70sen setiap pagi. Kadang2 tak makan terus. Kire macam diet la kot.. huhu.

So, kepada kawan2 yang sy sayang semua, jagalah kesihatan anda. Sayangi diri anda, jaga pemakanan anda. Memang kita nampak sihat, makan ikut suka hati, tapi kita tak tahu jangka masa sampai bila. Tau2 je nanti da jatuh sakit baru menyesal. Mencegah itu lebih baik dari mengubati kan?. Oklah itu saja pesanan dari saya yang sdg sakit idong dan xleh tido ni. selebihnya korang paham2 sindrik la camne nk jage kesihatan. Hehe.. Choi~

P.A. : Satu tabiat yang aku xleh buang lg - 'tido lewat' termasuk malam ini =,=.. ermmm.. taking time...

2 comments:

  1. HAHA..baru igt nak blanja McD nnti. kira kansel la..

    info salah! sarapan adalah perlu ya. sila rujuk kepada pakar pemakanan.

    lepas ni, jom join saya kte pegi jogging lepas kerja okeh. tp skrg taboleh.musim hujan...

    ReplyDelete
  2. elehh.. yo yolah nak banjer mkn MekDi.
    tp xper.. sekali sekala boleh la kan?. hehe..

    oowhh cik bib joging setiap ptg blik keje ye?
    dulu sy ade buat tp da stop.
    bagusla. ok gak nk join..
    jum2.. hehe ^_^ #gediks

    ReplyDelete