Monday, December 26, 2011

SitiZoner's 8th Anniversary Bash - Sg. Congkak

Salam semua. Hari ini 26 Disember merupakan hari cuti sempena Hari Natal. Tentu korang ade je plan nak buat kan or ade nak kemana-mana. Aku pulak hari ini aku kene attend Gathering Ulang tahun Sitizoner yang ke 8 bertempat di Sungai Congkak, Hulu Kelang. Alaa.. kelab peminat Siti Nurhaliza. Dah aku suke Siti nak buat camne.. haha. Info mengenai ini dah lama diberitahu dan aku pun da register awal2 pasal member da sibuk ajak. Tapi last2, member yang ajak tu xjadi pegi plak. Hampeh tol. Aku pun tengah baru nak baik demam so ingat nak berehat kat rumah je malas nak pergi. Kang xpasal2 demam balik. Tapi Kak Rozie (kakak ipar Siti) ada talipon aku tanyer jadi pegi ke tidak. Erkk..siap tipon. Dia kate kalo aku xpegi, dia nak bako backdrop yang aku buat tu. Aku tau dia melawak je. Tapi, kerna xnak kecikkan ati beliau so aku pun pegi jua. Btw, backdrop untuk gath ni aku la yang uruskan. ok x? huhu..

Pagi2 kol 10 aku gerak terus ke Sg. Congkak dengan motor. Adela dalam sejam perjalanan. Sampai sana aku tengok da ramai dah orang. Riuh rendah kat situ. Ada dua khemah besar dibuka ditengah kawasan sebelah sungai. Setiap peminat yang da register dapat satu beg saguhati. Ada bnyk buku dan majalah kat dalamnya. Ada diari SitiZoner dan produk SimplySiti. (aii..ade gak? hehe..). Aku jumpe Kak Rozie, jumpe balik kawan2 yang dah lama xjumpe. Dalam keadaan yang xbape sihat tu, aku join gak diorang. Cume aku tak dapat masuk acara2 yang diorang buat atas sebab kesihatan aku. Diorang ajak tapi aku tolak. Mula2 acara karaoke bebas sesiape je leh bantai nyanyi. sedap ke idak lantaklah suka2. Tapi kene lagu Siti sebab ini fan club Siti kan.. Then acara Amazing Race. Diorg kene cari barang2 then melalui checkpoint yang tertentu. Kumpulan meja aku menang tapi aku tumpang gembire je la sebab aku xmasuk. Aku jadi penonton je. haha.. Selesai acara tu, diadakan pula acara teka lagu dan kuiz yang berkaitan dengan Siti. Sape cepat jawab dia dapat hadiah. Aku amat kagum diorang ni dapat aje jawab soklan yang diberikan. Memang peminat tegar la. Sedangkan aku dok terpinga-pinga hehe..

Istimewanya gathering kali ini adalah kerana Siti Nurhaliza akan join sekali. Beliau datang bukan untuk buat persembahan nyanyian tapi untuk bersama-sama enjoy dengan peminatnya. Sementera menunggu kedatangan DCT, kami plan nak buat gimik untuknya. Kami plan buat2 tido ramai2 mase DCT datang. Aku pun buat jugaklah. Saje nak kenekan dia. So lebih kurang kol 3 lebih DCT pun sampai dengan serombongan kaum kerabatnya. Masa tu kami ramai2 tgh berpura-pura tido buat xlayan sama dia. Sunyi sepi. DCT hanya ketawa tgk telatah kami. Bile dia bagi salam je.. kami ramai2 bangun jawab salam sekuat hati then jeritt woooooo.. haha klaka. layan je la.. DCT pakai baju simple je arini tak seperti selalu kita lihat di majalah atau tv. Dengan tshirt oren, seluar trek hitam dan juga topi. Laki dia plak pakai suar pendek. Mmg konsep arini santai2 je pun. Kite2 je. Tiada orang luar.

Lepas bagi ucapan Dct jadi juri bagi pertandingan karaoke. Macam2 telatah dan ragam budak2 ni nyanyi lagu Siti. Kalau laa aku sihat, aku pun nak join masuk karaoke. Nak nyanyi lagu 'Purnama Merindu' tapi apakan daya tekak sakit plak. Nyanyi lagu depan DCT tu. Lepas tu, kitorang ada games sukaneka. DCT dan lakinya pun masuk sekali. Aku jadi supporter je la sambil ambil gamba. DCT nampaknya begitu excited sangat dengan sukaneka. Macam budak2 plak aku tengok. Haha Enjoyy.. Antara games yang diadakan - makan epal gantung, isi air dalam botol, gelang getah pakai straw, bola pinpong atas sudu, pecahkan belon, makan durian & cari gula2 dalam tepung. Overall, semua acara ni havoc klaka abiss apatah lagi bile tengok telatah DCT dan lakinya yang sporting giler xingat. Memang jarang la dpt tgk suasana macam ni. Macam xcaya seorang artis ternama yang selama ni kite tgk nampak lembut rupanya nakal jugak ye. Kebudak-budakan. haha.. adoii.. aku pun xtau la camne lagi nk cite tp best sgt la moment ni.

Kol 6.30p.m. aku pun balik dulu sebab aku naik motor. Agak bahaya gak nak lalu jalan atas bukit tu kalo hari da gelap. Kata orang, bala jangan dicari. Yg lain bleh la lama sebab naik kete. Diorang masih lagi stay kat sana mybe sedang sibuk bergambar sakan dengan DCT. Nak tunggu giliran aku, rasenye lambatlah nanti. Aku da brgamba sakan dengan dia aritu so bagi peluang kat orang lain plak. So aku balik saja dan berharap aku akan berjumpa dengan DCT & kawan2 di lain kali. Well, tq to all yang terlibat. Tq invite saya. Korang yang tak pergi tu jangan jeles plak. Next time insyaAllah ade lagi. (kalau ade la.. haha..).

'Datang berlindung waktu susah dan senang, tumpang berlindung waktu susah dan senang'. SitiZoner memang semmmpoi.. best!

P.A. : xdpt bgamba dengan DCT xperla, gamba dengan kereta KCT pun jadi la... =P

No comments:

Post a Comment