Sunday, February 26, 2012

Selamat Pengantin Baru Lisa (=


Tanggal 23 Februari 2012 menjadi detik sejarah baru buat pelakon wanita popular kesukaan ramai bernama Lisa Surihani. Lisa yang pernah diberi gelaran 'Malaysian Sweet Heart' ini akhirnya diijabkabulkan dengan selebriti + hensem + duda + kaya - Yusry KRU.

Lisa Surihani menerima sebentuk cincin bertatah berlian, seutas rantai, tujuh dulang hantaran berupa tepak sireh, cincin, rantai platinum, wang hantaran, manisan dan kek perkahwinan dari pihak Yusry. Selesai akad nikah, majlis resepsi pula diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari. Siaran lansung ada di Astro Ria. Saya tak tengok pun hehe..

Saya percaya ramai rase pasangan ni sweett sangat tengok dan tidak kurang juga ada yang rasa patah hati. Yang patah hati tentulah kebanyakannya peminat dikalangan lelaki. Saya ni xderlah fanatik sangat ngan Lisa cuma minat2 gitu saja. Yelah, org sweet kan mestilah menjadi pujaan hati orang. Sebenarnya xkisah pun dia kahwin, bagusla... tapi apa yang tak berkenannya adalah keputusannya kahwin dengan duda. Seolah-olah tiada lagi org bujang didunia ini dimatanya. Ia mengimbas kembali kenangan pahit perkahwinan DCT dan DK. Itu pilihan dia, tentu semua ini demi masa depan dia juga, kita redha. Namun begitu, itulah yang dinamakan JODOH. Orang suke atau tidak, kene terima saja. Yang penting, kita doakan saja mereka berdua ini gembira bahagia bersama hingga ke anak cucu dan akhir hayat. Amin.
Selamat Pengantin Baru..
Tahniah Lisa...

dan Goodbye. =)

P.A. : tahukah anda Lisa xboleh sebut huruf 'R'? Agaknya kalo dia panggil Abang Yusry jadi 'Abang Yusghie'.. ekekeke.. Jaga Lisa tu baik2 ye Abang Yusry.. hehe. =P

Saturday, February 11, 2012

Santai di Pantai Tanjung Balau

Cuti 4 hari Maulidur Rasul & Thaipusam yang lepas aku balik juga kampung. Itupun sebab adik aku wat hal, kalo x aku xbalik. Sempena cuti ni xsedap gak dok umah je 24 jam. So lebih elok jalan2 bersiar ambik angin di luar. Mak aku cadangkan pg je Tanjung Balau sebab pantai tu dekat je ngan kampung aku. Perjalanan hanya dalam setengah jam. So kami 4 orang - aku, mak & 2 adik perempuan pegi beriadah di sana. Bukan nak mandi pun, saja nak seronok main2 air sambil ditiup angin bayu. hehe.. Adik bongsu aku je la yg seronok mandi. So aku hanya memantaukannnya saja. Kalo korang datang ke Kota Tinggi, selain adanya Air Terjun, jangan lupa singgah ke Pantai Tanjung Balau. Memang tak sefamous pantai or pusat peranginan lain tapi permandangannya tidak mengecewakan anda. Cuti2 Malaysiaa.. =)

*jangan tertipu dengan tshirt saya.. haha.



P.A. : teringin nak ke Langkawii.. ^^~

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah.

Assalamualaikum & Salam MaulidurRasul 1433 Hijrah.
Bercerita mengenai Sambutan Maulidur Rasul aku teringat zaman sekolah dulu. Buat kain rentang, berhimpun, berarak ramai2 ikut kelas dan jalan sepanjang jalan di kampung. Suasana pagi dilaungi dengan bacaan Selawat dan Berzanji. Sempena Maulidur Rasul ini aku sharekan sedikit biodata Nabi Muhammad S.A.W. sebagai panduan dan pengetahuan kita. Memang kita sudah sedia tahu tapi kadang2 kita ni cepat lupa dan perlu remind balik. Semoga kita menjadi umat Nabi Muhammad yang baik dan mengikuti sunnah2 baginda. Ya Rasullullah... kami merinduimu.

Salasiah Keluarga
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib
Bapa-bapa saudara: • Al-Harith bin Abdul Muthalib • Muqaw...wam bin Abdul Muthalib • Zubair bin Abdul Muthalib • Hamzah bin Abdul Muthalib • Al-Abbas bin Abdul Muthalib • Abu Thalib bin Abdul Muthalib • Abu Lahab bin Abdul Muthalib • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib • Hijl bin Abdul Muthalib • Dzirar bin Abdul Muthalib • Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah: - Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) - Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Alam Rumahtangga
Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin: Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun.
Nama isteri-isteri Rasulullah: 1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a 2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a 3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar) 4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab 5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah) 6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a 7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith 8. Safiyah bt. Huyay 9. Zainab bt. Jansyin 10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah 11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah 12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah: 1. Qasim 2. Abdullah 3. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra’ 8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

Rasulullah merupakan seorang yang pengasih. Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak. Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Pengalaman & Peristiwa:
Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga. Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar. Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy. Sifat-sifat terpuji Rasulullah: - Berkata benar (Siddiq) - Boleh dipercayai (Amanah) - Penyampai ajaran Islam (Tabliq) - Bijaksana (Fatanah)

Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan Kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Penerimaan Wahyu:
Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ” - pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) - Berusia 40 tahun.

Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah. - Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

*copy & sharing from FB

..............................................

Selawat dan Salam keatas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Sabda Nabi (maksudnya) :
...
Sesungguhnya orang yg paling dekat dgn Ku di hari Kiamat adalah orang yg paling banyak Selawat ke atas Ku
..

P.A. : Selamat bercuti kepada semua. Cuti 4 hari xkemana2 pun.. lepak duk rumah je. ^^~

Wednesday, February 1, 2012

Happy January-an ;)

Dalam bulan Januari, dalam family aku ade 4 orang sambut birthday. Birthday aku (25), abah (16), angah (15) dan ipar (01). So, memandangkan birthday kami jatuh dalam bulan yang sama, aku mencadangkan untuk buat majlis sambutan birthday serentak sekali gus. Aku memilih tarikh 29 Januari yang lepas sebagai harinya. Majlis makan2 ni bukanlah besar-besaran. Hanya kami sekeluarga dan jiran2 terdekat saja. Memang aku da berhajat. Buat pun kat rumah je dan aku support semua perbelanjaan. Mak aku masak Soto & Mee Goreng serta kuih muih. Kek birthday aku beli yang besar 2 buah so makanlah puas2. Budak2 sukelah kek2 ni terutamanya dua orang anak buah aku ni. Suke sangat bergaya bile bergambar. Love them. Walaupun majlis ni kecik tapi at least diorang happy dan seronok dapat makan bersama2. InsyaAllah tahun depan buat lagi best..

So lepas celebrate ngan family, aku akan raikan pula dengan kawan2 rapat aku especially office mates. Karok mybe. hehe. CB, cik bib dan yang lain2.. InsyaAllah tunggu jelah masa yang sesuai okeh. Adios.. ;)

*terima kasih tak terhingga pada yang telah memberi hadiah. Syukur sangat.. TQ =)

P.A. : biarlah kita menggembirakan hati orang yang kita sayang biarpun hati sendiri tak terjaga. sekurang-kurang bile kita sudah pergi, ada juga kenangan buat mereka.. =)