Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah.

Assalamualaikum & Salam MaulidurRasul 1433 Hijrah.
Bercerita mengenai Sambutan Maulidur Rasul aku teringat zaman sekolah dulu. Buat kain rentang, berhimpun, berarak ramai2 ikut kelas dan jalan sepanjang jalan di kampung. Suasana pagi dilaungi dengan bacaan Selawat dan Berzanji. Sempena Maulidur Rasul ini aku sharekan sedikit biodata Nabi Muhammad S.A.W. sebagai panduan dan pengetahuan kita. Memang kita sudah sedia tahu tapi kadang2 kita ni cepat lupa dan perlu remind balik. Semoga kita menjadi umat Nabi Muhammad yang baik dan mengikuti sunnah2 baginda. Ya Rasullullah... kami merinduimu.

Salasiah Keluarga
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib
Bapa-bapa saudara: • Al-Harith bin Abdul Muthalib • Muqaw...wam bin Abdul Muthalib • Zubair bin Abdul Muthalib • Hamzah bin Abdul Muthalib • Al-Abbas bin Abdul Muthalib • Abu Thalib bin Abdul Muthalib • Abu Lahab bin Abdul Muthalib • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib • Hijl bin Abdul Muthalib • Dzirar bin Abdul Muthalib • Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah: - Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) - Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Alam Rumahtangga
Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin: Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun.
Nama isteri-isteri Rasulullah: 1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a 2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a 3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar) 4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab 5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah) 6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a 7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith 8. Safiyah bt. Huyay 9. Zainab bt. Jansyin 10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah 11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah 12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah: 1. Qasim 2. Abdullah 3. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra’ 8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

Rasulullah merupakan seorang yang pengasih. Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak. Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Pengalaman & Peristiwa:
Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga. Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar. Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy. Sifat-sifat terpuji Rasulullah: - Berkata benar (Siddiq) - Boleh dipercayai (Amanah) - Penyampai ajaran Islam (Tabliq) - Bijaksana (Fatanah)

Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan Kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Penerimaan Wahyu:
Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ” - pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) - Berusia 40 tahun.

Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah. - Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

*copy & sharing from FB

..............................................

Selawat dan Salam keatas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Sabda Nabi (maksudnya) :
...
Sesungguhnya orang yg paling dekat dgn Ku di hari Kiamat adalah orang yg paling banyak Selawat ke atas Ku
..

P.A. : Selamat bercuti kepada semua. Cuti 4 hari xkemana2 pun.. lepak duk rumah je. ^^~

No comments:

Post a Comment