Sunday, September 18, 2011

I'm Not A Superman!

It's a bird! It's a plane! No! It's Superman! Superman adalah superhero yang paling feymes didunia. Makhluk berupa manusia dari Planet Krypton turun ke bumi dan menjadi penyelamat dikalangan manusia. Mempunyai kekuatan yang luarbiasa, badan kebal, urat besi, tulang keluli, mata ade laser dan superpower tak terbatas menjadikan Superman superhero yang paling dikenali. Tapi, demi dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa, Superman menyembunyikan identiti dan menjadi Clark Kent.

Eh? Kenapa aku cite pasal Superman ni? Da kuar movie baru ke? Bukan pasal movie tapi pasal diri aku ni. Korang tau tak kat area Kg. Baru ni, ada orang panggey aku 'Superman'. yee betul. ni tak tipu punya. Kalo pergi kedai makan, kedai runcit or nak beli top-up, ada saje orang panggey aku 'Superman'. Baru-baru ni mase kat Majlis Rumah Terbuka Kg Baru, ada pakcik tu panggey aku Superman. Huhu.. Aku tanyer kenapa panggey aku Superman? Diorang kate muke aku macam Superman. hahahaha.. itulah jawapan paling basic. aku pun nak gelak. Then aku cakap la, "Saya xmacam Superman, Superman pakai suar dalam kat luar.. macam Clark Kent ade la skit2.. ekeke.." Aku sebenarnya tak suka Superman. I hate him. Tapi aku xdelah nak marah diorang, makin aku nak gelak adelah. Cuma aku terkenangkan zaman sekolah aku dulu. Kawan2 aku dulu panggey aku Superman gak. Mybe sebab aku pakai spek mata then raut wajah aku ade iras2 macam pelakon Superman.. (ye ke?). Same ke? Entahlah.

Well, ape pendapat korang? aku macam 'Superman' ke? Kalau betul ye, aku terima je. Bukan kite mintak pun. Kadang-kadang gelaran yang orang bagi tu membuatkan kita jadi popular secara tidak lansung. Asalkan gelaran itu baik dan tidak menyakitkan hati. hehe.. Okeh cukup. Lebih2 kang macam riak plak. Aku ada dengar org mintak tolong ni. It's look like a job for Superman! Hiyahh....

P.A. : aku lebih suka Spiderman than Superman.. hey? did i get Marie Jane yet?

Friday, September 16, 2011

Falling In Love - A Dance With Diva


Well, entry kali ni macam gedik je tapi layan jelah ekekek.. korang da dengar lagu inggeris DCT tajuknya Falling In Love? Amacam? sedap tak? ok? Cool? ha, xpaham? terpulang pada masing2 punya jawapan. Ternyata beliau telah memilih langkah seterusnya maju setapak ke hadapan di arena seni hiburan. Kini dia lebih "internationaly" bak kata mamat khalid.. Hope album inggeris pertamanya akan mendapat sambutan dalam dan luar negara. Dengar cite DCT pun ada berduet dengan Alicia Keys dan Pitt Bull. Kalo betul la, memang meletopp gitu...

Isnin lalu aku terpaksa ambil cuti half day kerna nak uruskan pembayaran bil PKNS. Aku paling menyirap kalu dapat notis macam ni. Dahla bagi notis tempoh masa sekejap sgt, pastu opis dia bukak lambat.. kang tak bayar dia tutup bekalan air. Tu pasal aku amik half day terus settlekan (yeee ini bukan alasan). Lepas bayar aku on9 internet check my FB. Kebetulan pula aku terbaca info dari sorang kawan di FB (dia peminat tegar DCT) yang dia kate DCT ada di Pavillion untuk shooting video klip Falling In Love. Canteq sangat lah tu. So, aku menggunakan kesempatan yang ada sebelum pegi ofis untuk pergi tengok sendiri DCT kat Pavillion.

Sampai ruang legar Pavillion, aku nampak DCT dah tengah berlatih menari dengan penari2nya. Ramai gak orang kat situ termasuk pelancong-pelancong asing dan juga mahkluk asing. hehe.. ade sekelompok peminat DCT yang aku agak2 kenal la camtu turut berlatih menari bersama. So aku pun join sekali tanpa segan silunya. Bile time recording, kami pun join menari beramai-ramai ala-ala flashmob. Ingat senang ke dpt peluang menari di samping Diva pujaan ramai itu?. Di bawah ni aku ada snap beberapa gamba sekitar pergambaran video klip tersebut. Ingatkan nak bergamba berdua ngan DCT tapi tengok macam tak cukup masa aku lupekan saja. Next time boleh.. diorang masih terus ngan shooting tapi aku terus blah ke ofis.. keje banyak maaa.. hehe.. Walau dapat join sekejap, itu pun jadilah... mane tau kuar muke aku kat video klip dia, bangga aku ekekeke.. xsabar nak tengok. ok, janji kite enjoyyyy.. ^_^


P.A. : Obsess.. No. Fanatic.. No. Respect.. Yes. That's why i keep Falling In Love with her.. =)

Monday, September 5, 2011

Salam Nazam Lebaran =)

Salam Aidilfitri.. Salam MerdekaRaya. Eheh, da lama xbuat entry baru maklumla cuti raye sakan kat kampung. Pastu line internet kat kampung pulak kelajuannya ala-ala kuih siput.. huhu. So seminggu aku xonline or mengadap komputer. Kampungku berada di Kota Tinggi, Johor. Kalau dari KL mau 4 jam gak la nak sampai ke kampung aku tu. Jauh gak beb nak masuk dalam. Keliling kelapa sawit aje. Raya pertama aku dan family beraya di rumah atok belah mak aku di Sungai Sayong, Kulai, Johor. Memang da jadi kebiasaan raya pertama kami sanak-saudara sambut ramai2 kat sini sebab ini jelah atok yang masih ada di dunia ini. Yang lain da xde huhu.. Tema kaler baje raya aku kali ini warna peach. Nak tengok koleksi gamba raya aku tengoklah kat FB aku. hehe.. Well, bile dah bertemu ramai2 ni, macam2 la cerita dan perbualan kite dapat. Bukan sekadar bual kosong, kadang-kadang ada maksud yang tersirat. antara babak cerita yang masih aku ingat.

Kami tengah menonton tv, kuar iklan SimplySiti.
Mak : Ei, mak tengok siti ni makin seksi la. tak macam dulu, sopan je..
Aku : Seksi camne tu, mak? mane de dia pakai dedah2.
Mak : Tu haa.. tengok tu. kemain lagi skang dia pakai baju ketat2.. tayang bentuk body dia. terliuk sana terliuk sini. (sambil mak aku tiru posing siti dalam iklan tu)
Aku : hahaha.. alahh biasela tu.. biarlah mak. dia nak promote produk dia tu. kalo xbuat camtu kang takut datok k lari plak.
Mak : hehehe..

Tengah berehat dengan atok diruang tamu.
Atok : umur ijam dah berapa skang?
Aku : err..29 tok.
Atok : huh, bujang terlajak. bile la nak kawin?
Aku : hehe.. sabar tok. banyak bende sy nak settlekan dulu. kalo next raye sy da xde kat sini, maknenya sy dah kawin la tu.
Atok : nape plak?
Aku : yelah, sy da ade kat rumah mentua mase tu. ehehe..
Atok : .... (terdiam sambil hisap rokok)

Sesi bermaaf-maafan di pagi raya. Sampai turn Uda, adik aku.
Uda : Along, selamat hari raya maaf zahir batin. mintak maaf kalo ade tersalah cakap, terhutang, terpakai duit along banyak.. mintak maaf.
Aku : Okay along maafkan. Soal duit tu xperlah, along sanggup tolong adik-adik along. Along xkisah. tapi along mintak sesuatu je nak ko buat.
Uda : ape dia, long?
Aku : jangan tinggal sembahyang.
Uda : hmm yelah..

Kawan lama call..
Kawan lama : Assamualaikum, selamat hari raya..
Aku : Ya, waalaikumussalam.. selamat hari raya..
Kawan lama : ko bile nak kawin?
Aku : ai, itu soklan pertama ko? baguslah. ko pun xkawen lg. hmm..
Kawan lama : hehehe.. jgn marah.

Rata2 orang akan tanyer aku bile nak kawen. asal jumpe je tanyer soklan yg sama. bukannya nak tanyer khabar tapi soal kawen. haha. kadang-kadang ada yang sampai tahap sindir2 lebih2 lg atok aku. atok aku memang macam tu. mybe sebab cucunya yang lain ramai da kawin muda kot, so akula yg menjadi mangsa sindirannya. nampak cam teruk je life aku ni. tapi aku tak amik hati pun. dia nak cakap ape pun kite kene hormat dia sbgai orang tua. dia memang nampak garang, tegas tp hati baik. kene tahan je la tinger. rileks je sebab diorang yang menanya ni xpaham ape sebabnya. xtau camne life aku. aku malas nak cite tapi aku sekadar balas dengan senyuman je. sampai masenye. nanti diorg akan tahu juga. bersangka baiklah - bak kata kawan aku, Cik Bib. Setiap sesuatu kejadian telah ditentukan oleh Allah. InsyaAllah, kalo sudah diizinkan Tuhan, akan tiba jua giliranku nanti. Amin.

Raya tahun ni aku rase mcm da kureng je. Mybe faktor usia kot. haha.. da tua. yelah, dulu bnyk dpt kad raya, skang dpt brp keping je. Aweks2 pun da ramai kawen. aku pun da xpos kad raye kat orang. banyak dapat ucapan melalui SMS. jadilah, janji ada kan.. kalo ada org bg ucapan pada kita tu tandanya dia masih appreciate and ingat pada kita. hehe. Duit pun banyak da abis guna sepanjang cuti raya. Yelah, semua bende aku support untuk family aku di kampung dari segi baju raya, duit raya, kuih raya, keperluan dapur, minyak kereta dan macam2 lagi. Biarlah diorang rasa senang sikit. Bagi aku harta & duit yang aku ada bukanlah semata-mata untukku tapi untuk keluargaku juga. Mybe memang sudah tersurat menjadi satu tanggungjawab sebagai anak sulung agaknya.

Cuti seminggu aku habiskan di Johor. Tak sempat aku nak beraya ke kampung kawan2 di negeri lain. Hajat nak ke Perak pun tak kesampaian. Huhu.. Tapi xperlah, kate orang raya kan sebulan. bile2 leh datang rumah beraya xpun tunggu jelah jemputan open house nanti. hehe..



Well, kita masih dalam bulan raya, so dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kawan2 dan kenalan di mana jua yang mengenali diri ini.. Maaf kalau ada tersilap kata atau terkecil hati, tergurau lebih. Semoga bergembira sepanjang Syawal ini dan diberkati Tuhan. Amin.. Jom kite layan lagu Siti ni. This is my No1 fav Raya song. Ooyeah.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin =)

Monday, August 15, 2011

Berakhirnya Sebuah PC

Pada 12 Ramadhan yang lalu, mimpi ngeri aku menjadi realiti. Setelah pulang dari solat terawih di surau, seperti biasa, aku cube lepakkan diri di meja komputer aku. Niat dalam hati nak main game Counter-Strike pastu nak online kejap. Tapi tibe-tibe aku rase pelik semacam. Apasal PC aku ni xnak on. Aku dah tekan suis on padahal tapi xmahu juga. Haii, degil plak. Aku dah tekan sampai 18 kali tapi mahu on juga. Ahh..sudah. Da rosak ke? Aku check2 kabel dia dan tukar ngan kabel lain. Tapi xberjaye gak. Memang sah problem PC aku ni. Huhu.. Cume aku pelik tetibe je jadi camni, padahal semalam kemain lagi boleh mcm biasa. Takde tunjuk tanda2 nak rosak. Cume kadang2 dia lambat masuk Windows dan hang tu biasela. Maybe aku tak dengar cakap kawan aku dulu, yang komputer aku tu dah lama, dah lapuk, sampai masa nanti dia akan rosak juga. Tapi sampai skang aku masih pakai lagi. Ternyata kata-kata kawan aku tu jadi kenyataan. Tak sangka kena pula time2 macam ni. Aku banyak lagi bende nak buat. Poster raya untuk kawan2 pun xsiap lagi. Masakk.. Aku cube baiki sendiri, buka & bersihkan semua komponen. Tapi semuanya sia-sia. Memang xboleh diselamatkan lagi.

Esoknya, aku bawak PC aku ke ofis. Aku mintak budak IT - Pidot tolong checkkan komputer aku apa masalahnya. Tak lama pas tu, dia bgtau yg Power Supply da terbakar tu pasal tak hidup. Then bile da ganti lain, nak masuk Windows lembab giler maybe sebab RAM ataupun HarDisks dah nak rosak. So, dia suggest alang-alang nak tukar, baik beli PC baru je. Huhu... Mybe betul kata dia, dah tiba masanya aku kene tuka komputer baru. Sudah 8 tahun aku pakai komputer ni sejak aku study kat UTM dulu. 8 tahun wooo... Lama gak tu. Banyak jasa dia kat aku. Tapi yelah, tiada apa yg kekal didunia ni. Nothing last forever bak kate omputih. So, mahu tak mahu, aku kene gak beli PC baru lepas raya ni. Segala design2 dan art untuk raya ni aku tangguhkan dulu sehingga waktu yg sesuai. Sementara ni aku online malam di CC. Apaleh buat.. So, nantikan PC baruku yang power lagi tip-top akan datang. wokehh. huhuu...

R-I-P PCku.. (2002-2011).

Wednesday, August 10, 2011

Cantiknya Kalau Bertudung

Pemakaian tudung merupakan satu tuntutan dalam agama Islam untuk kaum muslimah. Rambut wanita adalah aurat bagi lelaki yang bukan mahram jadi pemakaian tudung adalah dimestikan. Walaupun perkara basic ini sudah diajar dan ramai yang tahu, namun masih ramai wanita mengambil ringan dan memilih tidak mahu bertudung. Tapi, itu hak individu samaada mahu memakainya atau tidak. Saya tak mahu menimbulkan isu disini. Tuhan lebih mengetahui hati masing-masing. Namun begitu, bagaimana kalau artis wanita Melayu pujaan kita pula bertudung litup? Jika selalunya kita tengok diorang ni free style saja kat luar. Mereka sudah tentulah memiliki rupa yg cantik, menarik tp bila ditambah dengan gaya tudung mesti bertambah cantik. Sejuk pula mata memandang. Walaupun mereka pakai hanya untuk shooting drama atau majlis tertentu, kita ketepikan soal hipokrit dan pandang dari segi positif. Sempena Ramadhan al-Mubarak bulan baik ini, saya nak share carta 10 artis wanita pilihan bertudung yang bagi saya yang sangat ayu dan terbaek. Siapa paling comel? Check it out..


Ya, itulah antara 10 artis pilihan saya dan DCT no 1, paling comel sekali.. hehe. Nape? Bukan soal minat, tapi memang dah ternyata sempurna sangat kalau dia bertudung terus macam tu. Tak caye tanyer orang lain. Kan? Kan? Kann? Hehe.. Apa-apapun tak kisahlah bagaimana cara kita, yang pasti Tuhan tetap memandang amalan dan hati kita bukannya rupa (nobody perfect..). Kepada mereka yang bertudung tu (bukan tudung untuk fesyen okeh), teruskanlah.. Kamu telah memilih jalan yang betul. Semoga selamat dunia akhirat. InsyaAllah.. :)

P.A. :
Cantik luar, Cantik dalam, Cantik dengar sini, Kalau dah Cantik, berTudung mesti cantik lagi.. hehe..

Thursday, August 4, 2011

The First Avenger

Bulan pose camni macam malas plak nak post entry baru. Lagipun sepanjang bulan pose and raya ni nanti meme xdapat la tgk wayang. Cuti jap 2 bulan eheheh.. By the way, aku nak share skit pasal filem superhero Marvel terbaru - Captain America. Cite ni sempat aku tengok sblm masuk bulan pose lagi. Tapi baru nak post review skang pasal malas ekeke.. Sebut je Captain America sedah tentu ramai tahu tentang bagaimana rupa adiwira berjiwa patriotik ni. Walaupun kita kadang-kadang menyampah dengan negara Amerika, tapi untuk movie ni layan jela.. huhu.

Cerita ini berlatar belakangkan tahun 1941 yang mana ketika ini zaman Perang Dunia ke 2. Ia mengisahkan Steve Rogers, seorang lelaki kurus kering tetapi berjiwa kental. Oleh kerana tubuhnya yang kecil, dia selalu dibuli dan permohonannya untuk menyertai askar banyak ditolak. Tetapi Steve tak pernah mengalah. Kesungguhan Steve ini telah mendapat perhatian dari seorang doktor makmal yang bertugas untuk projek khas militari - Project: Rebirth. Steve ditawarkan menyertai askar dan menjadi subjek eksperimen sulit milik militari Amerika itu. Di makmal, dia dimasukkan kedalam sebuah bekas dan disuntik dengan sesuatu bahan. Eksperimen itu berjaya dan perubahan fizikal ketara kelihatan ditubuhnya. Dia sudah menjadi super-soldier yang gagah perkasa, tough, power dan kuat. (same la tu..).

Sebelum :(

Selepas :)

Sejak itu Steve digelar Captain America. Tapi malangnya doktor yang menguruskan projek itu mati terbunuh plak membuatkan pihak atasan militari bertukar fikiran. Mereka tak membenarkan Steve turun ke medan perang kerana masih meragui kebolehannya. Sebagai ganti, Steve hanya menjadi maskot karekter Captain America dan membuat persembahan pentas untuk menaikkan semangat patriotik rakyat Amerika. Populariti Captain Amerika tersebar luas dan menjadi pujaan ramai. Walaupun begitu, dalam hati Steve berasa sedih, sebab diperkotak-katikan oleh pihak atasan dan terasa macam pak lawak aje atas pentas. Tak guna dia ada badan gagah tapi jadi maskot je (badan ganas hati cute..). Sib baek dia ade awek yang juga seorang askar atasan sebagai tempat mengadu. (ganas gak awek dia ni..).

Kemudian tersebar berita tentang sepasukan tentera Nazi - The Red Skull yang diketuai oleh Johann Schmidt. Schmidt pun kuat macam Captain America tetapi wajahnya telah berubah jadi tengkorak merah (eeeuuww..). Pakatan jahat The Red Skull cuba menguasai bumi kerna Schmidt memiliki Tesseract - suatu kiub berkuasa menghapus apa saja dengan sekelip mata. Dengan rasa bersemangat, Steve menawarkan diri untuk menewaskan pakatan The Red Skull. Setelah bertarung hebat dalam sebuah jet terbang, Johann Schmidt berjaya ditewaskan tetapi malangnya jet yang dinaikki Captain America itu terhempas ke dasar lautan. Captain Amerika pengsan & hilang dari pandangan.

Steve terjaga dari pengsannya dan sungguh dia tak percaya dia sudah berada di zaman moden sekarang 2011. Dia dimaklumkan dia telah terpengsan dalam ais hampir 70 tahun lamanya! Kini hiduplah Captain Amerika di zaman modern dan menjadi superhero pertama yang join The Avengers.

Y2N Rating : **** (4 stars for ya captain..)

P.A : Tak sabar nak tengok The Avenger 2012. Hulk + Thor + Iron Man + Black Widow + Captain America. Vavavavavoomm...

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Datang Lagi..


Ramadhan Datang Lagi,

Setelah setahun kita menanti,
Setelah Syaaban berlalu pergi,
Bulan penuh berkah kini kembali,
kerinduan terubat kini,
Ambillah kesempatan ini,
Untuk beramal & berbakti,
Tanda syukur kita pada Ilahi.


Ramadhan Datang Lagi,
Jangan buat tak reti,
Apa yang perlu dibuat masa ini,
Pahala dicari Dosa dihindari,
Wajib berpuasa di siang hari,
Kurangkan makan lebihkan iman dihati,
Malam kita terawih, bertasbih & mengaji,
Qiamullail, Tahajjud jam 3 pagi,
Bersahurlah walaupun kurma sebiji.


Ramadhan Datang Lagi,
Banyak perubahan kita dapati,
Yang terbuka kini tertutup rapi,
Yang free hair kini bertudung seri,
Yang nakal kini mula berbudi,
Yang rockers kini nasyid kontemporari,
Sejadah mula dibentang & didekati,
Alhamdulillah harap terus begini,


Ramadhan Datang Lagi,
Tapi masih ada yang tak ambil peduli,
Puasa dilanggar solat apetah lagi,
Hati sudah keras bak keluli,
Teguran hanya dibalas caci,
Sayangnya mereka jadi begini,
Kerana mereka adalah orang yang rugi.


Ramadhan Datang Lagi,
Jangan sia-siakan bulan ini,
Selagi kita masih bernafas dimuka bumi,
Pergimu nanti akan ditangisi,
Bagi umat Islam yang benar merindui,
Syukur ya Allah ya Rabbi,
Semoga kita berjumpa Ramadhan ini lagi..

Selamat menjalani ibadah puasa.. =)

Nukilan : Nyzam Y2N - 04 Ramadhan 1432H -