Tuesday, June 21, 2011

Kuasa Cincin Hijau! - Green Lantern

Okeh, nampaknya tahun ini banyak betul filem adiwira yang diadaptasikan dari komik. Xper, aku sukaa..hehe. Kini, seorang lagi superhero serba hijau muncul di layar perak - Green Lantern. Superhero yang mempunyai kuasa cincin tak terbatas. Ceritanya bermula dengan hidup seorang pilot muda Tentera Udara Amerika - Hal Jordan yang tak keruan. Sungguhpun Hal sukakan cabaran tetapi dia mudah menjadi gentar & takut sejak peristiwa kemalangan ayahnya. Pada masa yang sama, sebuah kapal angkasa milik makhluk asing bernama Abin Sur dari luar galaksi telah terhempas ke bumi setelah dicederakan oleh makhluk asing yang kejam iaitu Parallax. Oleh kerana Abin Sur sudah nyawa2 ikan maka dia perlu mencari pengganti dirinya sebagai pengawal galaksi dan cincinnya telah memilih Hal. Hal pun tak menyangka bagaimana dia boleh terpilih dan Abin Sur mewarisi cincin azimat kepadanya untuk menjaga keamanan sejagat. Mahu tak mahu Hal terima amanat itu. Sejak itu, Hal cuba mempraktikkan kuasa cincin itu tetapi gagal. Kemudian, dia dibawa oleh cincin itu ke Planet Oa iaitu sebuah planet yang menjadi sumber kuasa cincin Green Lantern itu. Disitu dia mendapat sut costume hijau superheronya dan bertemu dengan pahlawan-pahlawan Green Lantern Corps yang lain. Hal mula mempelajari menguasai kuasa cincin miliknya dengan disitu. Namun ketua Green Lantern Corps tidak menyukai manusia menjadi pemegang cincin berkuasa itu kerana menganggap manusia makhluk yang lemah. Dia memandang rendah pada Hal. Tetapi, Hal berazam akan menunjukkan kesungguhannya menyelamatkan bumi dari sebarang ancaman.

Hector, seorang guru sains telah diupah untuk membuat bedah siasat keatas mayat Abin Sur yang disimpan di bawah unit rahsia kerajaan Amerika. Bagaimanapun malang buat Hector, kuasa jahat Parallax yang masih tersimpan dalam luka mayat Abin Sur telah meresap ke dalam dirinya. Kesan dari itu, Hector mendapat kelebihan luar biasa iaitu dapat mendengar kata hati orang dan mampu mengawal benda disekeliling dengan mindanya (Macam Prof X la plak). Namun kelebihan itu lama-kelamaan membuatkan fizikal Hector bertambah teruk dan terus menjadi villian. Green Lantern cuba menghalangnya tetapi kuasa minda Hector melebihinya. Selepas menewaskan Hector, Parallax menyerang bumi dan membunuh beratus manusia di sebuah bandar. Sudah menjadi tanggungjawab Green Lantern menyelamatkan bumi dari ancaman.

Green Lantern menggunakan kuasa cincinnya yang boleh mengwujudkan apa saja yang diimaginasi termasuklah kereta kebal & machine-gun. Setelah bertarung hebat, akhirnya Hal berjaya juga menewaskan Parralax dengan menghumbannya kedalam matahari. Parallax terbakar lalu mati. Keberanian yang ditunjukkan oleh Hal akhirnya terbukti dan dipuji oleh ketua Green Lantern Corps sendiri. Hal Jordan terus menjadi adiwira Green Lantern mewakili planet bumi dan bertanggungjawab menjaga keamanan dunia sepertimana superhero lain. Cite ni memang banyak benda tahyul & mengarut tapi syok gak kalo layan. Superhero la katekan. Hehe..

Info : Kenapa warna hijau? Sebab warna hijau melambangkan keazaman bagi mereka.

Y2N Rating : **** (4 stars kilauan warna hijau!)

P.A. : bestnya dapat cincin berkuasa macam ni. Apa saje kita imagine boleh kuar jadi mcm real. eh? baru aku perasan. xde cincin rupanya dijariku selama ni.. ekeke... =p

No comments:

Post a Comment