Azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu solat. Hari ini hari Jumaat maka ada khutbah di masjid yang perlu didengari. Ada orang dewasa yang tetido manakala budak2 nakal pula membuat bising. Situasi ini biasa di masjid bila masa Khutbah. Tetapi aku pula cuba mendengar sebaik-baiknya. Khutbah hari ini menyentuh mengenai betapa pentingnya ibadat yang paling penting dalam Islam iaitu Solat. Membuatkan hatiku terdetik untuk menulis sesuatu mengenainya nanti. Yelah dari aku asyik buat entry pasal filem & kisah hidup saje, ada baiknya juga aku buat entry mengenai agama. Maybe lepas ni setiap Jumaat aku nak masukkan entry mengenai topik agama yang disampaikan di Khutbah Jumaat. Ade gak manfaatnya. InsyaAllah la..
Baiklah, semua orang tahu, Solat itu tiang agama, tanpa solat, runtuhlah agama sesorang itu. Namun sedar atau tidak, kata2 peringatan ini bagaikan sudah tidak diendahkan lagi lebih2 lagi di generasi sekarang. Dimana orang sekarang sibuk dengan kerja seharian, hiburan dan alpa mengejar kesenangan dunia hingga solat diketepikan. Tak payah susah2 tengok orang, kite nilai kita sendiri dahulu. Adakah kita sudah cukup bagus sebagai seorang Islam? Kenapa mesti solat? Untuk apa solat? Itu yang perlu kita fahami. Solat atau sembahyang adalah satu-satunya ibadah yang menghubungkan kita dengan Tuhan. Malah ia terkandung dalam Rukun Islam yang kedua. Bermakna jika kita tinggalkannya, maka tak lengkaplah Islam kita. Solat juga memberi kesan positif kepada peribadi seseorang itu yang merangkumi pembentukan akhlak mulia, perpaduan sesama umat, memupuk jiwa yang bersih dan membawa keberkatan hidup. Malah dengan solat juga dapat mencegah diri dari perbuatan yang keji dan mungkar.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku" (Surah Thaha :14)
Solat melambangkan kita mengingati Allah Yang Maha Esa dan inilah cara kita bersyukur kepadaNya selain berdoa. Fikirkan, setelah Tuhan memberi segala kenikmatan dan kesenangan hidup didunia ini, tak mahukah kita sampaikan rasa syukur kepadaNya walaupun hanya sekejap saja? Hanya 5 waktu dalam sehari semalam bukannya setiap jam sepanjang hari. Tetapi itulah yang terjadi masa kini. Ramai yang memandang remeh, menganggap ibadat solat ini hanya membebankan dan merugikan masa. Astaugfirullah.. Janganlah kita tergolong dalam orang berfikiran begini. Ingat senang ke nak masuk Syurga yang abadi tu dan boleh elak siksaan di alam kubur kalau diri sendiri tak mahu berkorban sedikit masa untuk Tuhan?. Tepuk dada tanyalah iman di hati.
Allah berfirman yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepada mu nikmat yang melimpah ruah. Kerana itu, dirikanlah sembahyang dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu." (Surah Al-Kautsar :1 -2)
Itulah pentingnya solat yang kadang2 kita alpa tentangnya. Khutbah tadi dengan suara lantang tok imam betul2 menyentap hatiku. Kepala akan dihentakkan ke batu hingga hancur dan kemudian Allah elokkan semula dan dihentakkan lagi sehingga hancur begitulah berulang-ulang kali. Itulah hukuman bagi orang yang tak mahu solat di akhirat nanti. Huhu mintak jauh, ya Allah. Yelah, aku sedar aku sendiri pun masih tak betul solatnya. Kadang-kadang ada termiss juga. Tapi kawan2 opis tu pun ade yang selamber tak buat lansung, sembahyang Jumaat pun tak buat, apelagi solat 5 waktu. Bila ditanya 'Oii xsolat ke?.. dijawabnya "sy sembahyang online..". Apa pun tak boleh.. Hurm, adik aku pun ade jugak yg degil tak nak solat. Kalo aku balik kampung, dah kene sound ngan aku, baru nak buat. Inilah budak2 sekarang. Huhu.. Agaknya mereka masih tak faham pentingnya solat untuk diri sendiri. Sayang sekali. Semoga Allah bukakan hati mereka nanti. Oleh itu, saudara-saudari seIslam semua, jangan abaikan solat walau apa jua situasi yang berlaku pada kita. Waktu susah atau senang. Dimana saja. Tiada alasan. Lakukan saja demi kebaikan dunia akhirat. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dari apa yang kamu tidak ketahui. Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Sama-sama kita beringat. InsyaAllah..
P.A : suke dengar lagu nasyid 'Marilah Sembahyang - Al-Mizan'. ;)
No comments:
Post a Comment