Tuesday, July 19, 2011

Aku, Dia & Strawberi - Cameron Highlands 2011

Sebut pasal Strawberi tentu korang akan ingat Cameron Highlands kan? Memang dah sinonim agaknya. Korang pernah pergi Cameron? Pada yang dah pernah pegi tentu kate "alahh ape de Cameron.. aku dah pegi.." Sukatilah dah pegi ke tidak, janji aku da pegi hehe. Alhamdulillah, akhirnya impian aku nak puncak (puncak ke?) Cameron Highlands terlaksana. Memang boring asyik keje je kat opis ni sampai xde mase nak pegi mana2. Bile dapat peluang berjalan macam ni, so aku dengan gembirenye setuju saje. Bersama rakan-rakan sepejabatku di JJC & sahabat2 lama, kami ke Cameron Highlands dengan rasa happynya. Aku memang teruja skit pasal ini first time meeeh.. mane xjakun.. ekekek. Meh la aku kongsi skit pasal serba sedikit pengalaman disana.

16 Julai 2011 (Sabtu)
Pada mulanya aku sepatutnya gerak pagi naik ngan En Zaki tp aku rasa segan silu plak (mengade-ngade..) so aku decide naik ngan En Ajam je la. Kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 1. (Agak lewat disitu tapi janji sampai..) Mereka yang lain sudah pun berangkat pergi awal-awal pagi lagi. Aku tumpang kete En Ajam pasal aku xde kete mase ni, kete kat kampung plak. (tula sape soh tinggal, kalo x, leh bawak awek..ekeke). Selepas amik Dina - kawan En. Ajam di Giant Batu Caves, kami dan Adek Kuden-Linda terus bergerak naik highway menuju ke Tapah. Sesampai je kat Tapah, kami melalui jalan yang berbengkang-bengkok menuju ke destinasi. Setelah berjam-jam memandu, akhirnya kami sampai jua ke Cameron Highlands dalam pukul 4 petang. Then terus singgah dulu di pasar malam Brinchang sebagai tempat persinggahan pertama. Ramai orang mase ni dan aku rase kebanyakan mereka adalah pelancong juga macam kami. Aku rambang mata nak beli itu ini. Buah Strawberi, keychain, tshirt, fridge magnet, macam-macam ada la.. tapi En Ajam kate rilek dulu, esok ade lagi tempat best & murah katenyer. So aku tengok2 saja ape yg diorg jual. Makanan yang jarang dapat kita makan seperti Strawberi Coklat (fav Dato' Siti), Kincam Goreng, Jagung Manis (makan mentah2..sedap), Bebola Ubi Madu dan Brokoli Goreng menjadi santapan aku mase itu. Perut tengah kosong bedal ajelah ekekek..

Sesudah itu, kami pun pegi ke tempat penginapan kami iaitu Desa Anthurium, Tanah Rata. Disitu kami bertemu dengan rakan-rakan yang lain. Mereka da sampai lebih awal dah lepak2 kat apartment. Aku menginap satu apartment ngan geng-geng bujang iaitu Bobby Beiber, Pidot, Bro Amran & Pojie-kun. Mereka yang bawak keluarga dapat satu apartment. Well, boleh dikatakan udara disini nyaman & sejuk. Aku amik air semayang pun menggigil satu badan. huhu.. Then malamnya, kami ada acara makan2 BBQ (atau Barbeku..pasal cuaca sejuk) kat pekan Tanah Rata. Makan nasi goreng ngan ayam BBQ & sosej. Kena pulak dengan air teh perisa strawberry panas. Wah..kaw2 best. Kat situlah kami berkumpul dan dapat berjumpa dengan semua orang yang join trip kali ni. Ada yang bawak keluarga dan saudara masing2. Antaranya aku jumpa officemate lama, En. Azlan sekeluarga dan juga si Chikebumm bawa adiknya ,Sarra & Iera pun join sekali. (lama xjumpe..ekeke..) Sambil makan, kami sempat bergambar sebagai kenangan abadi dan bersembang bergosip2 sesama sendiri. Chewahh..

Dah habis makan, kami pulang kembali ke apartment untuk menikmati alam mimpi dalam kesejukan. Bilik apartment tu banyak dan luas tapi diorang ni nak tido luar sambil layan tv. Lantak lah. Aku plak tido kat bilik sesorang sambil peluk bantal berselubung satu badan (sambil bersms) pasal kesejukan. Tak payah ekon mahupun kipas. Memang tak perlu. Takdak nyamuks langsung. (Tak macam kat rumah aku tu, panas, nyamuk bersepah.) Manyak syoook ooo tidoo sini.. Kalo ade bini kan ... zzz...

17 Julai 2011 (Ahad)
Huarghhh... Selamat pagi Cameron!. Lepas solat Subuh, aku lepak jap kat balkoni sambil menghirup udara segar dan nyaman. Sejuknyee.. Sungguh tenang rasenyer. Hari ni banyak tempat menarik kene pergi sebelum pulang ke KL. Selepas bersiap, kami keluar secara konvoi yang diketuai oleh Adek Kuden sebagai Marshal. Ade 7 buah kereta semuanya. First kami pergi ke Ladang Strawberry. Disini strawberi boleh dipegang tapi xboleh dipetik. Kat situ ada gerai jual strawberi dan souvenir, so aku ambil kesempatan beli banyak2 strawberi untuk dibawa pulang. Kendian kami pergi pula ke Kea Farm. Memang sesak ramai orang. Kat situ lagi banyak barang souvenir boleh dibeli. Sayur-sayuran segar banyak. Aku beli tshirt & teh perisa strawberi je.

Dah habis borong kami ke Bharat Plantations. Ladang teh terbesar di Cameron Highlands.. Aku amat teruja melihat permandangannya sungguh segar & hijau. Sungguh indah ciptaan Tuhan. First time aku tengok dan dapat pegang. Kalo dapat tengok hari2 live macam ni kan best, segar je mata. (haa..apply la jd pekerja ladang teh. ekeke..) Apelagi, bergamba sakan la kitorang kat ladang teh ni. Masing dengan gaya dan posing tersendiri. Tengok sajalah gamba dibawah. Heheh..

Dah puas dok dalam ladang teh, kitorang pun gerak mahu pulang. Tapi dalam perjalanan pulang melalui jalan Tapah, kami singgah sebentar destinasi akhir di Lata Iskandar. Sebuah tempat menarik yang mempunyai air terjun yang cantik. Ramai orang mandi manda kekat sini. Sempat gak kami berposing gambar kat sini sebagai kenang-kenangan.

Selepas semua da ready, kami pun gerak semula untuk pulang. Aku sampai KL dalam kol 10 camtu pasal ikut En Ajam pegi hantar member dia kat Shah Alam. Sesampai je rumah, aku terus lepak kat bilik sambil tengok balik gambar dan video yang dirakam di Cameron td. Terus aku tertidur memandangkan esoknya kene kerja. Thankz to all frenz dan pihak penganjur yang menjalankan trip kali ni. Memang bestt broo.. Aku takkan lupakan pengalaman ini. Alangkah bestnya kalo dapat pegi selalu.. Hehe. InsyaAllah, aku bercadang nak bawak family aku kesini suatu hari nanti. (tengok budjet & mase la.. haha) Yoshh..

Picture Credit To : Firdausi, En. Azman AMG & En. Anuar Redknapp

P.A. : Next trip - LANGKAWIIII!!!!... pleaseee... :D

3 comments:

  1. best woh.jeles i....kehkeh.
    SMS sy kan malam tu.hau suwet.haha..gedikss!
    sori ngah chek in flight.xperasan.ekekeke..

    ReplyDelete
  2. ehem ...alololo...ada sms2 plak dahhhhh .... =P nyzam . thanks for the MMS and PUSH 2 TALK ...haw suwiiittt...aahaha.. nak jugak ..!!

    x per cik bib ....lain kali kiter gi... =P

    ReplyDelete
  3. cik bib - wlpn sms ku tak berbalas, tp daku percaya kamu ttp membacanya.. haw suwwiit.. wakakaka.. (gedik la plak)
    thanx for gift from sarawakian..
    next time pegi wokehh...:D

    chikebumm - alololo.. nak jugak ye? ok, nanti pasni aku send kat kamu sms, mms, voice mail, push 2 talk, bubble talk, instant messaging, video call, twitter, 3G, YM, GPRS, DSLR..bla..bla..bla.. haw suwwiit..
    hahaha.. xD

    ReplyDelete