Assalamualaikum & selamat sejahtera. Entry hari ini menyentuh mengenai album terbaru Dato' Siti Nurhaliza. Well, semua orang da tau yang Diva No 1 negara ini telah pun mengeluarkan album terbarunya. Taruhan pertamanya - Falling In Love telah direlease ke radio tempatan. dan mendapat sambutan baik. Album inggeris pertamanya ini - All Your Love telah pun dilancarkan di Starhill Gallery, Kuala Lumpur beberapa hari yg lepas. Aku telah diundang oleh seorang rakan yang selalu mengikuti perkembangan DCT. Aku bukanlah peminat fanatik DCT lagi tapi masih follow perkembangannya. Selagi terbuka peluang untuk aku ikuti, aku akan ikut mereka. Memandangkan ia dirasmikan berdekatan dengan Kg. Baru, jadi aku tidak melepaskan peluang untuk pergi melihatnya sendiri.
Setibanya disana, ramai peminat-peminat setia beliau telah pun sedia menunggu. Semuanya pakai baju ala-ala glamer. Setia menunggu sampai ade yang pengsan (Ape punya jantan) Huhu.. Pada mereka yang telah membeli produk SimplySiti sebelum ini, mereka dapat keistimewaan iaitu album All Your Love dengan percuma!. Woww.. Aku xdelah beli SimplySiti tapi kawan aku ni ade beli, so dia dapat CD lagu tu percuma. Memang bertuah la. Sementara menunggu DCT datang ke pentas lobi, kami sempat bergambar dengan beberapa selebriti tanahair yang turut hadir untuk meraikan majlis itu. Memang ramai artis yang datang. Antara selebriti yang dapat aku bergambar adalah Ana Raffali, Hazama, Halim Othman, Kak Rozie & Datuk K. Suami DCT itu sibuk melayan tetamu VIP dan kelihatan sudah berjambang. (pas ni panggil tok jambang plak bukan tok misai). Malangnya gambar aku ngan Datuk K xjadi pasal blur. So memang sah xde chemistry antara kami berdua. Pasal aku pun xdelah suke dia sgt pun. Hahahaa.. (jahat aku).
Setelah penat menunggu, akhirnya DCT muncul jua. Dengan baju serba merah dan topi besarnya, dia membuat gimik muncul dari level atas bangunan dan turun dengan lift. Sebelum DCT keluar pentas, persembahan tribute lagu2 popular DCT dinyanyikan oleh Shiela Hamzah & Azlan The Typewriter bagi menghiburkan tetamu yang datang. Azlan nyanyi lagu 'Biarlah Rahsia' versi vokalnya yang memang powerrr tu.. perghh. Selesai diorang nyanyi, DCT pun keluar dari belakang pentas dan menyanyikan 3 lagu dari album barunya. Overall, lagu-lagu barunya berentak dance pop & memang catchy. Sekali dengar macam nak menari la. Sesuai dengan pembaharuan yang dilakukan oleh DCT yang kini nampak lebih modern dan internationaly. Selesai menyanyi, beliau membuat sedikit ucapan penghargaan dan merasmikan pelancaran albumnya. Tepukan gemuruh dan sokongan diberikan dari semua yang datang. Diharap DCT akan berjaya dengan album barunya ini. Okeh good luck Tok Ti.. all the best.
Komen :
Overall, lagu-lagunya dah okay. Aku pun jadikan lagu Falling In Love sebagai ringtone hp aku. Memang sesuai dengan trend muzik sekarang. Cuma aku tak berkenan dengan design cover album. Design cover album ni aku rasa ini paling tak cantik dan tak best. Aku cakap pasal ni sebab aku pun designer. Jadi aku tau design tu ok ke x pada mata aku. Mybe designernya da buat banyak tapi konsep seni Pop Art menjadi pilihan DCT agaknya (ce-try google - pop art). Terpulanglah pada pendapat masing2. Ada yang tak kisah dan ada yang kata cantek. Yang penting isi dalamnya bagus dan berbaloi. Bak kata orang puteh - dont judge a book by it's cover. Orait..
Secondly, imej DCT kini dengan topi besarnya. Bukan nak kritik sangat tapi pandangan aku la macam xkena la. Macam topi Mr. Potato pun ada. Huhu.. Salah fesyen designer? Tentu ade sebabnya. Mybe sebab nak masuk ke pasaran luar negara & Eropah, dimasukkan sedikit pengaruh imej Micheal Jackson, Dick Tracey, Carmen Sandiego & Marilyn Monroe. Tapi xper, mybe ini pilihan DCT sendiri, asalkan dia selesa okaylah. So, kepada fans DCT, dapatkan album terbaru beliau - All Your Love di pasaran. Tak rugi punyaa.. wokeh, bai.
P.A. : Pada kawan yang mungkin ada yang terkecil hati atau bengang pasal entry ini, saya mintak maaf. Saya cuma nak share pandangan dan pengalaman saya. Kalau ada undangan atau aktiviti DCT lagi selepas ini, saya akan pastikan peminatnya yang lain juga tidak ketinggalan. Tq. =)
No comments:
Post a Comment