Thursday, October 27, 2011

Review Filem - REAL STEEL


Aii malasnya nak update blog. Asal online je trus layan fb sampai lupe update blog. hehe.. Real Steel.. Yeah, that is not the official poster for this movie. That's me. hehe.. Well, cite ni dah lama kat wayang dan tentu korang pun da tengok tapi aku tetap nak review jugak kat sini. Pasal cite ni best sesangat. Berbaloi-baloi kata orang..hehe.

Berbalik pada ceritanya. Selalunya kita tengok orang bertinju di rancangan sukan tv tapi bayangkan bagaimana pula robot pulak bertinju. Filem Real Steel menjadikannya seolah-olah suatu realiti. Dibintangi Hugh Jackman sebagai Charlie Kenton, bekas peninju yang mengalami masalah kewangan dan hidup tak menentu. Dia kehilangan karier sebagai peninju apabila dunia semakin maju dan era robot tinju mula menguasai gelanggang sukan berkenaan. Penonton mahu lebih kekerasan dan brutal sebagai hiburan. Oleh kerana hilang punca pendapatan, Charlie menjadi seorang penganjur pertandingan tinju kecil-kecilan dengan menggunakan robot yang dicantum daripada besi-besi terbuang untuk meraih wang.

Fikirannya semakin kusut apabila anaknya Max yang telah ditinggalkan sejak kecil kini muncul. Max mengikut Charlie kemana saja dan menemui robot bernama Atom di sebuah kawasan buangan. Pada mulanya Charlie tidak suka pada perangai anaknya, tetapi lama-kelamaan Charlie baru nampak kebijaksaan dan kesungguhannya. Atom dibersihkan dan dilatih menjadi robot peninju. Istimewanya Atom ini dia boleh meniru pergerakan manusia di hadapannya, tidak seperti robot peninju yang lain yang terlalu bergantung pada sistem.

Sikap yakin Max terhadap Atom membawa keuntungan. Atom berjaya mengalahkan robot peninju yang lain di beberapa arena tinju underground. Kejayaan demi kejayaan membuatkan nama Atom dikenali dan menjadi sebutan peminat sukan tinju ketika itu. Hinggalah Atom berjaya menempa nama di gelanggang Real Steel. Max dengan tidak teragak-agak telah mencabar Raja Robot Tinju - Zeus secara terbuka di gelanggang WRB. Zues dimiliki oleh seorang wanita kaya tetapi busuk hati.

Demi meralisasikan impian anaknya, Charlie telah mengajar Atom teknik2 tinju yang betul untuk menghadapi robot Zues yang lebih kuat dan besar. Pertarungan sengit antara Atom vs Zeus diadakan di gelanggang Real Steel. Baru loncengan pertama saja, Atom telah ditumbuk terus jatuh oleh Zeus. Memang terkejut semua orang. Ternyata Zeus lebih gagah dan pantas. Tetapi semangat juang Max dan Charlie tak pernah luntur dan Atom terus berjuang menghadapi musuhnya. Bertubi-tubi Atom dibelasah tetapi ia masih xmau mengaku kalah.

Berkat keyakinan yang kuat akhirnya Zeus dapat jua ditundukkan dengan tumbukan balas bertubi-tubi dari Atom. Tapi Atom menang ke? haaa.. kene tengok sendiri ape yang terjadi seterusnya.. hehe. Apa yang menarik mengenai filem ini adalah saat-saat emosi yang merapatkan kembali hubungan antara seorang bapa dan anaknya. Dari seorang ayah yang useless akhirnya berubah menjadi seorang yang bertanggungjawab demi kebaikan anaknya. Jadilah seorang yang bertannggungjawab dan jangan mengecewakan harapan orang tersayang. That's a good point from the great story.. =)

Y2N Rating - ***** (5 stars for Atom!)

P.A. : one of the best movie in 2011... yeah, thumbs up! abih je tgk movie ni aku berlatih tinju. apakah? hehe.. =P

Friday, October 21, 2011

Cinta Umpama Menunggu Bas

Awak tentu pernah naik bas kan? Kalo nak naik bas tentulah kene tunggu dia datang kan. Tipulah kalau kata tak pernah. Tahu tak, cinta juga sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Situasinya sama, xcaye cube bace. Bila ada bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain.

Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu da...n awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, “Emmm… tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.” Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak. Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadi, memang tak salah mengingini apa yang awak idamkan. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Jadi, jangan biarkan diri awak terus kecewa dan penat berlari mengejarnya. Gunakan masa yang awak ada dengan sebaiknya ya..

p/s : artikel ini diambil dari seorang rakan di Facebook. Sharing Is Caring.. =)

P.A. : saya ada pengalaman ditinggalkan 'bas'. walaupun 'bas' itu lah yang saya selama ini ditunggu.. dan saya masih menunggu..

Sunday, October 16, 2011

The Thing : Prequel

Aku peminat cerita sains fiksyen terutama berkaitan dengan alien. Bile melihat poster terbaru The Thing & trailernya beberapa bulan lepas, aku teringat pada filem ini yang aku tonton mase zaman sekolah dulu. Ia merupakan salah satu filem horror yang menjadi favorite aku dulu-dulu walaupun ia menakutkan, aku sanggup sewa video tapenya untuk ulang tayang. (Yelah dulu-dulu cd, dvd or internet lom ada. Very old school. hehe..). Oleh itu, aku tak melepaskan peluang untuk menonton filem terbarunya ini dan melihat sendiri apa ceritanya.

'The Thing' - 2011
kali ini merupakan filem prequel kepada filem yang sama pada tahun 1982. Ya, prequel bukan remake. Kalau anda ada tgk cerita The Thing yang lama lakonan Kurt Russell, anda wajib kene tengok prequelnya ini. Jalan ceritanya masih nampak sama, makhluk yg sama cume bezanya watak utama dan penghujung cerita. Watak utama kali ini adalah seorang aweks! Ya..that's good point.

In a place of nothing, they found someTHING!.. Ceritanya bermula dengan beberapa org Norwegians (orang tempatan Antartika kot) yang menemui sebuah spaceship dan sekor alien terbenam jauh dalam salji Antartika. Sekumpulan scientist dari Amerika termasuk seorang awek pakar palaeontologist - Kate Lloyd (serius.. muke sweet mcm Nur Fathia), telah dijemput datang untuk membantu mengkaji fenomena itu. Mereka telah berjaya mengeluarkan makhluk asing tersebut yang telah beku dalam ais dan cuba mengkajinya. Mereka yang terlibat dalam penemuan itu menganggap itu merupakan kejayaan terbesar dalam sejarah sains manusia.

Malang tak berbau, belum sempat mereka pulang, tanpa mereka sedari alien itu telah hidup kembali dan keluar melepaskan diri. Dengan penuh ketakutan, mereka mencari semula alien tu tetapi malangnya satu demi satu mereka dibunuh. Rupa bentuk alien ni sangatlah shit menakutkan macam hantu dan membunuh manusia sesuka hatinya. Apa yang menarik tentang alien ini adalah sifat fizikalnya yang tak tetap. Like a virus. Dah bunuh satu, yang lain plak keluar. Ia boleh merebak melalui darah, membunuh, menyerap tisu, meniru fizikal dan menyamar menjadi manusia hinggakan mereka tidak tahu itu salah seorang adalah alien! Dalam banyak2 cite alien, alien dalam ni la paling tak tercapai akal kita nak melihatnya. Mulut bertaring kuar kat perut, leher jadi panjang, tangan yang dah putus pun boleh kuar kaki cam ketam kejar orang! Such a goddamn alien from hell!

Banyak babak mengerikan dan mendebarkan sepanjang cerita. Kalau kasi budak2 tengok mesti ngigau terkecing-kencing malam. Sorang demi sorang mati dengan sadis sekali, tapi heroin kita, Kate Lloyd yang sweet lagi bijaksana berjaya survive dan menghapuskan semua alien itu satu persatu. Satu cara menghapuskan alien ini hanyalah dengan membakonya hingga hangus. Girl power huh? Tapi, betulkah semua alien tu da mati? Well, anda kenela tengok sampai habis.. Aku tak nak spoil. hehe..

Bagi aku, cerita ni okla best. Penuh debaran, xde la meleret-leret. Tapi rasenye filem yang pertama lagi ngeri kot. Lebih2 lagi babak kepala putus tu.. Euuww.. Nanti aku nak cari balik filem lama tu. So, kalo anda meminati cerita horror dan freaking aliens, saksikan di pawagam berdekatan. Remember, dont trust anyone around you. Beware! They are among us! Uuuuu... xp

Y2N Rating : 4 stars.

P.A. : ingat nak tengok balik la cerita X-Files, i love science fiction! I want to believe.. Dems..

Tuesday, October 11, 2011

Love Hurts!

Wahh tajuk nak hebat 'Love Hurts'. macam novel plak. kahkahkah.. tapi itulah yang aku nak citekan. Bukan pasal aku, tapi pasal orang lain. Tadi aku balik dari kerja, aku singgah jap kedai makan kat Kg Baru ni. Beli nasi bungkus dah la, orang bujang katekan. Jarak umah aku ngan kedai xlah jauh, so aku jalan kaki je la. Lagipun bagus exercise. Ketika aku lalu di lorong penjalan kaki dekat2 ngan stesen LRT tu, aku nampak sorang pompuan muda duduk tepi jalan sambil menangis. Mukanya ditunduk dan ditutupi dengan rambut. Berseluar jeans dan berkasut sebelah kaki. Salah satu kasutnya berada tidak jauh darinya. Aku terkujat la tetibe je ade kat situ. Orang lain ade lalu-lalu kat situ tapi buat2 xtau. So aku sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, aku cube menghampiri dan bertanya. "Kenapa ni cik? Are you okay?" Budak perempuan tu senyap je tapi terus menangis. Aku peratikan dia macam baru kene pukul atau kene tolak sampai jatuh. Tetibe je ade orang kat belakang tegur aku "Oi, jangan sibuk hal orang boleh tak?". Aku tergamam. Kemudian aku baru paham. Rupanya tu balak dia agaknya. Pompuan tu awek dia. Muka bengis semacam je mesti baru lepas gaduh ni. "Sori bro.. tak perasan" respon aku sambil undur diri perlahan-lahan. Baik aku blah kang aku plak kene pukul. Dak pompuan tu terus nangis. Aku melangkah pergi tinggalkan diorang tapi sambil2 tu aku menjeling-jeling gelagat diorang. Kepala budak pompuan tu ditolak-tolak selambe ngan balaknya. Pastu ditengkingnya tanpa peduli ade orang lain mase tu. Kalau aku ade superpower dah tentu mamat tu aku campak dia jauh2. Ah.. lantak koranglah. Tapi kesian gak pada budak perempuan tu. Walau apapun salahnya sekalipun, tak patut la dia buat macam tu. Kene tibai time tu jugak tanpa peduli org lain. Nilah budak2 muda sekarang. Kalo dah kahwin nanti, macam mane la korang. Baru berkapel dah bertumbuk, esok-esok tungang langgang rumahtangga. Ya, lelaki lebih kuat dan berkuasa, tapi tak patut dia buli macam tu. Dayus la bro.. Perempuan kan kaum yg lemah dan sepatutnya dilindungi. Ewah.. jadi pembela wanita plak aku. hehe.. So, hentikan pembulian, sayangi orang yang tersayang. Dah ade orang sayang tu dah cukup baguslah. Jaga lah elok2. Kalau ada masalah tu bawakla bincang baik2. Jangan sampai pukul-pukul. Tapi..kalo dah tak suka tu, wat pe simpan. Bagi jela kat org lain ye tak. Renung-renungkan. huhu.. ok bai.

P.A.: "aku memang pencinta wanita.. namun ku bukan buaya, yang mencintai seribu gadis.. ku hanya mencintai dia... hanya dia.. " hey, aku nyanyi je la. khikhikhi.. =p

Sunday, October 9, 2011

Thank You, Steve Jobs

6 Oktober lalu dunia telah dikejutkan dengan perginya seorang manusia yang mempunyai idealogi kreatif dalam dunia teknologi iaitu Steve Jobs. Siapa dia ni? Penting sangatkah? Steve merupakan pengasas syarikat Apple dimana telah banyak menghasilkan pelbagai produk ternama seperti iPod, iPhone, iPad, iMac dan pelbagai lagi. Semua ini adalah idea lahir dari otak geniusnya. Tanpa beliau, xdelah semua bende ni. Teknologinya telah digunapakai oleh seluruh pelusuk dunia terutama mereka yang berkecimpung dalam bidang IT dan Grafik. Aku pun menggunakan iMac di office untuk kerja grafik. Sebab komputer Apple iMac ni jauh berbeza dengan PC biasa. Ia lebih cepat, tidak diserang virus, tidak mudah 'hang' & mesra pengguna. Steve menderita sakit kanser pankreas dan telah bertahan sejak 7 tahun lalu. Lama gak dia lawan penyakit tu. Namun, akhirnya Steve akur menemui ajalnya. Pemergiannya tetap dikenang oleh pengguna Apple dan selagi masih digunapakai didunia ini, segala jasanya akan terus diingati.

Thank You, Steve Jobs.
R.I.P.

P.A. : baru berangan-angan nak beli iPhone, dah mati pengasasnya. Hmm.. i'm looking at Samsung Galaxy Ace. toinkk... =p

Sunday, October 2, 2011

Jom Makan Shushi!

Ohayoo, mina-san.. O genkidesu ka? pernah makan shushi? arini sy nak sentuh pasal makanan tradisi masyarakat Jepun iaitu Shushi. Asyik telan makanan Amerika saja (MacDonald, KFC & etc.. erkk, da muak) apa kate kite try sekali sekala makanan negara lain pula. Janji ianya Halal. Shushi adalah segumpal nasi yang dibalut dengan daun rumpai laut then ditambah dengan bahan makanan lain seperti ikan, telur, daging dan sebagainya. Well, sabtu lepas aku meluangkan masa bersama sorang kawan untuk try makan shushi di Restoran Shushi King, Mid Valley. Kawan aku ni da biase sangat makan shushi, kire da expert la, so aku suruh dia suggest makanan yg best untuk dimakan. Yelah, first time la katekan. (jakun la plak) hehe..

Pengunjung boleh memilih shushi yang diletakkan diatas rak yang bergerak secara berpusing. Setiap shushi ade harganya tersediri mengikut warna piring. Kami ambil dalam 5 pinggan shushi dan 2 plate meal ikan salmon (aku dah xingat nama jepunnya). Mula2 memang teragak-agak nak makan, takut tak termakan. Ada yang mentah tapi xlah mentah giler2. tapi bile dah try, hmm.. sedap rupanya. Habis licinn.. haha.

So, pada yang tak pernah try lagi tu, cubelah. Kalo suke org Jepun atau anime, tak syokla kalo korang xtry makanan diorg plak. Mane tau tekak anda menerima sebaiknya makanan ini. Lagipun ianya fresh, berkhasiat dan banyak protien. Hmm.. Yang pasti, saya nak kesana lagi nanti. Hehe. Ok, setakat ini saja entry saya kali ini. Arigato Gozaimasu.. Jumpe lagi ^_^

P.A. : Terima kasih tak terhingga kepada kawan saya tu kerana merealisasikan keinginan saya makan shushi. ehehe.. Dah boleh jadi orang Jepun pas ni. Next time makan lagi.. Arigatooo.. =)