Sunday, October 9, 2011

Thank You, Steve Jobs

6 Oktober lalu dunia telah dikejutkan dengan perginya seorang manusia yang mempunyai idealogi kreatif dalam dunia teknologi iaitu Steve Jobs. Siapa dia ni? Penting sangatkah? Steve merupakan pengasas syarikat Apple dimana telah banyak menghasilkan pelbagai produk ternama seperti iPod, iPhone, iPad, iMac dan pelbagai lagi. Semua ini adalah idea lahir dari otak geniusnya. Tanpa beliau, xdelah semua bende ni. Teknologinya telah digunapakai oleh seluruh pelusuk dunia terutama mereka yang berkecimpung dalam bidang IT dan Grafik. Aku pun menggunakan iMac di office untuk kerja grafik. Sebab komputer Apple iMac ni jauh berbeza dengan PC biasa. Ia lebih cepat, tidak diserang virus, tidak mudah 'hang' & mesra pengguna. Steve menderita sakit kanser pankreas dan telah bertahan sejak 7 tahun lalu. Lama gak dia lawan penyakit tu. Namun, akhirnya Steve akur menemui ajalnya. Pemergiannya tetap dikenang oleh pengguna Apple dan selagi masih digunapakai didunia ini, segala jasanya akan terus diingati.

Thank You, Steve Jobs.
R.I.P.

P.A. : baru berangan-angan nak beli iPhone, dah mati pengasasnya. Hmm.. i'm looking at Samsung Galaxy Ace. toinkk... =p

No comments:

Post a Comment