Monday, January 30, 2012

AJL26 - Awan Nano Juara!

Malam 29 Januari 2012 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh peminat2 muzik tanah air. Mana tidaknya ia merupakan malam Anugerah Juara Lagu ke -26 (AJL26) yang berlansung di Stadium Bukit Jalil. Rata2 rakyat Malaysia (agaknya la) sedang menonton AJL26 dikaca tv atau dengar di radio. Menariknya AJL ini tiap2 tahun mesti ada tema. Tahun ini tema air pula. Aku memang puji krew2 TV3 dalam kendalikan event besar macam ni. It's not a easy job as we think. Dari segi promosi, iklan, stage dan konsep semuanya terbaek. Tahun lepas aku tgk live kat stadium tapi tahun ni aku tgk kat tv jela dgn family. Ok, seperti biasa 12 lagu terpilih akan berentap di final ini untuk menentukan lagu siapakah yang layak dinobatkan sebagai Juara seterusnya. Tentu korang pun tengok kan. Kalau terlepas tengok tu cube cari2 kat YouTube.

Lagu yang ditandingkan adalah Wanita Seluruh Dunia (Project Pistol), Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sedetik Lebih (Jac), Kisah Hati (Alyah), Sungai Lui (Aizat), Penakut / Gadis Semasa (Yuna), Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hasan, Ana Raffali, Altimet), Awan Nano (Hafiz), Karma (Faizal Tahir), Cinta Muka Buku (Najwa Latif) & Beribu Sesalan (3 Suara). Kebanyakan lagu yang bertanding kali ini adalah sangat popular dan sering dimainkan di radio membuatkan kita pening nak meramalkan siapa bakal juara.

Dan pemenangnya adalah ... (drum roll)

Sememangnya lagu Kisah Hati ini mempunyai impak dan pesona tersendiri. Sampai anak2 buah aku pun hafal lagu ni. Dasyatt.. Lagunya berkisahkan cinta dan harapan ini berjaya direalisasikan dengan baik sekali oleh Alyah pada AJL kali ini. Dengan gimik ala Barby doll dan gaya seorang puteri kemudian disusuli dengan kehadiran putera Remy Ishak dipenghujung begitu dramatik memukau penonton. Aku rase lagu inilah yang paling banyak dapat tepukan gemuruh. Walaupun tak berjaya menjadi Top 3 tapi sekurang2nya Alyah tidak pulang dengan tangan kosong. Sungguh berbaloi. Tahniah Alyah!

Anugerah Vokal Terbaik. Korang teka agak2 siapa menang mase tu? Ramai, termasuk aku jangkakan Jaclyn Victor atau paduan 3 Suara kerana semua dah tahu kekuatan vokal mereka camne. Kita terlepas pandang yang vokal suara lelaki milik Hafiz juga power dan tinggi. Pilihan juri memang tepat. Tidak dinafikan Hafiz layak menang kategori ini sekali lagi. Dia dapat membawa lagu Awan Nano nada tinggi rendah dengan baik sekali. Tahniah Hafiz memenangi kategori ini buat kali ke-2.

Tempat Ketiga jatuh kepada lagu Karma nyanyian Faizal Tahir. My favorite song. Ha, tengok tu FT pi sepak air tandanya dia bengang tak dapat jadi juara. Haha.. ok joke je. FT kalu buat persembahan kat AJL mesti ada gimik gempaq. Itu yang orang dok tunggu2. Ada rumors mengatakan DCT akan muncul ketika lagu ini tetapi ia silap. Kalau dulu FT gunting rambut, Hanyut tenggelam dalam air skang dia pi bakar piano ditengah2 pentas plak. Watak jahat serba merah bersesuaian dengan lagunya yang penuh amarah. Haha.. Power lagu ni. Okla tu Bro FT dpt no 3. Dari tak menang langsung apa2, lagi sedey beb. Dengar cite FT mahu berehat dari sebarang penyertaan Anugerah tahun depan. So AJL27 tiadalah kelibat FT. Huhu.. Apa2pun, tahniah Bro FT! Keep Rock n Roll!

Memang ramai orang jangkakan lagu ini bakal mejadi Top 3. Memang tak menyesallah. Paduan 3 Suara yang unik & power - Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor ternyata membuahkan hasil. Jac sebelum itu sudah menyampaikan lagu Sedetik Lebih, Ning Baizura sudah lama tidak muncul di AJL manakala Shila pula ini kali pertama. Lagu Beribu Sesalan berjaya meraih tempat ke 2 AJL26 berdasarkan kekuatan lagu dan kehebatan vokal penyanyi2nya. Tahniah kepada mereka bertiga.

Dan akhir sekali, saat yang ditunggu-tunggu adalah pengumuman juara. Juara AJL 26 jatuh kepada lagu Awan Nano - Hafiz. Lagu ciptaan Sifu M. Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat ini berjaya memikat perhatian juri2 dan penonton. Ternyata ia hebat dari segi susunan lagu dan keindahan melodinya serta liriknya yang begitu puitis. Awan Nano merupakan lagu berkisahkan kasih sayang antara anak dan ibubapa dan jika anda betul2 mendalami liriknya tentu anda rasa tersentuh. Begitu juga dengan persembahan Hafiz. Walaupun hanya berpakaian simple dan berkaki ayam (sama seperti dalam video klip). Hafiz begitu menjiwai lagu ini hingga menangis di pentas AJL26. Kemunculan Herman Tino selaku bapaknya juga turut memberi impak kepada kejayaan lagu ini. Tahniah Hafiz! Hidup rambut kerinting! =P



Mana yang tak berjaya tu, jangan patah semangat. Terutamanya Yuna sebab kedua-dua lagu topnya tidak berjaya di AJL26. Aku tau dia rileks je tapi kalo aku jadi dia tentu rasa keciwa gak woo.. Hope mereka semua terus berjuang dalam bidang seni dan memartabatkan muzik tempatan.
Ok, jumpe di AJL27 pula tahun depan...

P. A. : Ingin bela rambut panjang macam FT. Boleh tak? hehe ^^~

Wednesday, January 25, 2012

25012012 - Salam 30an

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Syukur Alhamdulillah. Harini 25 Januari merupakan birthday aku yang ke 30 tahun. Yup 30 tahun suda. yee tua suda. xyah cakap. haha.. Masuk saja detik 12 tengah malam permulaan 25 Januari td, aku terus sujud, berdoa dan menangis pada Allah. Tak tahulah rasa sedih sangat. Airmata ini keluar sendiri tanpa disuruh. Sebak rasanya. Sudah 30 tahun hidup terasa diri masih banyak kekurangan. Allahu Akhbar. Dialah yang memberi kita nyawa sampai ke umur ini, Dialah yang memanjangkan usia kita ke hari ini dan hanya pada Dialah tempat kita bergantung.

Selamat Tinggal Usia 20-an ;(
Hidup hanya sekali. Remaja hanya sekali. Muda pun sekali. Semua orang akan melaluinya (melainkan yang mati muda xsempat nak tua). Mengimbas kembali sepanjang usia 30 tahun sebelum ini tentu da banyak buat salah dan dosa. Allah tahu segala-galanya apa yang telah kita buat. Dulu banyak enjoy je.. Kini, usia 20-an telah meninggalkan aku dan ia takkan kembali. Terasa masa begitu pantas berlalu sedangkan banyak lagi aku tak dapat kecapi. Walaupun begitu, hidup mesti diteruskan dan perjuangan belum selesai. Selagi nyawa dikandung badan, selagi boleh bernafas, selagi itulah kita masih ada harapan. Semuanya bergantung pada usaha. InsyaAllah.

Selamat Datang Ke Alam 30! ;)
Suka atau tidak, you're 30's man! Face it! Umur dah 30 ni kire dah tahap dewasa, dah matang. Tak boleh lg bersifat kebudak-budakan (sekali sekala xperla) dan kene selalu berfikiran positif waktu susah dan senang. Aku harap aku boleh menjadi seorang yang lebih bersifat terbuka, cool, lebih bertanggungjawab dan menjadi contoh yang baik kepada orang2 yang lebih muda. Nak kurangkan emo skit. Walaupun aku ni taklah baik sangat tp sekurang-kurang ada juga perkara yang baik boleh dijadikan contoh. I'm not a perfect guy okeh.. but I want everybody happy be with me. That's all.. ^^~

Doa dan Harapan ^_^
Overall orang yang wish akan mendoakan 'jodoh' aku. Itu doa wajib bagi mereka. Aku pun sendirik tak pasti bile aku akan berkahwin. Wanita2 yang aku suke dulu semua dah berpunya. haha.. Demms. Perempuan skrg banyak tengok harta. That's fact! Tu sebab aku rileks dulu diam2. Tapi InsyaAllah aku akan kahwin gak cuma masanya saja belum sampai. Jodoh lambat kata orang haha. Xperla jadi bujang terlajak jap. Sape xnak kahwen kan? Rugi je.. Haha.

Well.. dikesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kenalan dan kawan2 yang telah wish my birthday yang xseberapa ni. Yang sms, call, yang wish kat twitter dan FB dan juga melalui YM. Seperti yang dijanjikan dulu, aku nak blanje semua kawan2 baik aku tetapi secara berperingkat2 la. Aku akan sambut bersama keluarga / saudara-mara dulu kat kampung then baru kawan2 kat KL. InsyaAllah semua akan terlaksana nanti. Semoga apa yang mereka doakan (yang baik2 aje okeh) untuk aku akan dimakbulkan oleh Tuhan. Allah knows what's best for me. Aminn.. Tq so much guys, Tq for appreciating me.. Welcome to my 30's life =)

Salam 30an :
...............................................
Zam Spyder / Nyzam Y2N
25 Januari 2012

Sunday, January 22, 2012

Majlis PotLuck Birthday DCT

Jumaat yang lepas aku telah menghadiri Majlis Potluck Sambutan Birthday DCT di Restoran Sang Dewi. Kat mane tu? haa..kat Giant Taman Connaught, Cheras. FYI, Restoran Sang Dewi dimiliki oleh kakak ipar DCT yang glamer tu iaitu Kak Rozi Abdul Razak. Apa itu Potluck? aku pun mula2 first time dengar xtau gak maknanya then try google. Potluck tu maknanya tetamu yang hadir kene bawa makanan sekali untuk dikongsi bersama. Kire sharing is caring la. So kalo ramai tetamu yg hadir, maka bnyaklah makanannya. Okay lupakan pasal tu, aku nak cite pasal majlis ni.

Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk meraikan hari jadi Dato' Siti yang ke 33 tahun bersama SitiZoners. Yee..peminat DCT ni nak sangat meraikan gak hari jadi penyayi kesayangan mereka. So DCT menunaikannya. Secara tidak lansung aku pun diinvite sekali la pasal ramai SitiZoner kenal aku. Balik keje tu aku terus merempit meredah jem, hujan dan juga sesat. haha..demn it. leh sesat plak. Aku sampai pun da lambat gak dalam kol 9.30 (majlis start kol 8 malam) dan buat muke slamber je masuk majlis tu amik makanan. Rasanya aku sorang je pakai baju melayu time tu yang lain semua style glamer munge2. haha.. Lantaklah. Janji aku datang.

Sambil makan, dapat gak berjumpe kawan2 lama dan baru. Yang baru nak kenal pun ada. Tapi aku low profile skit malam tu, sekadar memerhati. Paling meriah acara Kotak Beracun, so yang kene pilih kene denda. Dan akhirnya DCT terpilih dalam game Kotak Beracun dan didenda menyanyi lagu Bukan Cinta Biasa versi dangdut. Bergelek la diorg. Majlis dimeriahkan lagi dengan nyanyi lagu 'Move Like Jagger' dan 'On The Floor' yang dinyanyikan DCT bersama SitiZoners. Memang sporting budak2 ni. Serius happening giler.. da macam party. Aku pun terikut menari padahal pakai baju melayu haha.

Acara diakhiri dengan memotong kek yang telah dibawa khas oleh SitiZoners. Macam-macam design sehinggakan bentuk handbag pun ada. Kreatif. Selesai sesi bergambar, DCT pun balik. Yelah, kang balik lewat2 laki dia plak bising. haha.. LOL. Majlis da tamat tapi makanan masih banyak. Kami pun tapau bawa balik. Aku xsempat nak bergamba ngan DCT (pasal ramai sangat tunggu giliran) tp xper aku da hadirkan diri da tunjukkan muka kire okla. Kire aku tunjuk gak la aku masih support ekeke.. Okaylah, sebagai penutup, korang layan la video yang dirakam dimajlis tu. Yang penting kita..enjoyyy.. Adios..~



* Sumber Photo : Credit To Kak Rozi. Sori kak, saya xbawak kamera =D *

P.A. : xde baju munge2.. hati bermunge2 ade la.. kuikui..

Saturday, January 14, 2012

Member Pengsan!

Semalam member aku pengsan time semayang Jumaat. Korang yang satu opis ngan aku tau la sape dia. Tak yah la sebut nama dia. Okay gamba atas tu hiasan je. Merasakan perkara ini sesuatu yang jarang berlaku didepan mata aku, so aku tergerak nak tulis kat blog. Citenye begini. Hari Jumaat biasela kaum muslimin kene sembahyang Jumaat. Mereka yang xmo solat tu lantaklah korang jawab kat kubur. Kami solat kat Masjid yang berdekatan ngan opis. Mase khutbah dibacakan aku rase ngantuk sangat. Entah bape kali aku nguap dan gosok mata. Setan kaco kot. Astaugfirullahalazim.. Then sampai waktu nak solat Jumaat, mane saf2 yang kosong akan diisi. Orang belakang anjak kedepan. Member aku plak isi saf sebelah aku. So kami bersebelahan. Tengah solat time imam baca surah rakaat pertama, aku dengar member aku tadi bernafas agak kuat. Macam orang sesak nafas. Tapi aku abaikan je. Memandangkan aku masih ngantuk time tu so aku pejamkan mata dan try fokus pada bacaan imam.

Tiba-tiba aku terdengar bunyik benda terjatuh dan aku bukak mata tengok2 member aku tu da pengsan. Terbaring tak sedarkan diri ditengah2 saf. Aku amat terkejut dan panik. Aku rase orang lain yang dekat2 situ pun begitu. Tapi memandangkan masih dalam solat, aku cuba cool down. Padahal aku tengah panik ni nak buat apa. Perlu ke aku batalkan solat aku dan tolong dia? Atau teruskan sembahyang? Tapi dia kawan aku.. Argh.. aku da jadi tak khusyuk. Serba salah jadinya. Sib baek ada brader hati mulia dari saf belakang angkat dia dan bawak dia keluar dari saf. Sian brader tu xjadi sembahyang. Tapi dah darurat kan?. Selesai solat, aku cepat2 dapatkan dia. Dia sedang rehat di tepi masjid dan dijaga oleh brader tadi. Aku ucapkan terima kasih pada dia dan papah member aku tu terus balik opis. Tangan dia menggigil. Sejuk dan pucat. Aku tanyer dia kenapa jadi macam ni. Ada penyakit ke? Dia sendiri pun tak tahu. Ini first time. Dia cakap tadi kaki dia tetibe krem dan susah nak bernafas. Tetibe je pitam. Sampai opis, member2 lain datang tolong dan hantar dia ke klinik.

Walaupun aku dah tolong papah dia sampai opis, tapi aku rase bersalah gak kadang2 sebab tak tolong angkat dia awal2. Macam aku ni pentingkan diri sendiri. Maafkan aku kawan. Macam mana kalo aku yang kene? huhu.. Yelah bende tetibe berlaku, dalam sembahyang plak tu. Maafkan aku Ya Allah, aku masih banyak kekurangan. Mujurlah dia tak apa2. Hanya pengsan sekejap saje.

Moral of the story :
1) jangan teragak2 bile nak tolong orang, korbankan sikit diri kita asalkan dapat selamatkan nyawa.
2) jaga kesihatan dan pemakanan korang. Gemok sangat xleh, kurus sangat pun xbleh. Sedang2 je.
3) jangan terlalu dedahkan diri pada air-cond.

P.A. : Sebab tu aku sentiasa pakai sweeter kat opis. Aku tak tahan sejuk. Januarian mudah kene selsema you know? =,= huhu..

Wednesday, January 11, 2012

11012012 - Happy Birthday DCT!

Jika anda peminat Dato' Siti Nurhaliza, sudah tentu tarikh hari ini merupakan tarikh yang anda selalu tunggu dan tak akan lupakan. Hari ini 11 Januari 2012 merupakan tarikh keramat hari lahir DCT yang ke 33 tahun. Tak perlulah saya bercerita panjang sebab sudah tentu ramai sudah mengenali dia. Ketika entry ini ditaip, DCT dan suaminya kini sedang berbahagia bercuti di Burj Khalifa, Dubai. (ingat x babak cerita Mission Impossible 4?). Mereka sekeluarga menyambut hari lahir DCT disana. Kelass gitu.. Malam ini juga tadi telah dipaparkan rancangan khas Biografi DCT di Astro 555 History Channel buat tatapan penonton dan peminat yang menyokong DCT selama ini. Nasib baik saya sempat tengok. Tahun 2011 adalah tahun best bagi saya sebab kenangan manis saya dapat bertemu DCT secara live face to face dengan lebih dekat. DCT pun da kenal saya sikit2. Ye ke? Alhamdullillah..

Dan sebagai peminat beliau, (walaupun pernah benci dia seketika dulu..hehe) saya mengucapkan Selamat Hari Jadi buat Kak Siti Nurhaliza yang 33 tahun. Semoga panjang umur, bertambah tambah rezekinya, menjadi hamba Allah yang solehah dan semoga dikurniakan cahaya mata suatu nanti. Aminnn... Setiap tahun saya akan menghasilkan sesuatu karya untuknya. Memang saje2 buat. Untuk tahun ini gambarnya ada dibawah. Selagi sy masih terdaya, sy akan terus menghasilkan karya seni sebagai tanda penghargaan dan dedikasi khas untuknya. Ada rezeki, kita jumpa lagi. InsyaAllah..

'Datang berlindung waktu susah dan senang, Tumpang berlindung waktu susah dan senang'

P.A. : Siti..Siti..Siti... hidup aku xleh lari dari Siti. nampaknya blog aku ni banyak cerita pasal dia. maklumlah dia saje artis yg aku follow dari dulu sampai skrang. hehe.. =D

Wednesday, January 4, 2012

Dari Kota Tinggi Ke Kuala Lumpur 2011/12

Cuti tahun baru ni aku abiskan masa bersama keluarga. Aku start cuti pada 29 Disember 2011 hinggalah pada 3 Januari 2012. Sebelum cuti aku da kene demam panas yang agak teruk. Hinggakan doktor suruh check darah takut kene denggi. Bile dah check, doktor kate darah aku ok. Mase kat kampung plak demam aku bertambah teruk. Tapi alhamdulillah dengan izin Tuhan berkat tangan mak agaknya, dalam sehari je aku berubat demam aku terus hilang. Amazing! So, memandangkan aku da kembali sihat (walau tak 100%) aku bercadang nak bawak family aku jalan-jalan ke KL.

Esoknya 30hb Disember, kami pun gerak ke KL dari Kota Tinggi, Johor. Bapak aku drive pasal tangan aku masih kebas nak pegang stereng. Sampai di KL jam 8 malam dan terus menginap di hotel berdekatan dengan Kg. Baru. Keesokan harinya barulah aktiviti kami berjalan-jalan sekitar KL bermula. Memula aku bawak diorang tengok sekitar bandaraya KL melihat bangunan-bangunan yang famous. Destinasi pertama kami adalah Zoo Negara. Aku pun first time masuk zoo ni. haha.. Banyak pengalaman best kat situ seperti bagi makan gajah, pegang ular sawa & aksi anak orang utan menari. Kemudian, aku bawak diorang lepak kat KLCC. Lepak kat taman yang mengadap tasik.

Then naik LRT turun di Masjid Jamek dan pergi Dataran Merdeka. Masa ni tengah sibuk dengan persiapan countdown tahun baru 2012 disini. Kami dapat bergambar dengan artis - Shaheizy Sam, Adira AF & Yana. Adik aku la paling teruja sekali. Yelah jumpe artis kan. Macam aku ni da biase sangat. hehe.. Lepas tu, malamnya diorang menginap dirumah bujang aku. Sib baek member housemate aku xkisah. Tepat kol 12 malam, KL menjadi riuh rendah dengan letupan bunga api sempena tahun Baru 2012. Kami semua tengok melalui beranda rumah aku. Bunga Api di KLCC jelas kelihatan dari sini. Suke diorang dapat tengok bunga api secara live yang sebelum ni tengok bunga api tahun baru kat tv je. Pagi esoknya, kami pun bergerak ke Johor dan mengucapkan selamat tinggal pada Kuala Lumpur.

Syukur Alhamdulillah, dapat jugak aku tunaikan hasrat diorang nak berjalan-jalan di KL cuti sekolah ni walaupun aku xberapa sihat ketika itu. Walaupun hanya sehari itu sudah berbaloi. Aku tau banyak lagi tempat menarik lagi kat KL ni tapi xcukup masa. InsyaAllah, next time aku akan bawa diorang jalan-jalan lagi maybe ketempat yang lain dan lebih best pula. Biar berhabis duit untuk kesenangan keluarga dari berhabis duit untuk sendiri tapi tak tau kemana perginya. Ye tak? Amin.. SELAMAT TAHUN BARU 2012 BUAT SEMUA! =)

P.A. : Langkawi anyone..? hehe.. =P