Monday, March 19, 2012

John Carter - Wira Bumi di Marikh

Filem John Carter menjadi salah satu filem mesti tonton untuk tahun ini. Ia bukanlah cerita superhero atau ala-Indiana Jones tapi merupakan kisah pengembaraan seorang manusia veteran askar ke Planet Marikh. Eh, camne leh sampai pegi Marikh tu? haa gini citernyee.. Selepas kematian anak dan isterinya, John Carter membawa diri dan meluangkan masa hidupnya mencari emas di gua. Satu ketika beliau dikejar oleh puak Red Indian dan menyorok di sebuah gua. Secara kebetulan, gua rahsia itu merupakan pintu masuk ruang angkasa yang digunakan oleh makhluk asing tahap dewa bergelar Thern. Tanpa sengaja, John telah ditarik masuk ke ruang itu dan dihantar ke Marikh.

Bermulalah babak lucu ketika John cuba membiasakan diri di planet itu. Marikh mempunyai daya graviti yang rendah maka John mampu melompat jauh beratus-ratus meter dengan mudah. Malah kekuatannya pun menjadi berlipat ganda seperti Superman. Atas kelebihan itu, satu puak makhluk asing Marikh kagum lalu menangkapnya. Salah satu makhluk asing yang baik hati disitu telah memberi deria kepadanya dan selepas itu John boleh paham dan mampu berkata dalam bahasa planet Marikh.

Selepas melarikan diri dari puak makhluk asing itu, John bertemu pula dengan Puteri Dejah Thoris iaitu puteri raja Helium yang cantek tapi brutal. Kedatangan John tepat pada masanya kerana Puteri Dejah memang memerlukan seorang wira yang mampu menyelamatkan kerajaan Helium dari peperangan perebutan kuasa. John bersetuju akan membantu Puteri Dejah dengan syarat dia ditunjukkan jalan pulang ke Bumi semula. Dalam perjalanan mencari itu, satu demi satu cabaran datang. Sehinggakan mereka berdua jatuh cinta antara satu sama lain dan menyebabkan John Carter terasa berat hati untuk meninggalkan planet Marikh demi cinta suci itu. Eh? tetibe jadi cerita jiwang plak. hahaha... Ok, adakah John akan berjaya pulang semula ke Bumi atau terus tinggal di Marikh sebagai penyelamat? Panjang ceritanyaa... Tengoklah sendiri. =P

Mesej : Cinta Antara Planet - Biarlah berjauhan beribu-ribu-ribu batu, namun hati tetap menjadi satu.

P.A. : i just wonder... planet Marikh ade oksigen ke? oh now i get it.. it just science fiction and imagination kan? hehe.. ^_^


Dr. Seuss The Lorax - Pelindung Alam Semulajadi

Karya Dr. Seuss mmg terkenal dengan imaginasi tentang kewujudan dunia lain yang kita tidak ketahui. Terbaru penonton dibawa pula dengan The Lorax. Cerita ini berkisahkan mengenai sebuah bandar 'plastik' yang bernama Theed-Ville. Kenapa 'plastik'? Sebab dalam kawasan bandar itu semua bende adalah berunsurkan plastik. Tumbuh-tumbuhan, kereta, rumah dan semua diperbuat dengan plastik. Tiada satu pun pokok original yg tumbuh. Oleh sebab tiadanya pokok sebenar, maka udara segar dijadikan sebagai satu bisnes. Sempadan bandar ini pula ditutupi dengan tembok yang tinggi. Tiada siapa pun dibenarkan keluar.

Namun semuanya berubah apabila seorang budak bernama Ted berminat untuk mencari pokok sebenar. Dia sanggup mencarinya demi menunaikan hajat gadis pujaannya, Audrey. Atas bantuan neneknya, Ted telah keluar dari bandar itu. Keadaan di luar amatlah tandus dan gelap. Dia menemui orang tua bernama Once-Ler yang tinggal disebuah pondok usang. Setelah puas dipujuk, akhirnya Once-Ler bersetuju untuk menceritakan kenapa dunia di situ sudah tiada pokok.

Semuanya disebabkan oleh kesilapan silam Once-Ler ketika muda dulu. Beliau telah menemui hutan mistik penuh dengan pokok-pokok yang cantik. Disitulah Once-Ler telah menemui makhluk mistik bermisai lebat bernama The Lorax. The Lorax adalah pembela dan pelindung alam semulajadi. The Lorax telah memberi amaran kepada Once-Ler supaya tidak merosakkan hutan disitu jika tidak, dia akan menyesal seumur hidup. Tapi sayangnya, atas sifat tamak, beliau telah membuka kilang dan menebang kesemua pokok-pokok disitu sehingga habis licin. Beliau menjadi kaya raya ketika itu tapi tidak lama, disebabkan beliau telah melanggar amaran The Lorax. Once-Ler jatuh miskin dan menyesal xsudah dan mengasingkan diri dari manusia lain sehingga sekarang. Tapi Once-Ler nampak peluang kedua untuk menebus kesalahannya dengan bantuan Ted. Apa pertolongan yang akan dilakukan oleh Ted? Berjayakah Ted menemui pokok sebenar? Saksikanlah animasi cute yang penuh warna warni ini. Pasti terhibur.. =)

Mesej : Sayangilah Bumi Kita! ^_^

P.A. : ingin bela misai macam The Lorax.. ada macam Datuk K tak? apakah? haha.. xD

Wednesday, March 14, 2012

Jalan-Jalan Tengok Ikan - Aquaria KLCC


Woohooo.. cuti sekolah kembali lagi. Walaupun hanya seminggu, masa inilah budak2 sekolah seronok dapat berjalan2 (unless dpt keje sekolah bnyk.. haha). Well, nape plak aku yg suke sangat? aku bukan dak sekolah lagi. Aku cume tumpang gembire saje sbb cuti sekolah kali ini kami sekeluarga da plan nak pegi Aquaria KLCC. yaa..the fact is, da bertaun-taun aku dok KL, inilah kali pertama aku ke Aquaria ni. haha.. giler jakun kan. Setelah bermalam di hotel, pagi 13 March kami berempat - aku, mak, mira & zati pergi ke Aquaria KLCC. Memang teruja giler la dapat tengok ikan-ikan dan binatang laut lain yang xpernah kite tengok live sebelum ni. Satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Aku belikan plushies ikan jerung yg comel untuk adik aku. Di bawah ini antara gambar2 yang sempat kami rakamkan. So, kepada sesiapa yang lom pegi tu, try la. Pasti anda teruja giler bile tengok ikan-ikan besar berterbangan di atas kepala anda.. Woohoooo.. ^_^


P.A. : tak jumpe pulak aku si ikan duyung.. kalo x leh bawak balik =P

Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita =)

Anda seorang wanita? Jadi, anda harus berbangga. Wanita adalah satu anugerah Tuhan ke dunia. Anugerah yang tidak ternilai buat kaum lelaki. Bayangkan jika dunia ini wujud tanpa wanita. Sunyi kan?. No Woman No Cry la.. Begitu juga kisah yang berlaku kepada Nabi Adam A.S. ketika di Syurga. Baginda begitu rasa sunyi walaupun dikelilingi pelbagai keindahan. Oleh itu Tuhan telah ciptakan wanita bernama Hawa dari salah satu tulang rusuk Nabi Adam sebagai pelengkap hidup. Sejak itu, sejarah mulanya manusia hidup berpasangan dan saling memerlukan pun tercipta. Wanita makhluk ciptaan Tuhan yang indah. Sifatnya yang lembut, halus membuatkan hati lelaki terpaut. Biar dianggap lemah tapi wanita memiliki hati yang kuat. Sifat tabah dan naluri yang begitu kuat. Satu keistimewaan yang tiada pada lelaki.

Sempena hari istimewa ini, ku ucapkan SELAMAT HARI WANITA buat semua wanita dikasihi & yang mengenali diri ini. Oh ya, terutama kepada mereka yang ada dalam gambar diatas. Tidak kira kawan2, rakan sepejabat, kenalan FB, ex-gf, saudara-mara asalkan bernama wanita. Wahai wanita, ingatlah, sesungguhnya wanita itu hiasan dunia dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah. Semoga keindahanmu terus terpelihara dan martabatmu terus terjaga. Semoga orang yang berada disampingmu akan menyayangimu sebaiknya. Semoga kasih sayang darimu sampai ke Syurga... =)


ade 3 wanita yg aku kagumi :

Taylor Swift
Muda, cantek, sweet, berbakat dan telah memenangi banyak anugerah muzik dalam usia muda. Minat giler kat awek ni. Bukan sebab cantek je tapi sebab imej bersih dia tunjukkan. Semua lagu dia aku dah ada. Kalo nanti dia dtg wat concert kat Malaysia, aku akan jadi penonton row paling depan sekali. haha..


Dato' Siti Nurhaliza
DCT boleh dikatakan sebagai the most successful artist in Malaysia. Bukan saja popular dengan lagu-lagunya malah beliau mengembangkan lagi empayarnya dengan mengeluarkan produk kecantikan sendiri. Seorang tokoh wanita yang boleh dibanggakan.



Aishah - Mak Saya
Syurga itu terletak dibawah kaki ibu. Sudah tentu tiada wanita yang lain yang kita sayang akan menduduki no 1 carta hati kita melainkan mak kita sendiri. Korang pun begitu jugak kan?. Maklah wanita yang terbaik dalam hidup saya. Selamat Hari Wanita, Mak.. Love You ^^~


P. A. : sekiranya aku sudah mempunyai isteri nanti, sudah tentu dia akan mengantikan kedudukan DCT sekarang ini. hehe.. siapala agaknya tuu.... =P

Sunday, March 4, 2012

Act of Valor - Kuasa Tentera Amerika!


Kalau anda kaki game perang seperti Counter-Strike, Battlefield, COD, ataupun memang peminat tegar cerita bercorak ketenteraan - filem ini patut anda saksikan. Act of Valor mengisahkan perjalanan hidup dan pengorbanan sekumpulan tentera elite Navy SEALs menentang pengganas. Misi pertama mereka telah ditugaskan menyelamatkan seorang wanita agen CIA yang diculik oleh sindiket dadah di Costa Rica. Kumpulan sindiket itu diketuai oleh Cristo yang licik. Selesai misi itu, mereka menemui fakta terbaru yang sindiket itu ada bekerjasama dengan kumpulan pengganas di Asia Timur yang diketuai oleh Abu Syabal (ya, seorang Muslim =,= ).

Kapal Cristo berjaya ditawan dalam satu pertempuran di laut dan dia disoal siasat mengenai perancangan pengganas yang seterusnya. Demi keselamatan keluarganya, Cristo akhirnya akur. Pihak tentera amat terkejut kerana pengganas sedang merancang untuk meletupkan beberapa tempat penting di Amerika. Jika berlaku, kesannya lebih dashat dari peristiwa 11 September. Mereka pengebom berani mati akan meletupkan diri dengan bebuli bom yang tersembunyi dalam jaket. Oleh itu, kumpulan tentera elite tadi dikerah lagi untuk menghentikan rancangan pengganas ini sebelum ia berlaku. Pertempuran akhir berlaku di Somalia, Afrika. Setelah berperang hebat, akhirnya ketua pengganas berjaya ditumbangkan dan rancangan jahat mereka berjaya dipatahkan. Setiap perjuangan pasti ada pengorbanan. Seorang askar elite tersebut terkorban dibom demi menyelamatkan nyawa rakan sepasukannya.

Filem ini hebat dan betul tak rugi ditonton, penuh dengan kata2 semangat. Babak tembak menembak pun real. Filem ini dikatakan sebenarnya didekasikan kepada setiap manusia yang menentang keganasan. Memupuk semangat patriotik terutama untuk warga Amerika (katanya lah..). Hmmm... cuma biasalah kita faham sangat propaganda Amerika ni kan, mesti nak tunjuk kekuatan tenteranya. Diorang je la bagus. Mau jadi hebat dari segi segala-galanya... sigh~ Apa2 pun filem ini tetap layann. *** 3 bintang!

P.A. : suke main game perang2 Counter Strike setiap malam.. dan sekali sekala jd terrorist. hehe =)