Filem John Carter menjadi salah satu filem mesti tonton untuk tahun ini. Ia bukanlah cerita superhero atau ala-Indiana Jones tapi merupakan kisah pengembaraan seorang manusia veteran askar ke Planet Marikh. Eh, camne leh sampai pegi Marikh tu? haa gini citernyee.. Selepas kematian anak dan isterinya, John Carter membawa diri dan meluangkan masa hidupnya mencari emas di gua. Satu ketika beliau dikejar oleh puak Red Indian dan menyorok di sebuah gua. Secara kebetulan, gua rahsia itu merupakan pintu masuk ruang angkasa yang digunakan oleh makhluk asing tahap dewa bergelar Thern. Tanpa sengaja, John telah ditarik masuk ke ruang itu dan dihantar ke Marikh.
Bermulalah babak lucu ketika John cuba membiasakan diri di planet itu. Marikh mempunyai daya graviti yang rendah maka John mampu melompat jauh beratus-ratus meter dengan mudah. Malah kekuatannya pun menjadi berlipat ganda seperti Superman. Atas kelebihan itu, satu puak makhluk asing Marikh kagum lalu menangkapnya. Salah satu makhluk asing yang baik hati disitu telah memberi deria kepadanya dan selepas itu John boleh paham dan mampu berkata dalam bahasa planet Marikh.
Selepas melarikan diri dari puak makhluk asing itu, John bertemu pula dengan Puteri Dejah Thoris iaitu puteri raja Helium yang cantek tapi brutal. Kedatangan John tepat pada masanya kerana Puteri Dejah memang memerlukan seorang wira yang mampu menyelamatkan kerajaan Helium dari peperangan perebutan kuasa. John bersetuju akan membantu Puteri Dejah dengan syarat dia ditunjukkan jalan pulang ke Bumi semula. Dalam perjalanan mencari itu, satu demi satu cabaran datang. Sehinggakan mereka berdua jatuh cinta antara satu sama lain dan menyebabkan John Carter terasa berat hati untuk meninggalkan planet Marikh demi cinta suci itu. Eh? tetibe jadi cerita jiwang plak. hahaha... Ok, adakah John akan berjaya pulang semula ke Bumi atau terus tinggal di Marikh sebagai penyelamat? Panjang ceritanyaa... Tengoklah sendiri. =P
Mesej : Cinta Antara Planet - Biarlah berjauhan beribu-ribu-ribu batu, namun hati tetap menjadi satu.
P.A. : i just wonder... planet Marikh ade oksigen ke? oh now i get it.. it just science fiction and imagination kan? hehe.. ^_^

No comments:
Post a Comment