Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita =)

Anda seorang wanita? Jadi, anda harus berbangga. Wanita adalah satu anugerah Tuhan ke dunia. Anugerah yang tidak ternilai buat kaum lelaki. Bayangkan jika dunia ini wujud tanpa wanita. Sunyi kan?. No Woman No Cry la.. Begitu juga kisah yang berlaku kepada Nabi Adam A.S. ketika di Syurga. Baginda begitu rasa sunyi walaupun dikelilingi pelbagai keindahan. Oleh itu Tuhan telah ciptakan wanita bernama Hawa dari salah satu tulang rusuk Nabi Adam sebagai pelengkap hidup. Sejak itu, sejarah mulanya manusia hidup berpasangan dan saling memerlukan pun tercipta. Wanita makhluk ciptaan Tuhan yang indah. Sifatnya yang lembut, halus membuatkan hati lelaki terpaut. Biar dianggap lemah tapi wanita memiliki hati yang kuat. Sifat tabah dan naluri yang begitu kuat. Satu keistimewaan yang tiada pada lelaki.

Sempena hari istimewa ini, ku ucapkan SELAMAT HARI WANITA buat semua wanita dikasihi & yang mengenali diri ini. Oh ya, terutama kepada mereka yang ada dalam gambar diatas. Tidak kira kawan2, rakan sepejabat, kenalan FB, ex-gf, saudara-mara asalkan bernama wanita. Wahai wanita, ingatlah, sesungguhnya wanita itu hiasan dunia dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah. Semoga keindahanmu terus terpelihara dan martabatmu terus terjaga. Semoga orang yang berada disampingmu akan menyayangimu sebaiknya. Semoga kasih sayang darimu sampai ke Syurga... =)


ade 3 wanita yg aku kagumi :

Taylor Swift
Muda, cantek, sweet, berbakat dan telah memenangi banyak anugerah muzik dalam usia muda. Minat giler kat awek ni. Bukan sebab cantek je tapi sebab imej bersih dia tunjukkan. Semua lagu dia aku dah ada. Kalo nanti dia dtg wat concert kat Malaysia, aku akan jadi penonton row paling depan sekali. haha..


Dato' Siti Nurhaliza
DCT boleh dikatakan sebagai the most successful artist in Malaysia. Bukan saja popular dengan lagu-lagunya malah beliau mengembangkan lagi empayarnya dengan mengeluarkan produk kecantikan sendiri. Seorang tokoh wanita yang boleh dibanggakan.



Aishah - Mak Saya
Syurga itu terletak dibawah kaki ibu. Sudah tentu tiada wanita yang lain yang kita sayang akan menduduki no 1 carta hati kita melainkan mak kita sendiri. Korang pun begitu jugak kan?. Maklah wanita yang terbaik dalam hidup saya. Selamat Hari Wanita, Mak.. Love You ^^~


P. A. : sekiranya aku sudah mempunyai isteri nanti, sudah tentu dia akan mengantikan kedudukan DCT sekarang ini. hehe.. siapala agaknya tuu.... =P

2 comments:

  1. Taylor Swift bukan wanita lah ...itu budak hingusan ..hehhe .. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. dia budak lg tp da nampak cam dewasa, ok la tu.
      memula nk letak Najwa Latiff, tp mesti ade yg kate 'eeeuwww... budak sekolah'

      haha =P

      Delete