Monday, April 16, 2012

B.A.T.T.L.E.S.H.I.P.


Peperangan mempertahankan Bumi bermula di Laut!

Woww.. awesomee.. mantap.. memang best cite ni. Memang xterasa duduk hampir 2 jam kat pawagam sbb cite ni penuh dengan plot & aksi vavavomm~ Walaupun filem ini dibuat oleh penerbit filem Transformers, namun filem ini lagi hebat dari Transformers! It's about alien invasion vs Titanic! Ceritanya bermula dengan pihak saintis dan NASA telah mencipta sistem satelit dan pemancar yang termaju untuk menjejaki sebarang hidupan di sebuah planet di luar angkasa. Mereka mengharapkan sebarang maklum balas. Tanpa diketahui, program sains mereka itu sebenarnya bakal mengundang kemusnahan Bumi sendiri.

Bertempat di kepulauan Hawaiian pula, sebuah latihan tentera laut sedunia telah dilakukan untuk mendapatkan kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara negara. Di antara yang turut serta adalah NAVY US, dan juga negara Jepun. Watak utama - Alex Hopper, seorang pemuda yg sengal lagi bermasalah. Demi mengubah sikap Alex, abangnya Stone Hopper merekruitnya ke angkatan tentera laut NAVY. Dia telah ditugaskan kepada kapal perang USS John Paul Jones. Abangnya pula, Stone Hopper adalah commanding officer kepada kapal USS Sampson. Kire tahap Kapten la.

Ketika sesi latihan dijalankan, 5 kapal angkasa alien telah mendarat laju ke arah Bumi dan terus menjunam kedalam laut. Salah satunya telah tersasar jatuh ke negara China, selebihnya jatuh berhampiran tempat latihan sekumpulan tentera laut tadi. Alex dan beberapa rakan sepasukannya pergi menyiasat objek yang terjatuh ke laut td. Tiba-tiba 3 buah kapal angkasa keluar dari laut dan bersiap sedia untuk berperang. Pada masa yang sama, alien tu telah mengepung kawasan itu dengan aura elektromagnetik yang xboleh ditembus. Jadi ade 3 kapal perang sahaja yg berada di dalam kepungan itu dan xboleh menerima bantuan luar. Demi mempertahankan diri, mereka berbalas-balas tembakan dengan kapal alien. 2 buah kapal perang telah hancur tenggelam dimusnahkan alien. Tinggal kapal perang USS John Paul Jones pimpinan Alex Hopper sahaja yang masih survive. Demi mepertahankan Bumi, mereka tekad berperang face to face dengan kapal2 angkasa alien yang jauh serba canggih itu. Dapatkah Alex dan krew2 kapalnya menyelamatkan Bumi? Saksikan di pawagam.. Manyak rugiii wooo kalo xtengook~ xD

Extra:
1 - Penyanyi Rihanna pun berlakon dan ternyata lakonan dia xmengecewakan!
2 - Ade satu adegan sama macam Titanic iaitu mase kapal perang musnah terbelah dua & tenggelam.
3 - Kapal alien sangatla canggih tapi xleh terbang plak. Hanya terlompat-lompat macam katak. Enjin masuk air kot. ekekeke.. Serius.
4 - Jangan pandang rendah pada askar veteran. Mereka boleh membuat anda kagum.
5 - Kapal perang boleh buat drift... giler.. macam mana tu? sila tengok =P

P.A. : Xsabar nak tengok Avangers pulak.

Tuesday, April 10, 2012

Nyalakan Api Pada Hujan


Ku biarkan ia jatuh, hatiku,
dan seperti ia sudah jatuh, kau bangkit untuk menuntutnya
ia sungguh gelap dan aku rasa telah berakhir
sehingga kau kucup bibirku dan kau selamatkan akutanganku masih kuat, tapi lututku sudah lama lemah
untuk berdiri di tanganmu tanpa jatuh ke kakimu.

Tapi ada satu sudut untuk kamu yang aku tak pernah tahu, tak pernah tahu,
semua perkara yang pernah kau katakan,nyata ianya tidak benar, tidak benar,
dan sandiwara yang kau mainkan, kau selalu menang, selalu menang.

tapi aku nyalakan api pada hujan,
melihat ianya mencurah seperti ku sentuh wajahmu,
maka, ianya terbakar ketika aku menangis
kerana aku terdengar ianya menjerit namamu, namamu

bila bersandar pada kamu, aku harap boleh kekal disitu,
pejam mataku merasakan dirimu disini selamanya
kau dan aku tetap bersama, tiada apa yg lebih baik dari itu.

kerana aku terdengar ianya menjerit namamu, namamu
aku nyalakan api pada hujan
dan aku campak diri kita ke dalam api,
bila kita terjatuh, sesuatu telah pun mati,
kerana aku tahu itu itulah detik terakhir, detik yang terakhir

Kadangkala aku bangun semula dengan pintu,
Mengharapkanmu mesti menunggu untuk kamu
walau sekarang kita sudah tiada apa-apa lagi
aku masih tak mampu menahan diri untuk terus mencari kamu

aku nyalakan api pada hujan,
melihat ianya mencurah seperti ku sentuh wajahmu,
maka, ianya terbakar ketika aku menangis
kerana aku terdengar ianya menjerit namamu, namamu
aku nyalakan api pada hujan
dan aku campak diri kita ke dalam api,
bila kita terjatuh, sesuatu telah pun mati,
kerana aku tahu itu itulah detik terakhir, detik yang terakhir oh

Oh, tidak
Biarkan ia terbakar, oh
Biarkan ia terbakar
Biarkan ia terbakar..

My God, i love this song so much.. Adele mmg power sore dia. dengar banyak kali pun xper. Nyalakan api dalam hujan? Boleh ke idup ke api itu? haa.. sudah tentu penuh maksud yang tersirat. Ia menggambarkan emosi seseorang yg membara bagaikan api tp pada masa yang sama hatinya masih cube bertenang seperti air. Mybe ni lagu frust bercinta kot? hehe.. Nak tujukan pada seseorang. =)

P. A. : Thank you Google translate.. ko xlah membantu sangat. berterabur jadinya. LOL =P

Monday, April 9, 2012

Antara Aku, Sitizoner & ABPBH 2012

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 baru saja berakhir. Acara tahunan ini diadakan di Arena of Stars, Genting Highland bertujuan untuk menobatkan artis atau selebriti yang mana popular oleh peminat seni hiburan tanah air. Jadi peminatlah yang menentukan siapa yang bakal memiliki trofi anugerah ini berdasarkan undian tertinggi. Sesetengah orang xambil peduli pasal anugerah-anugerah macam ini (buang masa, bosan katanya..) tapi bagi mereka yang ada kaitan dengan bidang seni hiburan tempatan pasti ini saat2 yang dinantikan.

Bercerita tentang ABPBH kali ini, satu kelainan diadakan iaitu Anugerah Seri Perak. Dato' Siti Nurhaliza telah tercalon dan sudah tentu ini berita gembira buat peminat2nya terutama Sitizoners. Mereka sangat teruja sebab Siti dah lama xnaik ke pentas anugerah sejak dia menarik diri. Pelbagai usaha mereka lakukan untuk memastikan kemenangan milik Siti. Salah seorang wakil SNP telah menugaskan aku membuat tshirt khas SitiZoners untuk dipakai semasa malam anugerah nanti. Tshirt bewarna merah dan gambar Siti didepan telah aku siapkan. Lebih kurang 70 helai aku printkan & semuanya sold out.

Tiba saat-saat yang ditunggu.. aku menunggu di depan tv. Alhamdulillah, Siti menang juga anugerah pada malam itu. SitiZoners serba merah dengan tshirt aku buat dan menjerit2 kesukaan. Kire berbaloi jugalah buat tshirt tu. Aku nampak mereka juga menggunakan banner 'We Love You' yang aku supprisekan pada Siti di Pavillion dulu. Terasa bangga juga dihati. Aku tersenyum sendiri. Mane yang kenal banner tu tentu tau la sape buat. Mybe sumbangan aku xderlah besar, tapi sekurang-kurangnya ada la jugak something yang boleh dibanggakan. Tq so much all. hehe.. InsyaAllah kalo ade pape event berkaitan Siti lg, diharap akulah designer yang mereka akan cari. Coz i luv to do it. Hoho... ^^~

Berikut adalah keputusan penuh ABPBH2011:

Penyanyi Lelaki - Hafiz

Penyanyi Wanita - Yuna

Artis duo/Berkempulan - Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

Artis Baru Lelaki - Johan Ariff As'ari

Artis Baru Wanita - Tasha Shilla

Pelakon Filem Lelaki - Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita - Maya Karin

Pelakon TV Lelaki - Fizz Fairuz

Pelakon TV Wanita - Fasha Sandha

Artis Komedi Lelaki - Johan

Artis Komedi Wanita - Didie Alias

Pengacara TV Lelaki - Zizan Razak

Pengacara TV Wanita - Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki - Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita - Fara Fauzana

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH 2011

Datuk Sheila Majid

Anugerah Seri Perak
Datuk Siti Nurhaliza

Artis Paling Popular 2011
Aaron Aziz

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!

P.A. : teringin nak lalu di Karpet Merah sambil diapit artis jelita.. hahaha.. mimpi je la ko =P

Sunday, April 1, 2012

Selamat Tinggal... Cik Bib.


Setiap pertemuan akan ada perpisahan... kerana itulah lumrah kehidupan bagi semua manusia. Suke atau tidak kenelah terima demi kebaikan dirinya. Tanggal 30 Mac 2012 merupakan hari terakhir berada di Jujurco buat my best fren Habibah @ Cik Bib. Setelah bertahun2 dia bekerja disini akhirnya masa yang dinanti-nantikannya telah tiba. Beliau mula datang ke Jujurco pada 2009 sebagai student Praktikal dan telah diambil bekerja selama 2 tahun lebih (agaknya.. kalo tersilap maaf ye bib. hehe..).

Cik Bib seorang yang peramah, sporting, suke bergurau dan mudah berkawan. Kadang2 beliau seorang yg tegas. Hubungan rapatnya dengan dengan kawan-kawan lain terutama Chikebumm Buzz sudah seperti adik-kakak sendiri dan juga pada aku, seorang teman yang suka bergurau senda. Sudah tentu ketiadaan beliau disini tiada gantinya. Mybe dah xde gune lagi aku naik tingkat atas. Walau sedih di hati, kami tetap sambut dengan gembira. Diharapkan Cik Bib akan cekalkan hati dan dapat menyuaikan diri dengan tempat baru. Maklumlah tempat baru tentulah kita malu2 kucing dulu dan kene buat2 serius keje. haha..

Oklah, saya disini mendoakan Cik Bib akan berjaya dengan kerjaya baru dan dapat mencapai impian hidup selepas ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi walapun da jauh terpisah dan sentiasalah ingatkan kami disini.. terutama saya ni.. teman serasi dan teman gossip kamu.. hehe.. =P Sebagai hadiah, saya buatkan frame poster khas untuk dirinya. Terima kasih atas segala kenangan dan memori. We Will Miss You..

Selamat Tinggal... Cik Bib.

(=


P.A. : jangan nak 'selamat tinggal' la sangat... macam la xjumpe terus. da dekat ngan rumah da kan.. hahaha... errr... nak gak patung katak tu, leh x?.. xP

The Sweet Seventeen =)

Bila April tiba.. apa yang anda akan ingat? April Fool? Oh tidak.. 1 April 2012 merupakan ulangtahun ke-17 buat Dato' Siti Nurhaliza dalam industri seni tempatan. Ye sudah 17 tahun DCT dalam dunia seni sejak tahun 1995. Dari dia gadis kampung yang pemalu hinggalah menjadi seorang diva, tokoh yang disegani. 17 tahun bukan satu tempoh yg singkat. Perbagai pengalaman yg ditempuhi dalam perjalanannya meniti zaman kegemilangan. Gosip, fitnah, kata2 nista dilemparkan padanya, namun kerana kecintaannya yang terlalu tinggi pada seni, membuatkan dia terus gagah melangkah. Sokongan dari peminat setia adalah tonggak kejayaannya dan membuatkan DCT terus gah berdiri berada dipersada dunia seni. Tahniah!

Selamat Ulang Tahun ke-17 DCT! Happy Sweet Seventeen..!
Semoga DCT akan terus berjaya dalam kerjaya dan mengejar impian hidup.


*info : atas permintaan SitiZoner, poster ini telah dibuat oleh saya dan didedikasikan kpd DCT. Tq.


P.A. :
semoga akak iti berjaya dunia akhirat dan dikurniakan anak suatu hari nanti. InsyaAllah.. amin.