Monday, April 9, 2012

Antara Aku, Sitizoner & ABPBH 2012

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 baru saja berakhir. Acara tahunan ini diadakan di Arena of Stars, Genting Highland bertujuan untuk menobatkan artis atau selebriti yang mana popular oleh peminat seni hiburan tanah air. Jadi peminatlah yang menentukan siapa yang bakal memiliki trofi anugerah ini berdasarkan undian tertinggi. Sesetengah orang xambil peduli pasal anugerah-anugerah macam ini (buang masa, bosan katanya..) tapi bagi mereka yang ada kaitan dengan bidang seni hiburan tempatan pasti ini saat2 yang dinantikan.

Bercerita tentang ABPBH kali ini, satu kelainan diadakan iaitu Anugerah Seri Perak. Dato' Siti Nurhaliza telah tercalon dan sudah tentu ini berita gembira buat peminat2nya terutama Sitizoners. Mereka sangat teruja sebab Siti dah lama xnaik ke pentas anugerah sejak dia menarik diri. Pelbagai usaha mereka lakukan untuk memastikan kemenangan milik Siti. Salah seorang wakil SNP telah menugaskan aku membuat tshirt khas SitiZoners untuk dipakai semasa malam anugerah nanti. Tshirt bewarna merah dan gambar Siti didepan telah aku siapkan. Lebih kurang 70 helai aku printkan & semuanya sold out.

Tiba saat-saat yang ditunggu.. aku menunggu di depan tv. Alhamdulillah, Siti menang juga anugerah pada malam itu. SitiZoners serba merah dengan tshirt aku buat dan menjerit2 kesukaan. Kire berbaloi jugalah buat tshirt tu. Aku nampak mereka juga menggunakan banner 'We Love You' yang aku supprisekan pada Siti di Pavillion dulu. Terasa bangga juga dihati. Aku tersenyum sendiri. Mane yang kenal banner tu tentu tau la sape buat. Mybe sumbangan aku xderlah besar, tapi sekurang-kurangnya ada la jugak something yang boleh dibanggakan. Tq so much all. hehe.. InsyaAllah kalo ade pape event berkaitan Siti lg, diharap akulah designer yang mereka akan cari. Coz i luv to do it. Hoho... ^^~

Berikut adalah keputusan penuh ABPBH2011:

Penyanyi Lelaki - Hafiz

Penyanyi Wanita - Yuna

Artis duo/Berkempulan - Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

Artis Baru Lelaki - Johan Ariff As'ari

Artis Baru Wanita - Tasha Shilla

Pelakon Filem Lelaki - Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita - Maya Karin

Pelakon TV Lelaki - Fizz Fairuz

Pelakon TV Wanita - Fasha Sandha

Artis Komedi Lelaki - Johan

Artis Komedi Wanita - Didie Alias

Pengacara TV Lelaki - Zizan Razak

Pengacara TV Wanita - Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki - Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita - Fara Fauzana

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH 2011

Datuk Sheila Majid

Anugerah Seri Perak
Datuk Siti Nurhaliza

Artis Paling Popular 2011
Aaron Aziz

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!

P.A. : teringin nak lalu di Karpet Merah sambil diapit artis jelita.. hahaha.. mimpi je la ko =P

No comments:

Post a Comment