Sunday, April 1, 2012

Selamat Tinggal... Cik Bib.


Setiap pertemuan akan ada perpisahan... kerana itulah lumrah kehidupan bagi semua manusia. Suke atau tidak kenelah terima demi kebaikan dirinya. Tanggal 30 Mac 2012 merupakan hari terakhir berada di Jujurco buat my best fren Habibah @ Cik Bib. Setelah bertahun2 dia bekerja disini akhirnya masa yang dinanti-nantikannya telah tiba. Beliau mula datang ke Jujurco pada 2009 sebagai student Praktikal dan telah diambil bekerja selama 2 tahun lebih (agaknya.. kalo tersilap maaf ye bib. hehe..).

Cik Bib seorang yang peramah, sporting, suke bergurau dan mudah berkawan. Kadang2 beliau seorang yg tegas. Hubungan rapatnya dengan dengan kawan-kawan lain terutama Chikebumm Buzz sudah seperti adik-kakak sendiri dan juga pada aku, seorang teman yang suka bergurau senda. Sudah tentu ketiadaan beliau disini tiada gantinya. Mybe dah xde gune lagi aku naik tingkat atas. Walau sedih di hati, kami tetap sambut dengan gembira. Diharapkan Cik Bib akan cekalkan hati dan dapat menyuaikan diri dengan tempat baru. Maklumlah tempat baru tentulah kita malu2 kucing dulu dan kene buat2 serius keje. haha..

Oklah, saya disini mendoakan Cik Bib akan berjaya dengan kerjaya baru dan dapat mencapai impian hidup selepas ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi walapun da jauh terpisah dan sentiasalah ingatkan kami disini.. terutama saya ni.. teman serasi dan teman gossip kamu.. hehe.. =P Sebagai hadiah, saya buatkan frame poster khas untuk dirinya. Terima kasih atas segala kenangan dan memori. We Will Miss You..

Selamat Tinggal... Cik Bib.

(=


P.A. : jangan nak 'selamat tinggal' la sangat... macam la xjumpe terus. da dekat ngan rumah da kan.. hahaha... errr... nak gak patung katak tu, leh x?.. xP

1 comment: