Monday, April 16, 2012

B.A.T.T.L.E.S.H.I.P.


Peperangan mempertahankan Bumi bermula di Laut!

Woww.. awesomee.. mantap.. memang best cite ni. Memang xterasa duduk hampir 2 jam kat pawagam sbb cite ni penuh dengan plot & aksi vavavomm~ Walaupun filem ini dibuat oleh penerbit filem Transformers, namun filem ini lagi hebat dari Transformers! It's about alien invasion vs Titanic! Ceritanya bermula dengan pihak saintis dan NASA telah mencipta sistem satelit dan pemancar yang termaju untuk menjejaki sebarang hidupan di sebuah planet di luar angkasa. Mereka mengharapkan sebarang maklum balas. Tanpa diketahui, program sains mereka itu sebenarnya bakal mengundang kemusnahan Bumi sendiri.

Bertempat di kepulauan Hawaiian pula, sebuah latihan tentera laut sedunia telah dilakukan untuk mendapatkan kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara negara. Di antara yang turut serta adalah NAVY US, dan juga negara Jepun. Watak utama - Alex Hopper, seorang pemuda yg sengal lagi bermasalah. Demi mengubah sikap Alex, abangnya Stone Hopper merekruitnya ke angkatan tentera laut NAVY. Dia telah ditugaskan kepada kapal perang USS John Paul Jones. Abangnya pula, Stone Hopper adalah commanding officer kepada kapal USS Sampson. Kire tahap Kapten la.

Ketika sesi latihan dijalankan, 5 kapal angkasa alien telah mendarat laju ke arah Bumi dan terus menjunam kedalam laut. Salah satunya telah tersasar jatuh ke negara China, selebihnya jatuh berhampiran tempat latihan sekumpulan tentera laut tadi. Alex dan beberapa rakan sepasukannya pergi menyiasat objek yang terjatuh ke laut td. Tiba-tiba 3 buah kapal angkasa keluar dari laut dan bersiap sedia untuk berperang. Pada masa yang sama, alien tu telah mengepung kawasan itu dengan aura elektromagnetik yang xboleh ditembus. Jadi ade 3 kapal perang sahaja yg berada di dalam kepungan itu dan xboleh menerima bantuan luar. Demi mempertahankan diri, mereka berbalas-balas tembakan dengan kapal alien. 2 buah kapal perang telah hancur tenggelam dimusnahkan alien. Tinggal kapal perang USS John Paul Jones pimpinan Alex Hopper sahaja yang masih survive. Demi mepertahankan Bumi, mereka tekad berperang face to face dengan kapal2 angkasa alien yang jauh serba canggih itu. Dapatkah Alex dan krew2 kapalnya menyelamatkan Bumi? Saksikan di pawagam.. Manyak rugiii wooo kalo xtengook~ xD

Extra:
1 - Penyanyi Rihanna pun berlakon dan ternyata lakonan dia xmengecewakan!
2 - Ade satu adegan sama macam Titanic iaitu mase kapal perang musnah terbelah dua & tenggelam.
3 - Kapal alien sangatla canggih tapi xleh terbang plak. Hanya terlompat-lompat macam katak. Enjin masuk air kot. ekekeke.. Serius.
4 - Jangan pandang rendah pada askar veteran. Mereka boleh membuat anda kagum.
5 - Kapal perang boleh buat drift... giler.. macam mana tu? sila tengok =P

P.A. : Xsabar nak tengok Avangers pulak.

No comments:

Post a Comment