Saturday, July 9, 2011

Sembilan - Tujuh - Sebelas

Sembilan tujuh sebelas,
Bukan sekadar angka,
Bukan sekadar kata-kata,
Akan terjadi satu peristiwa,
Yang akan menjadi sejarah buat negara,
Dari selatan hingga utara,
Yang tua mahupun muda,
Hari ini pasti diingat sampai bila-bila.

Sembilan tujuh sebelas,
Disaat menanti kedatangan Ramadhan,
Satu fenomena jadi tumpuan,
Perkataan 'bersih' jadi bualan,
Warna diraja jadi pilihan,
Masing-masing dengan cerita dan pandangan,
Jadi topik hangat jadi liputan,
Di berita tv, media massa, internet & akhbar harian.

Sembilan tujuh sebelas,
Satu perhimpunan diadakan,
Tak kira lelaki mahupun perempuan,
Berarak dalam kumpulan secara aman,
Sama kuning sama jalan,
Menghantar memorandum pada Sultan,
Sistem pilihanraya yang adil jadi tujuan,
Bantahan terhadap sistem kerajaan,
Itu yang diberitakan.

Sembilan tujuh sebelas,
Tahanan dibuat pada mereka yang dicuriga,
Sekatan jalan dan roadblock ada dimana-mana,
Polis, FRU, ambulan sentiasa berjaga-jaga,
Helikopter berlegar-legar pantau diudara,
Takut berlaku kejadian yang tak diduga,
Masih ramai yang tertanya-tanya,
Apa yang akan terjadi seterusnya,
Hujung minggu ini tak dapat kemana-mana.

Sembilan tujuh sebelas,
Walau apapun mereka cuba lakukan,
Walaupun berbeza ideologi & fahaman,
Janganlah sampai timbulkan kekecohan,
Pergaduhan mahupun permusuhan,
Selagi masih ada pegangan & iman,
Ini soal politik bukannya hiburan.

Sembilan tujuh sebelas,
Fikirkan yang baik bukan keburukan,
Sedarlah, negara kita kini menjadi tumpuan,
Kedamaian ini janganlah dirosakkan.
Malaysiaku yang aman,
Semoga dirimu dilindungi Tuhan..

P.A. : Maaf, bukan niat nak berpolitik disini, tapi sekadar memberi pandangan dari persepsi sendiri.. Saya sayang negara saya.. =)

Wednesday, July 6, 2011

TF3 - Dark Of The Moon

Waahh..akhirnya dpt gak tgk cite Transformers 3 sblm ni asyik xsempat aje. Agak lambat skit nampaknya teman dpt tgk, tp janji tgk. ekeke.. Memang full saje pawagam. Aku dah tempah awal sehari pun dapat dok tepi..ciss la. Tp xper. Oklah, meh la teman kongsi skit review kat kome semua pasal cite TF3 ni. Tapi xde full story nanti ade yang kata aku spoil haha.. Filem ni start dengan flashback sejarah penjelajahan manusia ke Bulan tahun 1969 oleh Amerika dengan Apollo 11. Sebenarnya mereka bukan saje nak menjejaki bulan tapi semua ini berkenaan dengan satu misi sulit yg dirahsiakan kepada umum, iaitu menyiasat sebuah kapal angkasa yang terhempas di bulan pada tahun 1961.

Kapal angkasa itu milik Autobots yang bernama Sentinel Prime. Dia merupakan otai Autobots dan juga mentor kepada Optimus Prime. Masa ni Sentinel masih dalam keadaan pengsan atau sleep mode. Dengan rasa hormat, Optimus Prime membawa pulang mentor beliau ke Bumi lalu menghidupkannya semula dengan Matrix of Leadership dan harapan beliau Sentinel akan mengukuhkan kedudukan Autobots. Malangnya Sentinel Prime berfikiran kolot, tidak sukakan Bumi dan lebih berminat membina semula planet Cybertron (Agaknya dia rindu kg halaman..hehe). Malah demi merealisasikan impian itu, dia telah berpakat dengan Megatron & Decepticons semata-mata mahu mengembalikan era planet Cybertron. Sedangkan dia tak sedar tipu muslihat dan propaganda Megatron.

Dengan bantuan Decepticons, Sentinel Prime memasang beberapa alat teleport di bandar Chicago untuk menarik planet Cybertron ke Bumi. Oleh itu, banyak kapal angkasa dan robot2 jahat masuk ke bumi dan membunuh manusia sewenang-wenangnya. Ini menyebabkan kacau bilau di bandaraya Chicago dan banyak kemusnahan berlaku. Kire macam cite 'War of the World' la.. Situasi bertambah teruk apabila robot bad-ass bermata satu - Shockwave muncul dengan robot 'ulat gergasi' nya yang menakutkan. Tapi dengan satu tetakan maut oleh Optimus Prime, robot gergasi itu mati jua (hebat2..).


Pertarungan sengit berlaku antara Autobots - Decepticons dan banyak watak robot mati dalam perjuangan. Pihak tentera USA pun menyelit jugak membantu Autobots dengan serangan udara dan darat (saje la tu USA nak tunjuk kuat..). Final battle, Optimus Prime vs Sentinel Prime tetapi Sentinel lagi otai so tangan kanan Optimus putus ditetak. Belum sempat dia bunuh Optimus, Megatron ambil kesempatan curi pukul dari belakang Sentinel menyebabkan Sentinel tumbang. Megatron ajak fight dengan Optimus tetapi belum sempat dia buat apa2, dengan satu tetakan saja, kepala Megatron hancur bederai bertaburan seperti pasir ditepi pantai (giler hebat Optimus..). Kemudian dia bunuh Sentinel Prime kerana mengkhianati Autobots. Itulah balasan pada robot yang degil. Kill kill die die..hehe. Alhamdulillah.. Perang da tamat.. eh tu lirik lagu hehe.. dan mereka yang survive tersenyum riang then abiss.. camtu je. haa tepuk2.. tepuk jelaaa...

Sebenarnya cite dia panjang dan meleret-leret tapi aku cite skit je part2 yang penting. Dekat 3 jam duk dalam panggung mau xpedih punggung, beb. So aku tambah skit informasi apa yang tak patut dalam filem ni:

1. No More Sexy Megan Fox. Awek baru, Carly (Rosie Hungtinton-Whiteley) agak kaku lakonannya. Beliau lebih banyak tayang bentuk body beliau yang marvelous tu dan jual muka saja.

2. Megatron transform jadi lori tangki buruk (macam lori sampah pun ada). Kesian aku tengok watak ketua Decepticons ni macam robot sakit, diperkecilkan oleh Michael Bay. huhu.. tak patut.

3. Ironhide is dead. T_T

4. Starscream mati ditangan Sam Witwicky? Oh shitt.. i cant believe it!

5. Megatron tak banyak lawan dan lemah dalam filem kali ni then mati ditangan Optimus hanya dalam 3 saat saja. Patutla ramai tak puas hati. Nak cepat abiskan cerita ke ape..huhu.

Sebagai Transformers fan, memang banyak bende tak puas hati dlm filem ni. Tapi apa leh buat, sudah tentu Micheal Bay kata, "lantaklah ni filem aku.. bukan filem ko. sukati aku la nak buat camne.." Huhu.. So, terpulanglah pada kome nak tengok ke idak. Kalo x, tunggu ajelah DVD kuar. Teman xtau la ni filem last ke idak. Kalo ade sambungan lagi, hope try director lain plak. Teman rase filem ni biase je la superb hanya pada CGI not storyline, tapi bagi teman TF1 lagi besttt tak hingat sampai bile2... xD

Y2N Rating : 3.5/ 5

P.A. : "You may lose your faith in us, but never in yourselves. From here, the fight will be your own." - Optimus Prime

Friday, June 24, 2011

Solat & Diri Kita

Azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu solat. Hari ini hari Jumaat maka ada khutbah di masjid yang perlu didengari. Ada orang dewasa yang tetido manakala budak2 nakal pula membuat bising. Situasi ini biasa di masjid bila masa Khutbah. Tetapi aku pula cuba mendengar sebaik-baiknya. Khutbah hari ini menyentuh mengenai betapa pentingnya ibadat yang paling penting dalam Islam iaitu Solat. Membuatkan hatiku terdetik untuk menulis sesuatu mengenainya nanti. Yelah dari aku asyik buat entry pasal filem & kisah hidup saje, ada baiknya juga aku buat entry mengenai agama. Maybe lepas ni setiap Jumaat aku nak masukkan entry mengenai topik agama yang disampaikan di Khutbah Jumaat. Ade gak manfaatnya. InsyaAllah la..

Baiklah, semua orang tahu, Solat itu tiang agama, tanpa solat, runtuhlah agama sesorang itu. Namun sedar atau tidak, kata2 peringatan ini bagaikan sudah tidak diendahkan lagi lebih2 lagi di generasi sekarang. Dimana orang sekarang sibuk dengan kerja seharian, hiburan dan alpa mengejar kesenangan dunia hingga solat diketepikan. Tak payah susah2 tengok orang, kite nilai kita sendiri dahulu. Adakah kita sudah cukup bagus sebagai seorang Islam? Kenapa mesti solat? Untuk apa solat? Itu yang perlu kita fahami. Solat atau sembahyang adalah satu-satunya ibadah yang menghubungkan kita dengan Tuhan. Malah ia terkandung dalam Rukun Islam yang kedua. Bermakna jika kita tinggalkannya, maka tak lengkaplah Islam kita. Solat juga memberi kesan positif kepada peribadi seseorang itu yang merangkumi pembentukan akhlak mulia, perpaduan sesama umat, memupuk jiwa yang bersih dan membawa keberkatan hidup. Malah dengan solat juga dapat mencegah diri dari perbuatan yang keji dan mungkar.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku" (Surah Thaha :14)

Solat melambangkan kita mengingati Allah Yang Maha Esa dan inilah cara kita bersyukur kepadaNya selain berdoa. Fikirkan, setelah Tuhan memberi segala kenikmatan dan kesenangan hidup didunia ini, tak mahukah kita sampaikan rasa syukur kepadaNya walaupun hanya sekejap saja? Hanya 5 waktu dalam sehari semalam bukannya setiap jam sepanjang hari. Tetapi itulah yang terjadi masa kini. Ramai yang memandang remeh, menganggap ibadat solat ini hanya membebankan dan merugikan masa. Astaugfirullah.. Janganlah kita tergolong dalam orang berfikiran begini. Ingat senang ke nak masuk Syurga yang abadi tu dan boleh elak siksaan di alam kubur kalau diri sendiri tak mahu berkorban sedikit masa untuk Tuhan?. Tepuk dada tanyalah iman di hati.

Allah berfirman yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepada mu nikmat yang melimpah ruah. Kerana itu, dirikanlah sembahyang dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu." (Surah Al-Kautsar :1 -2)

Itulah pentingnya solat yang kadang2 kita alpa tentangnya. Khutbah tadi dengan suara lantang tok imam betul2 menyentap hatiku. Kepala akan dihentakkan ke batu hingga hancur dan kemudian Allah elokkan semula dan dihentakkan lagi sehingga hancur begitulah berulang-ulang kali. Itulah hukuman bagi orang yang tak mahu solat di akhirat nanti. Huhu mintak jauh, ya Allah. Yelah, aku sedar aku sendiri pun masih tak betul solatnya. Kadang-kadang ada termiss juga. Tapi kawan2 opis tu pun ade yang selamber tak buat lansung, sembahyang Jumaat pun tak buat, apelagi solat 5 waktu. Bila ditanya 'Oii xsolat ke?.. dijawabnya "sy sembahyang online..". Apa pun tak boleh.. Hurm, adik aku pun ade jugak yg degil tak nak solat. Kalo aku balik kampung, dah kene sound ngan aku, baru nak buat. Inilah budak2 sekarang. Huhu.. Agaknya mereka masih tak faham pentingnya solat untuk diri sendiri. Sayang sekali. Semoga Allah bukakan hati mereka nanti. Oleh itu, saudara-saudari seIslam semua, jangan abaikan solat walau apa jua situasi yang berlaku pada kita. Waktu susah atau senang. Dimana saja. Tiada alasan. Lakukan saja demi kebaikan dunia akhirat. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dari apa yang kamu tidak ketahui. Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Sama-sama kita beringat. InsyaAllah..

P.A : suke dengar lagu nasyid 'Marilah Sembahyang - Al-Mizan'. ;)

Tuesday, June 21, 2011

Kuasa Cincin Hijau! - Green Lantern

Okeh, nampaknya tahun ini banyak betul filem adiwira yang diadaptasikan dari komik. Xper, aku sukaa..hehe. Kini, seorang lagi superhero serba hijau muncul di layar perak - Green Lantern. Superhero yang mempunyai kuasa cincin tak terbatas. Ceritanya bermula dengan hidup seorang pilot muda Tentera Udara Amerika - Hal Jordan yang tak keruan. Sungguhpun Hal sukakan cabaran tetapi dia mudah menjadi gentar & takut sejak peristiwa kemalangan ayahnya. Pada masa yang sama, sebuah kapal angkasa milik makhluk asing bernama Abin Sur dari luar galaksi telah terhempas ke bumi setelah dicederakan oleh makhluk asing yang kejam iaitu Parallax. Oleh kerana Abin Sur sudah nyawa2 ikan maka dia perlu mencari pengganti dirinya sebagai pengawal galaksi dan cincinnya telah memilih Hal. Hal pun tak menyangka bagaimana dia boleh terpilih dan Abin Sur mewarisi cincin azimat kepadanya untuk menjaga keamanan sejagat. Mahu tak mahu Hal terima amanat itu. Sejak itu, Hal cuba mempraktikkan kuasa cincin itu tetapi gagal. Kemudian, dia dibawa oleh cincin itu ke Planet Oa iaitu sebuah planet yang menjadi sumber kuasa cincin Green Lantern itu. Disitu dia mendapat sut costume hijau superheronya dan bertemu dengan pahlawan-pahlawan Green Lantern Corps yang lain. Hal mula mempelajari menguasai kuasa cincin miliknya dengan disitu. Namun ketua Green Lantern Corps tidak menyukai manusia menjadi pemegang cincin berkuasa itu kerana menganggap manusia makhluk yang lemah. Dia memandang rendah pada Hal. Tetapi, Hal berazam akan menunjukkan kesungguhannya menyelamatkan bumi dari sebarang ancaman.

Hector, seorang guru sains telah diupah untuk membuat bedah siasat keatas mayat Abin Sur yang disimpan di bawah unit rahsia kerajaan Amerika. Bagaimanapun malang buat Hector, kuasa jahat Parallax yang masih tersimpan dalam luka mayat Abin Sur telah meresap ke dalam dirinya. Kesan dari itu, Hector mendapat kelebihan luar biasa iaitu dapat mendengar kata hati orang dan mampu mengawal benda disekeliling dengan mindanya (Macam Prof X la plak). Namun kelebihan itu lama-kelamaan membuatkan fizikal Hector bertambah teruk dan terus menjadi villian. Green Lantern cuba menghalangnya tetapi kuasa minda Hector melebihinya. Selepas menewaskan Hector, Parallax menyerang bumi dan membunuh beratus manusia di sebuah bandar. Sudah menjadi tanggungjawab Green Lantern menyelamatkan bumi dari ancaman.

Green Lantern menggunakan kuasa cincinnya yang boleh mengwujudkan apa saja yang diimaginasi termasuklah kereta kebal & machine-gun. Setelah bertarung hebat, akhirnya Hal berjaya juga menewaskan Parralax dengan menghumbannya kedalam matahari. Parallax terbakar lalu mati. Keberanian yang ditunjukkan oleh Hal akhirnya terbukti dan dipuji oleh ketua Green Lantern Corps sendiri. Hal Jordan terus menjadi adiwira Green Lantern mewakili planet bumi dan bertanggungjawab menjaga keamanan dunia sepertimana superhero lain. Cite ni memang banyak benda tahyul & mengarut tapi syok gak kalo layan. Superhero la katekan. Hehe..

Info : Kenapa warna hijau? Sebab warna hijau melambangkan keazaman bagi mereka.

Y2N Rating : **** (4 stars kilauan warna hijau!)

P.A. : bestnya dapat cincin berkuasa macam ni. Apa saje kita imagine boleh kuar jadi mcm real. eh? baru aku perasan. xde cincin rupanya dijariku selama ni.. ekeke... =p

Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa, Abah..

19 Jun adalah satu hari yang perlu diingat pada setiap tahun. Sudah tentu ianya Hari Bapa Sedunia. Ada yang kata tak boleh sambut kerana ragu2 dengan asal-usulnya. Tetapi kita cuba memandangnya dari segi positif. Apa salahnya kita raikan hari yang istimewa sebegini selain hari jadinya. Semua orang ada bapa. Bapa, bapak, abah, ayah, papa, ayahanda, daddy atau apa saja panggilan yang anda berikan kepadanya. Hari khas ini untuk kaum-kaum bapa seluruh dunia tak kisahlah di Malaysia ke, Uganda ke, Mesir ke, Pakistan ke.. semua sama. Walaupun sambutan Hari Bapa tidaklah se'hot' Hari Ibu, namun hari begini tak semestinya kita abaikan. Lagipun kaum bapa sendiri tak berapa kisah nak sambut ke tak, rilek je cool.. tak seperti kaum ibu yang mempunyai naluri sensitif. Nak itu nak ini. Hehe.. Tapi perlu diingat, tanpa bapa juga, sudah tentu kita pun tak wujud didunia ini. Semuanya dengan izin Allah. Walaupun peranannya tidaklah sehebat pengorbanan ibu, tetapi peranan sebagai ayah amat besar buat diri kita. Seorang insan yang menjaga, mencari rezeki dan memberikan sepenuh jiwa raga semata-mata untuk membesarkan kita dengan baik. Buka balik album gambar dan lihatlah kembali gambar kenangan2 mase kita kecil di samping ibu bapa kita. Jauh berbeza bukan dengan sekarang? Kita semakin dewasa, manakala ayah ibu kita semakin berusia. Selagi mereka ada inilah masanya untuk kita berbakti dan memberi yang terbaek untuk mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya:
“Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat al-Hakim

Oleh itu tak kisah samaada hari ibu atau hari bapa, sayangilah mereka seadanya. Jangan sesekali lukakan hati mereka atau melawan cakap mereka, ok. Hargailah mereka dan sesungguhnya kasih mereka itu membawa ke Syurga yang abadi.. =)

P.A. : Selamat Hari Bapa buat Abah ku tersayang - Pak Ibrahim Ahmad.. Tq for everything, abah. InsyaAllah Along sentiasa bantu abah selagi terdaya. Along sayang Abah.. ;D

Tuesday, June 14, 2011

Warkah Berlagu Pilu


~ Lagu Khas Untuk Kau Bernama E ~


Padamu ku utuskan kalimah penuh perasaan
Untuk ku menyatakan apa yang tersirat di hatiku
Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari hidupmu..

Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan

Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar
Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan..

Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka

Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari hidupmu..

Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan

Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar

Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan

Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka..

P/S : bukan aku yang nyanyi tu ok, pinjam kat youtube je =p

Monday, June 13, 2011

KL Gangster - KL ni gua punya..

Balik kerja tadi gua singgah KLCC semata-mata nak tgk cite ni. Gua terlepas nak tengok haritu sebab pilih cite Super 8. Gua memang suke cite Hollywood berbanding filem tempatan. Sorry to say la. Cite Melayu ni banyak xde feel. Balik2 cite cinta..cite antu..itu jelah. Tapi filem KL Gangster ni seolah-olah menarik perhatian gua untuk tgk. Mybe gua gangster gak kot. Mybe juga sbb gua dengar orang kate cite ni lain dan besh. Besh dari segi mana? So.. gua pun pegi tgk sendirik.

Well, tajuk pun da 'Gangster' sudah tentulah cite ni berunsur ganas & kijam. Tumbuk menumbuk, darah, bunuh-bunuh dan bergadoh adalah aksi wajib mana2 filem ganas. Kali ni kite tengok aksi gangster orang Melayu kita. Filem ni mengisahkan Malek (Aaron) yang baru keluar dari penjara dan mahu bertaubat (bagusla..). Dalam bandar KL ni, terdapat 2 kumpulan gangster yg besar iaitu kumpulan Dragon dan kumpulan King. Masing2 tunjuk hebat dan berebut kawasan. Malek merupakan taiko besar bersama King ketika dulu tp sebab diperangkap oleh Shark (Shamsul) - anak tiri King, Malek dipenjara. Sekembalinya Malek ke KL, dia mendapat tahu keluarganya sudah huru-hara. Adiknya Jai (Adi Putra) menyertai kumpulan gangster Dragon dan adik perempuannya pula sudah rosak akhlak. Maknya diabaikan oleh adik-adiknya dan menyara keluarga dengan menjual kerepek di jalanan. Malek dapat tahu yang masa dia dalam penjara, ramai gangster datang rumah dan buat kacau keluarganya. Adiknya jadi rosak pun disebabkan itu. Mybe kene rogol kot. Sedih tol. Malek dah berniat hendak menjadi baik dan tidak mahu join gangster lagi tetapi niat suci murninya telah diganggu gugat oleh Shark. Shark cemburu dan berdendam dengan Malek kerana Malek begitu rapat dengan King. Dia rase kegangsterannya tergugat. Dia terus mengacau dan tikam kawan baik Malek, - Padil (Zizan) dan bunuh King. Shark juga berjaya pengaruhi Jai join kumpulan dia. Malek hilang sabar dan terus serang tempat Shark sambil dibantu kawannya Ajip dan konco-konconya. Dan pertarungan hebat pun berlaku. Jai vs Ajip dan Malek vs Shark. Shark yang nampak ganas rupa-rupanya sayur je Malek belasah dia. Hanya hebat berkata2 saja. Setelah Shark tumbang, final round - Jai vs Malek. Adik-beradik ni bertumbukan dan akhirnya Jai kalah. Shark pula mati ditembak oleh Dragon yang datang tiba2. Di akhir cerita, Malek masuk penjara semula dan cite pun abisss... huhu..

Begitulah cerita Melayu yang kadang2 kite tak paham penghabisannya. Aik, macam tu je abis? selalu macam tu kan.. tergantung. Tapi, aku rase cite ni lg besh dari Kongsi. Bab aksi gadoh2 memang real gedebe la. Memang nampak diorang tumbuk mcm betul2 lebih2 lagi Adi Putra punya style. Pergh..memang gangster giler. Watak gangster Shamsul plak banyak bunyik je dari aksi. Muke da ganas ade tatoo tp asyik nak memekik je maki hamun sana sini. Bile gadoh, kejap da kalah. Apa pun xbleh.. Watak Zizan pun banyak kelako. Dari segi dialog pula, overall cite ni banyak bahasa kasar digunakan tapi xlah keterlaluan seperti sial, anjing, bodoh, bangang, jahanam, kepala bana, cilake banyak lagi la.. Biase la gangster beb, xkan nak ckp lemah lembut plak. Hallamakk aii... Hahaha. So, terpulangla pada lu nak tengok atau tak. Kalau xnak tgk pun xper kot, tunggu la kuar kat Astro nanti. Tapi jangan kasi bebudak tgk, bahayo tu.. huhu. Ok gua malas la nak cite lebey2, lu tgk la nanti, gua chaloo dulu la beb.. Choi~
Moral : Jangan jadi Gangster kalo xcukup berani...

Rating : *** (3 bintang)

P.A. : Wujud ke gangster2 Melayu ni? Entahla ye.. selama gua dok KL xnampak pun. Tapi gua Gangster Kg. Baru ok... tempat ni gua punya.. ngehehe..