Awan Nano – Hafiz AF7
Lihat ke arah sana, Serakan warna dan berarakan.. Awan
Pabila terik panas, Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan, Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu
Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya Kasih tiada banding Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu
Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Apa Itu Awan Nano?
Lagu nyanyian Hafiz ini tidak asing lagi didengari di corong-corong radio ketika ini. Lagu ini mempunyai kekuatan tersendiri dari segi emosi, penyampaian serta lirik lagu yang begitu puitis maksudnya. Apa itu Awan Nano? Bukanlah awan yang berada di langit atas sana tetapi Awan Nano yang digambarkan didalam lagu ini adalah sebenarnya kasih sayang ayah & ibu kepada anaknya. Diri mereka ibaratnya awan dilangit. Jika anda mendengar dan cuba memahami liriknya, anda dapat rasakan apa maksud yang tersirat disebalik lagu ini. Sudah pasti hati anda akan tersentuh.
Sebagai manusia sudah tentu kita tak dapat lari dari membuat kesilapan dalam hidup termasuklah melukakan hati orang yang kita sayang terutama ibu bapa kita. Ibu bapa kitalah yang menjaga dan melindungi sejak kita dilahirkan hinggalah kita membesar menjadi dewasa. Seperti mana hadirnya awan yang melindungi bumi dari terkena sinar terik panas matahari. Segala pengorbanan dan perit jerih yang dilalui oleh ibu bapa kita tetap mereka lalui dengan senyuman asalkan diri kita ini terjaga dan membesar dengan selamat. Begitulah hebatnya kasih sayang ibu bapa. Jangan sesekali melawan atau mengabaikan ibu bapa selagi mereka ada kerna bila sudah tiba masanya mereka pergi, kita pasti akan menyesal seumur hidup sekiranya tak sempat meminta maaf pada mereka. Mereka ibarat awan yang memayungi dan sentiasa hadir untuk diri kita. Jasa dan pengorbanan mereka tak akan terbalas ibarat takkan tercapai tangan menggapai awan. Itulah Awan Nano yang dimaksudkan. Syabas Sifu M. Nasir kerna menghasilkan lagu yang lain dari yang lain dan betul-betul menyentuh jiwa.. Tahniah juga Hafiz.
P.A. : sangat suka.. tiap -tiap hari dengar lagu ni sampai da hafal lirik.. :)