Kerja
Seperti mana yang korang tau (atau mungkin ade yg baru tau) kerjaya aku sekarang adalah Pereka Grafik (Graphic Designer) di sebuah syarikat di Batu Caves, Selangor. Mungkin aku boleh digelar Senior Graphic Designer kerna aku telah berpengalaman dalam bidang ini lebih 4 tahun lamanya. Aku mula berkecimpung dalam bidang ini pada pertengahan tahun 2006 hinggalah sekarang. Dari tak tahu apa-apa mengenai design sampailah sekarang. Semuanya bermula dengan minat. Minat aku lebih kepada seni dan media dari dulu lagi membuat aku melangkah menjadi Graphic Designer sepenuh masa dan melupakan kerjaya asalku, Web Designer. Dan.. aku sukakan kerja ini walaupun ia kadang-kadang menyakitkan kepala mencari idea.
Kuat Kerja
Ada orang cakap yang aku ini seorang yang kuat kerja atau dalam istilah orang putih 'Workaholic'. Am i Workaholic?.. Well, mybe ada benarnya wlaupun aku tak berapa setuju. Aku selalu balik kerja lewat dan selalunya balik selepas semua pekerja sudah balik. Tinggallah aku sorang-sorang di ofis tanpa siapa. Namun, aku da biasa dengan situasi ini. Aku pernah stay-back di ofis sampai pukul 4 pagi sorang-sorang. Bayangkan ketika itu ofis pula penuh dengan patung-patung kejadah tapi aku kuatkan saja hati ini. Selalunya aku buat begini tak lain tak bukan hanya kerana terpaksa. wah..macam lagu Fran plak, Kerana Terpaksa. hehe.. Kalau tidak, aku pun mahu balik awal pukul 6 macam orang lain. Sesiapa yang kenal diri aku ini taulah dia kenapa la aku ni rajin sangat balik lambat. Kerja-kerja urgent dan kerja-kerja yang designer lain tak sempat (atau malas sbenarnya..) siapkan aku buatkan hingga siap. Tak apalah, biarlah aku buatkan tanpa bantuan sesiapa. Lagi senang, bagi kerja kat diorang pun belum tentu diorang akan buat siapkan. Jadi, tiada pilihan lain kalo nak cepat aku jugalah yang buatkan. Aku menyampah nak mengadap muka Taiko yang selalu tanya pasal kerja. Kadang-kadang kerja orang lain tak siap atau tak sempurna pun, aku juga yang kena. Tak apa, aku da biasa. Cuma aku harap diorang faham.
Cari Kerja
Disamping kesibukan membuat kerja, sambil-sambil tu aku cuba-cuba mencari peluang kerja yang lain di waktu kelapangan. Selalunya aku check di JobStreet mane tau ada kerjaya yang sesuai. Kenapa? Aku nak berhenti ya? hehe.. Hm, mybe ya. cuma tak tahu lagi bila. Bukan kerana da tak suka kerja dengan syarikat sekarang, tiada apa yang nak dibenci, cuma berhasrat ingin mencari pengalaman baru untuk memantapkan lagi kemahiran. Rasa dah terlalu lama berkhidmat disini. Aku mahu satu kelainan. Terus terang aku katakan, aku idamkan kerjaya dengan syarikat penerbitan, media cetak atau majalah. Itu sesuatu yang baru dan lebih mencabar. Bila sudah sangat mencabar, hasilnya sudah tentu sangat lebih berbaloi. Berbeza dengan tempat kerja aku sekarang. Aku da apply banyak tempat cuma tunggu panggilan saja. Kalau ada rezeki, dapat saja panggilan, aku terus pergi.. dan diharap hasrat ini akan tercapai. InsyaAllah.
P.A. : Nasihat saya, jangan apply sesuatu kerja melainkan anda betul-betul minat dengan kerja itu. Kalau tidak anda kemana, kerjaya pun tak bermakna..

kamo bersabar la yer putera arjuna...saya doakan kamo temui kebahgiaan di dalam pekerjaan dan kehidupan.AMIN............
ReplyDeletetq bib.. kamo mmg memahami.. hehe :)
ReplyDeleteowh yea ...saye juge mendoakan kamu berdua bahagia ..sekian terima kasih ..hehehee =P
ReplyDelete