Isu dan spekulasi pemindahan terbesar BPL musim ini , Fernando Torres ke kelab ternama Chelsea masih hangat diperdebatkan oleh peminat sukan bola sepak walaupun ia sudah pun berlalu beberapa hari. Chelsea telah memberi tawaran lumayan buat Torres pada saat akhir dibukanya transfer pada musim dingin. Kelab itu telah membelanjakan sebesar 50juta euro untuk mendapatkan khidmatnya. Disebalik dengan pelepasan Torres ke Chelsea, kelab Liverpool juga mendapat keuntungan dimana Liverpool pula telah mengambil dua pemain yang tidak kurang hebatnya - Caroll dan Suarez sebagai ganti.
Tidak dinafikan, ramai yang melahirkan rasa kecewa atas perpindahan ini terutamanya peminat setia kelab Liverpool hinggakan Torres digelar si pengkhianat (traitor) oleh mereka. Tetapi mungkin Torres ada sebab tersendiri yang relevan untuk nekad meninggalkan Liverpool. Namun apa yang sudah jadi, tetap terjadi, Torres kini berada di Stamford Bridge dan menyarung jersi Biru. Memang nampak janggal pada mulanya tapi mungkin kita memerlukan masa untuk membiasakannya.
Perlawanan Chelsea bertemu Liverpool pada 06 Februari lepas menjadi ujian pertama yang getir buat Torres kerana dia terpaksa berdepan dengan bekas kelabnya itu. Keputusannya Chelsea kecundang 0-1 kepada Liverpool. Ini membuatkan peminat bola sepak tertanya dimana hebatnya pemain ternama ini jika di Chelsea. Walaupun begitu, diharapkan dengan kehadiran Fernando Torres ke Chelsea selepas ini akan memberi impak baru kepada kelab itu untuk terus mengungguli carta liga Inggeris. Kita lihat saja nanti perkembangannya.
P.A. - Dari Merah ke Biru.. Torres dibayar berjuta ribu, tapi jangan bila sampai game je nampak haru.. jangan bikin malu..
No comments:
Post a Comment