Thursday, October 27, 2011

Review Filem - REAL STEEL


Aii malasnya nak update blog. Asal online je trus layan fb sampai lupe update blog. hehe.. Real Steel.. Yeah, that is not the official poster for this movie. That's me. hehe.. Well, cite ni dah lama kat wayang dan tentu korang pun da tengok tapi aku tetap nak review jugak kat sini. Pasal cite ni best sesangat. Berbaloi-baloi kata orang..hehe.

Berbalik pada ceritanya. Selalunya kita tengok orang bertinju di rancangan sukan tv tapi bayangkan bagaimana pula robot pulak bertinju. Filem Real Steel menjadikannya seolah-olah suatu realiti. Dibintangi Hugh Jackman sebagai Charlie Kenton, bekas peninju yang mengalami masalah kewangan dan hidup tak menentu. Dia kehilangan karier sebagai peninju apabila dunia semakin maju dan era robot tinju mula menguasai gelanggang sukan berkenaan. Penonton mahu lebih kekerasan dan brutal sebagai hiburan. Oleh kerana hilang punca pendapatan, Charlie menjadi seorang penganjur pertandingan tinju kecil-kecilan dengan menggunakan robot yang dicantum daripada besi-besi terbuang untuk meraih wang.

Fikirannya semakin kusut apabila anaknya Max yang telah ditinggalkan sejak kecil kini muncul. Max mengikut Charlie kemana saja dan menemui robot bernama Atom di sebuah kawasan buangan. Pada mulanya Charlie tidak suka pada perangai anaknya, tetapi lama-kelamaan Charlie baru nampak kebijaksaan dan kesungguhannya. Atom dibersihkan dan dilatih menjadi robot peninju. Istimewanya Atom ini dia boleh meniru pergerakan manusia di hadapannya, tidak seperti robot peninju yang lain yang terlalu bergantung pada sistem.

Sikap yakin Max terhadap Atom membawa keuntungan. Atom berjaya mengalahkan robot peninju yang lain di beberapa arena tinju underground. Kejayaan demi kejayaan membuatkan nama Atom dikenali dan menjadi sebutan peminat sukan tinju ketika itu. Hinggalah Atom berjaya menempa nama di gelanggang Real Steel. Max dengan tidak teragak-agak telah mencabar Raja Robot Tinju - Zeus secara terbuka di gelanggang WRB. Zues dimiliki oleh seorang wanita kaya tetapi busuk hati.

Demi meralisasikan impian anaknya, Charlie telah mengajar Atom teknik2 tinju yang betul untuk menghadapi robot Zues yang lebih kuat dan besar. Pertarungan sengit antara Atom vs Zeus diadakan di gelanggang Real Steel. Baru loncengan pertama saja, Atom telah ditumbuk terus jatuh oleh Zeus. Memang terkejut semua orang. Ternyata Zeus lebih gagah dan pantas. Tetapi semangat juang Max dan Charlie tak pernah luntur dan Atom terus berjuang menghadapi musuhnya. Bertubi-tubi Atom dibelasah tetapi ia masih xmau mengaku kalah.

Berkat keyakinan yang kuat akhirnya Zeus dapat jua ditundukkan dengan tumbukan balas bertubi-tubi dari Atom. Tapi Atom menang ke? haaa.. kene tengok sendiri ape yang terjadi seterusnya.. hehe. Apa yang menarik mengenai filem ini adalah saat-saat emosi yang merapatkan kembali hubungan antara seorang bapa dan anaknya. Dari seorang ayah yang useless akhirnya berubah menjadi seorang yang bertanggungjawab demi kebaikan anaknya. Jadilah seorang yang bertannggungjawab dan jangan mengecewakan harapan orang tersayang. That's a good point from the great story.. =)

Y2N Rating - ***** (5 stars for Atom!)

P.A. : one of the best movie in 2011... yeah, thumbs up! abih je tgk movie ni aku berlatih tinju. apakah? hehe.. =P

2 comments:

  1. citer ni kalau ada org nak blanje aku tgk sekali lagi pun aku nak ...hahaha ...! love it ! pretty awesome !

    ReplyDelete
  2. CB, apa kate aku banjer ko tgk cite ni lg? ok x?

    ops, sorriee..
    dah xde kt wayang da. nextt...
    akakaka.. xD

    ReplyDelete