Friday, May 20, 2011

Jom Berbasikal di Taman Botani Negara

17 Mei hari tu merupakan hari cuti Wesak. So, dari borink dok rumah, makan tido membesarkan perut saja, baik aku kuar beriadah kuarkan peluh. Kebetulan kawan aku si Sharmi menge'tag' aku di FB mengenai aktiviti berbasikal di Taman Botani Negara, Shah Alam. Memang aku suke la. Dah lama xbawak basikal ni. Kami bertolak jam 7 pagi dan tiba di Taman Botani itu jam 8.30 pg. Disana aku berkenalan dengan kawan2 Sharmi - Suzie, Ina & Apan. Setelah sesi berkenalan & breakfast, kami pergi mendapatkan basikal sewa. Memang ramai orang mase tu menunggu giliran mendapatkan basikal tapi alhamdulillah.. rupanya Sharmi da booking awal2 so tak payah la beratur panjang. Sharmi orang Tourism Malaysia so senang je la nak dapat khidmat macam ni, tak payah tunggu lama-lama.

Setelah mendapat basikal pilihan masing2, kami pun berkayuhla sepanjang jalan dalam Taman itu. Suasana pagi hutan dalam Taman itu sungguh menenangkan. Dah lama aku tak rasa sebegini. Itu la asyik duduk bandar je mengadap dinding bangunan. Haha.. So, macam biasala. Sambil berkayuh tu sibuk je bergamba sana-sini. Masing-masing dengan perangainya. Kawan2 Sharmi tu memang sempoi lebih-lebih lg si Suzie tu. Asyik bercakap je. Haha.. Dalam sibuk kitorang tengah berkayuh tu, satu kejadian telah berlaku. Sorang biker Uncle Cina jatuh tercampak dari basikal betul2 kat belakang kami. Habis berdarah kepala Uncle tu. Kitorang cepat2 tolong dia dan panggil bantuan. Bantuan kecemasan jururawat segera diberikan oleh cik Suzie. Setelah mendapat bantuan, Uncle tu dihantar ke hospital. Kami continue berkayuh dan singgah di Taman Kaktus. Di situ sibuk masing2 berposing bergamba sakan. Macam2 telatah diorang ni. Aku yg mula2 nak control macho pun akhirnya terlebey suda juga. Terlompat2 ambik gambar. Masa on da way balik semula, tayar basikal Sharmi paancit pulak. Terpaksa la menolak sampai bawah. Haha.. Memang penat tapi aktiviti ni bestla. Rasa nak pegi lagi nanti. Selepas lunch kami pun berpisah dan aku pulang ke KL semula. Mybe lepas ada lagi aktiviti yang akan diorganize oleh Sharmi n the gang dan aku pasti akan ikut lagi hehe..

Kepada sesiapa yg rasa2 nak beriadah berbasikal mcm ni bolehla datang Taman Botani Negara ini. Pastikan anda datang awal pagi pasal ramai orang beb. Sewa basikal RM 3 sejam pertama dan tambah RM 1 untuk jam2 berikutnya. Untuk maklumat lanjut sila lawati website www.tamanpertanianmalaysia.gov.my okeh. Alahai promote plak. So.. kita enjoyy.. :D

P.A: Next Destination.. Cameron Highland... :D

Monday, May 16, 2011

Terima Kasih, Cikgu..

Semua orang tahu, 16 Mei sememangnya telah diiktiraf sebagai Hari Guru buat semua guru-guru yang mana ia disambut seluruh dunia. Pada mereka insan yang bergelar guru, cikgu, teacher, uztaz atau ustazah pasti hari ini merupakan hari yang amat bermakna buat mereka. Setiap kali tiba Hari Guru, pasti ada hadiah istimewa akan diterima para guru dari anak-anak muridnya. Sebagai memperingati jasa dan pengorbanan seorang guru, seharusnya kita memang perlu meraikan hari begini. Menyebut tentang Hari Guru, aku teringat kenangan semasa di sekolah dulu. Adakah masih kita ingat akan cikgu-cikgu kita semasa kita sekolah dahulu? Dimana mereka sekarang? Apa khabar mereka? Adakah mereka masih bergelar guru? Pernahkah kita ambil tahu lagi seperti dulu? Semua persoalan itu kadang-kadang aku terfikir. Sejak sekolah tadika lagi hingga ke sekolah menengah, aku masih ingat lagi raut wajah dan nama cikgu-cikgu yang pernah mendidik aku walaupun tidaklah semua. Dan sempena Hari Guru yang bermakna ini, aku dedikasikan entry ini khas untuk mereka. Berikut adalah cikgu-cikgu yang menjadi favorite aku semasa di sekolah dulu.

Sekolah Tadika
1. Cikgu Saidah - cikgu pertama yang mendidik aku.. :)

Sekolah Rendah
1. Teacher Lee ( Bahasa Inggeris) - sanggup gadaikan masa cuti Chinese New Year buat tuisen demi mase depan anak murid. huhu...
2. Cikgu Paat (Kemahiran Hidup) - suka buat jenaka & banyak bagi nasihat yang berguna.

Sekolah Agama
1. Ustaz Sairozi - suka bg denda yang pelik2 hukum pelajar termasuk aku. Aku ponteng so kene denda pusing satu blok sekolah dengan kepala diserkupkan dengan plastik bag. Uwahaha...sedih + malu. Tp semua tu jadi kenangan manis dan pengajaran yg bermakna. terima kasih Ustaz..
2. Ustazah Pn. Khadijah - selalu bg sokongan moral dan suke bg aku markah tinggi2.. hehe..

Sekolah Menengah
1. Cikgu Jaslaini (Matematik) - the best teacher of my life.. i salute you forever :)
2. Cikgu Fazli (Fizik) - asyik nak marah je tp bagus cara mengajar, mudah skor.
3. Cikgu Adnan (Sains & Cikgu Disiplin) - cikgu yg garang, bawak rotan kemana saja.
4. Cikgu Maslina (Bahasa Inggeris & Kaunseling) - cikgu fav budak kelas aku, lembut je orangnya. maklumla cikgu muda chantek katekan.. hehe.

Semua cikgu-cikgu ini pernah menjadi sumber inspirasi aku dulu. Dari tak tahu belajar sampai pandai. Sebenarnya ramai lagi aku nak sebutkan tapi aku dah xberapa ingat lagi nama2 mereka. (Terukkan aku..huhu). Itu belum cite aku kene lempang and kene berdiri atas kerusi lg. Haha.. Tapi apa yang penting..apa pun cikgu kita cuba lakukan semuanya demi kebaikan kita juga. Tanpa berkat doa dan usaha mereka, kita pasti tiada disini. Maybe kalau tiada mereka, aku akan keje kilang mahupun pekerja ladang sawit. Mane tau..huhu.. Semoga mereka semua dalam keadaan yang baik. Hanya Allah saja mampu membalasnya. Cikgu, walau dimana kamu berada, jasamu tetap diingati. Terima kasih, Cikgu..

P.A. : Selamat Hari Guru juga buat kawan-kawan cikgu - Cikgu Zaff, Cikgu Reen, Cikgu Shikin, Cikgu Mat, Ustaz Shahrizan & Cikgu Sunaidi. Sesunguhnya, kamu telah memilih jalan yang mulia.

Thursday, May 12, 2011

Friday 13th.. Dikejar Harimau!

Pernah anda mimpi yang menakutkan sehingga bila dah terjaga pun masih teringat dan berasa takut2? Haa.. aritu pada malam jumaat 13 Mei (Friday 13th.. terkenal dengan kisah2 seramnya) aku termimpi dikejar ngan Harimau. Ye, harimau betul la.. bukan harimau maskot ataupun biskut harimau, juga bukan hari-hari mau.. haha. Get serious! Saje je nak cite. Aku pun da tak ingat camne mulanya mimpi tu tp aku masih ingat saat ketika dikejar dan diburu oleh seekor harimau. Sedang aku dok bersembang ngan member aku, tetibe je dtg seekor harimau besar jenis phantera tigris datang usha dari jauh. Aku jd pelik camne ade rimau kat situ sedangkan mase tu aku bukan kat zoo atau kat hutan. Tanpa pikir panjang, aku pun blah dari situ sambil ignore je kat rimau tu. Tetibe je dia mengaum then trus je kejar aku. Terkincit aku terus lari lintang pukang menyelamatkan diri. Aku tak tau apsal rimau tu kejar aku je padahal aku perasan orang lain pun ade mase tu. Aku cube nyorok dalam bilik, tapi dia boleh tau, macam magik dia pun da ada dlm bilik tu jugak. Terus dia lompat nak terkam pastu.. pastu... aku pun terjaga. Huh..huuh.. berpeluh-peluh aku mase terjaga. Haha.. Well, paginya aku try usha kat Google tafsir mimpi. Nampak cam bende remeh tp kene amik tau jugak. Mane tau ada apa2 nak terjadi. Cuak gak.. So, antara makna-makna mimpi ini yg telah aku dapatkan :

1. Akan mendapat keberuntungan / kerja
Kerja? Well.. ini mcm petanda yang baik. Mybe dapat kerja kat tempat baru. Memang ade apply bnyk tempat sblm ni tapi tak taulah bile leh dpt. Kalo ini maknanya, tak aperlah leh terima gak. Tunggu jelah hehe..

2. Ada orang berniat jahat dengan kita.
Ini...ini.. inii..tak baik. Ada orang dengki la ni. pHd.. Sape la tu yang nak buat jahat kat aku. Kadang-kadang susah berbaik ngan semua orang, luaran nampak je baik tp dalam hati berniat jahat pada kita. Pendek kata, ada musuh dalam selimut. Kalau ini petandanya, aku kena berjaga-jaga.. huhu..

3. Ada orang akan berase kecewa dengan kita.
Alahai..ini lagi satu.. Tak tau la sape la ni and tak tau ape salah kite nanti.. Mybe dia antara kawan2 aku? kalo lelaki ok lg, tapi kalo hati permpuan kalo kita kecewakan, payah beb... Kalau betul ade, mintak maaf la banyak2. Huhu..

4. Ada orang berminat / jodoh nak sampai.
Arkk.. aku bagai tak percaya makna yg ini. betul ke ni? Kalau org pompuan dia mimpi ular so lelaki mimpi harimau. Tapi, ade ke orang minat kat aku ni? kene check ni. haha.. Well, soal jodoh plak, susah aku nak menjawabnya. Biarlah Allah tentukan.. Rileks2, aku akan kawen jugak nanti cume lambat skit je.. hehe..

So, tak taulah mane satu yg betul. Tapi bak kata orang, mimpi ini hanya mainan tido saja. Sblm tido basuh kaki, bace doa. So, terpulanglah pada diri kita nak percaya atau tidak. huhu..sabo jela..

P.A. : nasib baek rimau tu tak wat tiger show, mau kelain aku jadinya... bagero.. haha.

Monday, May 9, 2011

Urgh.. Panasnya..

Panasss.. Argghh.. da bape ari aku xleh tido nyenyak. Bukan pasal serangan pengganas nyamuk atau bunyik bising kenderaan diluar mahupun sedang merindukan seseorang tapi cuaca panasss.. biarpun waktu malam, bahangnya terasa hingga berpeluh-peluh satu badan. Rumah aku tingkat 4 pun da terasa panas apetah lg tingkat bawah agaknya. Pejam mata kejap saja kemudian terjaga balik, terguling-guling atas katil, trus jatuh... Last-last atas lantai jugak aku tido.. huhu. Memang perit bile masuk rumah je rase bahang panas. Semua peralatan, bantal, tilam, buku, paip air semua jd hangat. Betul-betul dugaan ni. Aku skang tido kipas betul2 sebelah aku kalo tak sebelum ni kipas ade la jarak dalam 3 kaki cam tu. Well, aku rase bukan aku sorang je rase mcm ni, mybe seluruh rakyat Malaysia agaknya (xsemua la..). Mak aku tipon pun kate kat Johor terasa panas waktu malam. Betul la tu satu Malaysia rasa panas. Yang ade aircond tu sedap la. Kita nak beli aircond xmampu lg. (dok rumah sewa biasela ekeke..) Kalo malam da rasa bahang camni, waktu siang entah camne lg. Sib baik la kite ni keje pejabat, ofis tu semua pakai aircond. Sejuk skit. Melainkan ade orang bikin panas baru terasa panas hati..hehe. Sebab ape ye leh panas semacam mcm ni haa? Korang tau ke? Well, mungkin ada yang dah tahu sebab musabab fenomena kepanasan ini berlaku. Bagi mereka yang belum tahu, meh aku bgtau skit info..

Berdasarkan sumber akhbar, menurut kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong, suhu panas yang melanda di Malaysia ini berpunca dari kesan Ribut Tropika Aere di Filipina. Ia meniup angin dari arah Barat Daya Filipina ke negara ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering. Wat mase ni, hujan xdpt turun dalam jangka masa seminggu gitu. Keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 - 38 darjah Celcius (normal 32 darjah Celcius je) dan akan berakhir selepas seminggu lagi.

So, kene tahan la yee... Tu baru je Tuhan nak uji skit, panas kat dunia, dah kita keluh kesah. Kalo da dok bawah ekon masih panas gak, maknanya banyak dosa tu, bawak2 la tobat. hehe.. Banyakkan minum air masak (xsemestinya ais). Banyakan beristighfar dan ingatlah, ini baru panas dunia, panasnya neraka tu lagi la dashatttt tak terhingga. Huhu.. Kita minum duluuu...

P.A: menaip entry ni pun da berpeluh.. huhuh..sabo je la..

Friday, May 6, 2011

Filem Pilihan - THOR

Diadaptasikan dari Marvel komik, kini giliran superhero gagah perkasa dari langit, dewa halilintar - Thor, menggegar dunia anda. Nun jauh di angkasaraya sana, terdapat sebuah kerajaan dewa (bukan kerajaan langit Ayah Pin, ok..) bernama Asgard. Thor adalah anak sulung kepada Raja Asgard, Odin AlFather dan adiknya bernama Loki. Kedua-dua anak raja ini berbeza karakternya. Thor lebih agresif, ganas, degil & suka berlagak manakala Loki pula lebih bersikap cool je (air tenang jangan disangka tiada buaya). Semasa hari pertabalan Thor sebagai raja baru oleh ayahnya, kubu tempat tersimpannya senjata kiub Frost Giant telah diceroboh oleh musuh. So, pertabalan itu tergandala dan Thor tidak sempat menjadi raja. Oleh kerana tidak puas hati, Thor menjadi marah dan bersumpah untuk menewaskan puak Frost Giant itu sendiri. Ayahnya melarang tetapi Thor begitu degil malah melawan plak cakap ayahnya (kuang aja punya anak). Berbekalkan Tukul besi ajaibnya, Thor bersama rakan-rakan seperjuangannya telah ke tempat musuh tanpa keizinan ayahnya. Ternyata tindakan melulu Thor itu mengundang padah. Dia bukan saja hampir dibunuh oleh Frost Giant malah dihukum pula oleh ayahnya kerana melanggar perintah. Tindakan Thor itu telah memecahkan perjanjian damai & hubungan diplomatik antara Raja Asgard dan Frost Giant. Raja Asgard terlalu murka lalu menarik balik kuasa Thor dan mencampakkan Thor ke bumi sebagai hukuman.

Setibanya di Bumi, Thor kebetulan telah ditemui dan berkenalan dengan Jane Foster, seorang awek saintis yang mengkaji fenomena angkasa. Sepanjang perkenalan Thor dan Jane, sikap negatif Thor sedikit demi sedikit berubah menjadi baik. Dia mula belajar menjadi peramah dan menghormati orang lain. Di samping itu, Loki yang sebelum ni bersikap cool rupanya ade agendanya tersendiri. Ketiadaan Thor di Asgard membuatkan Loki mengambil kesempatan untuk merampas kedudukan takhta raja. Odin tergezut dengan perubahan sikap Loki, terus baginda jatuh sakit lalu pengsan. Secara tidak lansung, Loki melantik dirinya sebagai Raja Asgard yang baru. Untuk mengelak Thor kembali ke Asgard, Loki telah mengarah resaksa besi ke bumi untuk membunuh Thor. Thor yang telah kehilangan kuasa telah dibantu oleh rakan-rakannya yang turun ke Bumi untuk menyelamatkannya. Thor kembali mendapat kuasa Tukul Besinya setelah menyempurnakan sumpah ayahnya. Dengan kuasa halilintar tak terbatas dan hentaman tukul besi, Thor mudah saja menewaskan raksasa itu.

Thor terbang kembali ke Asgard dan seterusnya menewaskan Loki. Thor kembali mendapat kepercayaan ayahnya dan dilantik sebagai Raja Asgard yang baru. Oleh kerana jambatan yang menghubungkan dua dunia itu telah musnah, Thor tidak dapat kembali ke Bumi. Dia merindui Jane dan berjanji akan kembali manakala Jane sentiasa sabar menanti kepulangannya sambil menyanyi.. "Kau selalu dihati, tak ku dekati, dua dunia kita berbeza.." chewahh.. jiwang plak. sukati je tambah.. hahaha.. layann.

Y2N Rating : 4.5 bintang

P.A. : Hulk + Iron-Man + Thor.. Tak lama lagi kuar Captain America plak. The Avengers pasti bersatu nanti..

Thursday, May 5, 2011

Filem Pilihan - Fast & Furious 5

Kalau anda kipas-susah-mati Fast & Furious sejak dulu lagi, pasti anda takkan lepaskan peluang untuk menonton filem terbarunya ini. Mengekalkan hero lama lg macho Brian O'Conner (Paul Walker) dan Dom Toretto (Vin Diesel) sebagai pelakon utama. Mereka bersama Mia (awek Brian) telah melarikan diri ke Rio Janeiro, Brazil selepas berjaya mencilokkan diri daripada tahanan polis. Kini mereka menjadi orang yang paling dikehendaki dan diburu oleh pihak Amerika. Setibanya di Rio, mereka merancang satu kerja gila iaitu merampok orang paling berpengaruh bernama Reyes. Tujuannya untuk membersihkan nama diorang sambil mencari kebebasan hidup (kire buat jahat pada orang jahat untuk jadi baik..hehe). Reyes merupakan businessman yang shit evil dan kaki rasuah paling top di sana. Tetapi, usaha untuk merompak duit Reyes bukanlah kacang goreng kerana pengaruh meluasnya hinggakan dia dilindungi oleh pihak berkuasa di Rio (da kene rasuah biase la..).

So, untuk melaksanakan kerja gila itu lebih lancar, mereka telah panggil member2 lama mereka yang otai dalam bidang sebegini (flashback filem2 dulu). Masalah bertambah rumit apabila muncul satu pasukan polis elit yang diketuai Luke Hobbs (The Rock) yang diarah untuk mencari Dom and the gang hingga ke lubang cacing.

So, no doubt cerita ni penuh dengan aksi mendebarkan. Antara babak menarik yang bakal membuat anda terkesima time aksi mencilok kereta di keretapi, kereta sport terjunam dalam tasik, berlumba pakai kereta polis (slamberg je diorang rembat kete polis), Dom bergasak dengan Hobbs (Vin Diesel vs The Rock tuu..), & finally, aksi bawak lari peti besi duit Reyes yang diikat dan diseret sepanjang jalan dengan kereta. Habis hancus bancai bandar Rio kene hentam ngan peti besi yang diseret dan bergolek-golek di atas jalan raya. Habis harta awam Majlis Perbandaran Rio kerana angkara diorang ni. haha.. Memang dashat giler cite ni. Uii dashaaatt.. Pegi la tengok sindrik kalo masih ada lg.. hehe..

Y2N Rating : ***** (5 bintang beb..!)

P.A : terima kasih pada orang yang banjer sy tengok cite ni. saya ni kipas-susah-mati The Rock. if yaaa smeellll....what the rock is cookinn..

Wednesday, May 4, 2011

Osama : Gugurnya Seorang Pejuang


1 Mei 2011 yang lepas, seluruh dunia digemparkan dengan berita kematian pengganas yang paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat iaitu Osama Bin Laden. Kalau dihitungkan semenjak pemerintahan G.W. ' Shit' Bush hingga Barack Obama, penantian itu telah jejak hampir 10 tahun lamanya. Begitu hebat Osama berjaya melolos dan menyembunyikan diri dari dikesan tentera penjajah.

Namun begitu, bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua begitu jualah si tokoh militan hebat - Osama Bin Laden. Osama diburu Amerika sejak peristiwa 11/9 kemusnahan WTC di New York pada 2001. Peristiwa dashat itu bagaikan satu tamparan hebat buat umat Islam sedunia kerana sejak itu Islam dianggap agama terrorist ( satu lagi agenda Yahudi dan Kafir Laknatullah). Seluruh rakyat Amerika dan negara bersekutu bagaikan menyambut sebuah pesta tahun baru setelah berita kematian Osama diumumkan. Anda sendiri lihatnya di kaca tv bukan? Walaupun kita tiada apa kaitan dengan Osama, tapi jika melihat keadaan begitu, tidakkah terdetik hati anda rasa seolah-olah Islam ini sengaja dipermain-mainkan oleh mereka? Begitu angkuhnya Amerika itu..

Persoalannya adakah dunia akan terjamin aman selepas ini? Atau mungkinkah berlaku perkara yang lebih dahshat lagi? Ini mungkin dengan tumbangnya tunggak al-Qaeda itu tak bererti perjuangan radikalnya lenyap sama-sekali. Mungkin esok lusa akan wujud, 'Osama' yg lain pula sebagai penyambung warisan pejuang radikal yang lebih agresif. Siapa tahu.. Tiada siapa pun sukakan peperangan dan pertumpahan darah, hanya orang yang tidak berperikemanusiaan saja sukakannya. Kini Osama sudah tiada. Walaupun ramai yang percaya ia hanya satu agenda dan propaganda Barat. Kerana hingga kini masih tiada bukti yg kukuh dan meyakinkan. Terkejut juga bila terdengar berita Osama disemadikan di lautan bukan di tanah perkuburan. Ini bukan caranya seorang Islam disemadikan namun apa kan daya kita ini.. jika benar berlaku, mungkin ini sudah ketentuan dariNya.. Wallahua'lam..

Jadi, jika benar berita beliau sudah meninggal dunia, sebagai menghormati saudara seIslam, kita patut sedekahkan Al-Fatihah buat beliau. Biar sejahat dan sekejam mana yang diperkatakan orang kepadanya, namun dia berhak mendapat hak sebagai seorang Islam. Baik dan buruk biar Allah tentukan. Semoga rohnya diterima dan dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. . Amin.

P.A : Matinya seorang pengganas tidak bererti berakhirnya peperangan, Matinya seorang pejuang tak bererti berakhirnya semangat juang.