Friday, May 6, 2011

Filem Pilihan - THOR

Diadaptasikan dari Marvel komik, kini giliran superhero gagah perkasa dari langit, dewa halilintar - Thor, menggegar dunia anda. Nun jauh di angkasaraya sana, terdapat sebuah kerajaan dewa (bukan kerajaan langit Ayah Pin, ok..) bernama Asgard. Thor adalah anak sulung kepada Raja Asgard, Odin AlFather dan adiknya bernama Loki. Kedua-dua anak raja ini berbeza karakternya. Thor lebih agresif, ganas, degil & suka berlagak manakala Loki pula lebih bersikap cool je (air tenang jangan disangka tiada buaya). Semasa hari pertabalan Thor sebagai raja baru oleh ayahnya, kubu tempat tersimpannya senjata kiub Frost Giant telah diceroboh oleh musuh. So, pertabalan itu tergandala dan Thor tidak sempat menjadi raja. Oleh kerana tidak puas hati, Thor menjadi marah dan bersumpah untuk menewaskan puak Frost Giant itu sendiri. Ayahnya melarang tetapi Thor begitu degil malah melawan plak cakap ayahnya (kuang aja punya anak). Berbekalkan Tukul besi ajaibnya, Thor bersama rakan-rakan seperjuangannya telah ke tempat musuh tanpa keizinan ayahnya. Ternyata tindakan melulu Thor itu mengundang padah. Dia bukan saja hampir dibunuh oleh Frost Giant malah dihukum pula oleh ayahnya kerana melanggar perintah. Tindakan Thor itu telah memecahkan perjanjian damai & hubungan diplomatik antara Raja Asgard dan Frost Giant. Raja Asgard terlalu murka lalu menarik balik kuasa Thor dan mencampakkan Thor ke bumi sebagai hukuman.

Setibanya di Bumi, Thor kebetulan telah ditemui dan berkenalan dengan Jane Foster, seorang awek saintis yang mengkaji fenomena angkasa. Sepanjang perkenalan Thor dan Jane, sikap negatif Thor sedikit demi sedikit berubah menjadi baik. Dia mula belajar menjadi peramah dan menghormati orang lain. Di samping itu, Loki yang sebelum ni bersikap cool rupanya ade agendanya tersendiri. Ketiadaan Thor di Asgard membuatkan Loki mengambil kesempatan untuk merampas kedudukan takhta raja. Odin tergezut dengan perubahan sikap Loki, terus baginda jatuh sakit lalu pengsan. Secara tidak lansung, Loki melantik dirinya sebagai Raja Asgard yang baru. Untuk mengelak Thor kembali ke Asgard, Loki telah mengarah resaksa besi ke bumi untuk membunuh Thor. Thor yang telah kehilangan kuasa telah dibantu oleh rakan-rakannya yang turun ke Bumi untuk menyelamatkannya. Thor kembali mendapat kuasa Tukul Besinya setelah menyempurnakan sumpah ayahnya. Dengan kuasa halilintar tak terbatas dan hentaman tukul besi, Thor mudah saja menewaskan raksasa itu.

Thor terbang kembali ke Asgard dan seterusnya menewaskan Loki. Thor kembali mendapat kepercayaan ayahnya dan dilantik sebagai Raja Asgard yang baru. Oleh kerana jambatan yang menghubungkan dua dunia itu telah musnah, Thor tidak dapat kembali ke Bumi. Dia merindui Jane dan berjanji akan kembali manakala Jane sentiasa sabar menanti kepulangannya sambil menyanyi.. "Kau selalu dihati, tak ku dekati, dua dunia kita berbeza.." chewahh.. jiwang plak. sukati je tambah.. hahaha.. layann.

Y2N Rating : 4.5 bintang

P.A. : Hulk + Iron-Man + Thor.. Tak lama lagi kuar Captain America plak. The Avengers pasti bersatu nanti..

3 comments: