Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion - menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita. Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.
Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman. “Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya. Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal. Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum. “Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. - Reuters
Petikan dari Harian Metro 26 Mei 2011
---------------------------------------------------
Apa pendapat korang tentang ni? First time aku bace ni aku macam nak tergelak then rase terkezut pun ada. Makin tak senyum, makin pompuan suke ke? Pelik.. Setau aku kebanyakan perempuan sekarang suke lelaki periang, pandai menghibur dan bersifat nakal2 sikit. So, maknanya selama ni senyuman yg diberikan oleh lelaki xbermakna la? hahaha.. Macam2.. Well, actually mybe hanya perempuan di Vencouver saja kot bersifat begitu. Tak taulah pula para gadis dan wanita di Malaysia. Tapi tak perlu hairan, sememangnya memang ada orang perempuan suka lelaki jenis pemalu macam ni. Lelaki yang bersifat pendiam dan tak banyak cakap ni, kadang-kadang disukai kerana dianggap sebagai 'COOL' oleh mereka. Tak banyak menimbulkan masalah, good listener dan pandai settle sendiri. Maybe betul juga cuma depends pada orang la. Tapi kalo nak jd pendiam pun janganlah sampai ketahap tak senyum lansung, masam je muka, tu emo namanya. Tak sosial pun susah juga kan? Nanti dianggap kera sumbang. hehe..
Well, artikel berita ini membuat aku terfikir ape nak buat. Sebelum ni aku xlah pendiam / banyak cakap sangat, kadang-kadang ada mase petah gak aku bercakap, kadang-kadang buat lawak ntah apa2 kat kawan-kawan, kadang2 ada masa aku pun jadi pendiam. So, mane satu yang perempuan suka sebenarnya? Mybe lepas ni aku nak try kurangkan senyum pada perempuan dan wat muke ala-ala cool je.. Macam poyo la plak. Ok x? Mane tau ade yang sangkut.. Da sangkut barulah leh senyum puas2. Wahahaha.. Ok, Senyum.. tak perlu kata apa2.. senyum.. :D
P.A. : Waktu pagi adalah waktu yg sukar aku senyum di tempat kerja, ketika artikel ini ditaip pun, aku tidak tersenyum.. mybe aku mengharapkan senyuman dari orang lain. hehe..
jadi diri sendiri jer .. =) itu lebih memikat...
ReplyDeletehahaha.. ek? okeh. tq.
ReplyDelete