Sunday, May 29, 2011

Teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60an


Sudah agak lama aku tak menonton teater di Istana Budaya, paling last pun 2 tahun lepas. Itula asyik tengok movie saja. Sekali sekala kena layan sumthing else plak. Walhal Istana Budaya tu dengan rumah aku amatlah dekat. Namun bile aku terpandang iklan billboard di depan Istana Budaya baru2 ini, aku jadi berminat pula. Teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60an. Then aku check kat website dan Facebook. Watak utama cerita ini adalah Ana Raffali & Dafi. Wahh..mcm best. Lagipun aku memang suke dengar lagu 60an. Kalau karaoke mesti ada nyanyi lagu 60an, siap hafal lagi. Irama 60an bukan untuk orang tua saja tau. Sila tukar persepsi itu. Hehe. So, aku pun layanlah teater ini tadi.

Pementasan teater bermula dengan lagu famous Kalau Berpacaran gandingan Latiff Ibrahim & Ana Raffali sebagai pembuka tirai. (FYI, Suhaimi Mior Hassan tarik diri dan diganti dengan Latiff Ibrahim.) Kemudia ceritanya pun bermula. Pada era 60an, Rey (Dafi) dari keluarga miskin, telah dapat melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej di ibu negara. Disitulah dia bertemu dan berkenalan dengan Rose (Ana Raffali), seorang anak Datuk yang manja. Di kolej, Rose yang sering diganggu oleh kumpulan budak nakal yang diketuai Munir. Rey cuba mempertahankan Rose dari terus diganggu walaupun dia sendiri dibuli oleh kumpulan Munir. Selepas kejadian itu, bibit2 cinta pun bermula. Ternyata Rey tidak bertepuk sebelah tangan kerana Rose sendiri amat menyukai dia. Sepanjang perjalanan percintaan mereka banyak lagu2 kenangan 60an yang sedap didendangkan oleh penyanyi2 asal. Antara penyanyi- penyanyi era 60-an yang terlibat adalah seperti penyanyi Datuk Ahmad Jais, A. Halim, A. Rozainie, A. Rahman Onn, Fatimah M Amin, J Sham dan Hussein Ismail. Vokal mereka masih mantap sama macam dulu. That's the best part. Memang menghiburkan.

Namun tak semua yang indah itu kekal selamanya. Ayah ibu Rey menerima Rose sepenuh jiwa tetapi percintaan mereka dilarang pula oleh keluarga Rose atas alasan perbezaan darjat. Babak menjadi sedih apabila keluarga Rey dihina dan dipanggil sebagai sampah oleh pihak keluarga Rose. Manakala Rey dipukul sehingga lembik oleh konco2 Datuk dan Rose dipaksa tinggalkan Rey. Itulah kali terakhir Rey lihat Rose. Setelah kecewa Rey pergi membawa diri tanpa memberi sebarang berita kepada sesiapa. Sepanjang itu, Rose sentiasa sedih dan masih mencari dimana Rey. Azizan sebagai teman baik, mengambil kesempatan menghiburkan dan merawat luka di hati Rose. Ternyata Rose memang memerlukan seorang pengganti yang memahami dirinya. Akhirnya Azizan berjaya memujuk Rose menerimanya sebagai pengganti.

Kembali semula ke era 2011, selepas bertahun-tahun terpisah, akhirnya Rey (Latif Ibrahim) pulang ke KL semula. Hajat asal Rey hanya mahu bertemu dengan kawannya saja tetapi dia tak sangka bertemu Rose kekasih lamanya ada disitu. Di sebalik kegembiraan pertemuan itu terselit berita pahit, Rey tidak menyangka Rose (Saida AF) telah berkahwin dengan kawan baiknya sendiri, Azizan. Sedih giler. Namun dia hanya mampu tersenyum dan merelakannya. Antara ayat yang menyentuh jiwa, ketika Rose bertanya “Rey, siapa isteri Rey sekarang, cantikkah dia?” Rey terdiam dan membalas dengan nada sayu “Tak apalah. Selamat tinggal..” dengan iringan lagu Kenangan Mengusik Jiwa memang tepat pada masanya membuatkan betul2 mengusik jiwa. Perlahan-lahan Rey berjalan meninggalkan Rose dan kawan-kawannya dan hilang dari pandangan. Very sad ending for me.. and The End.. hehe.

Well, so far oklah dan menghiburkan. Dengan iringan muzik pop yeah yeah dan tarian memang sinonim dengan mood zaman itu. Macam tengok konsert pop yeah yeah plak. Kadang2 rasa macam nak je kita naik ke atas pentas berjoget bersama. Pengunaan props yang sering bertukar dan latar belakang memang terbaik. So memang nampak perbezaan antara era 60an dengan era sekarang. Ana telah melakonkan watak Rose dengan baik sekali. Aku puji Ana sebab ini first time aku tgk dia berlakon. Bagus Anna. Bagitu juga Dafi. Pelakon2 lain pun semua bagus. Tapi malang buat Saida sebab asyik tershashul salah panggil nama watak ketika pementasan. Huhu..spoil betul. Tapi xper, janji semuanya enjoy. Thanks to semua tenaga kerja teater muzikal ini. Ingat senang ke nak buat persembahan teater. Aku salute kat korang. Pada mereka yang berminat nak tgk, pi la beli tiket kat IB. Nanti ada teater best2 aku datang lagi.. hehe.. Ok choi~

P.A. : hanya orang berjiwa seni saja tahu menghargai seni..

No comments:

Post a Comment